BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

MKM ? 4

“Wawa…” Panggil Iz perlahan. Wawa mengangkat kepalanya dari kertas kerja yang bertimbun di atas meja. Tidak perlu menunggu jawapan Wawa, Iz terus masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan Wawa.

“Hmm…Ada apa?” Tanpa menoleh ke arah wajah ceria milik Iz, dia menyoal. “Amboi! Seriusnya dia.” Gurau Iz. Dia sudah lali dengan perangai Wawa yang amatlah serius ketika bekerja.

“Waaa……” Panggil Iz lagi. Kali ini dia berharap Wawa akan memandang wajahnya yang tampan ini. Perasan lebih! Wawa meletakkan pen di atas meja dan memandang tepat ke mata Iz. Ada riak tidak puas hati di situ.

“Ok.Ok. Sorry…Iz tahu Wawa banyak kerja kan? Tapi takkanlah langsung tak ada masa nak bincang pasal kita?” Iz mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Sudah dua minggu berlalu tanpa apa-apa peningkatan sejak Wawa menerimanya. Tak pernah nak bincang apa pun. Nak balik Malaysia bila, nak kahwin bila lagilah. Jauh panggang dari api.

“Nak bincang pasal apa lagi? Kan Wawa dah setuju nak kahwin dengan Iz. So? Apa masalahnya lagi ni?” Wawa bingung! Apa pula masalah kali ni?

“Cik Nur Adhwa’ Insyirah oi! Ingat kalau Wawa dah setuju nak kahwin dengan Iz, kita dah sah kahwin la? Macam tu? Banyak lagi lah yang perlu kita bincangkan. Bila nak balik Malaysia? Bila nak buat persiapan? Hantaran lagi. Semua tu tak payah fikir ke?” Penat lah aku dengan Wawa ni! Nasib baik aku sayang, kalau tak dah lama dah aku lepuk!

“Kena bincang sekarang ke? Habis ni?” Tangannya diarahkan kepada kertas kerja yang belum selesai disemak. “ Kalau nak ikutkan kerja, sampai bila pun takkan habis. Lagi-lagi syarikat besar macam ni, projek tak henti-henti.” Bebel Iz.

“Kalau bincang kat sini boleh tak? Iz cakap la, Wawa dengar.” Wawa menarik kembali kertas kerja menghampirinya. Iz sudah berasap kepala! Dia ni kan, kerja! Kerja! Kerja! Gaya tak ada esok dah nak sambung kerja.

“Sorry, permintaan anda ditolak!” Perlahan dan tegas kata-kata Iz. Tangannya ligat menyusun semua kertas di atas meja Wawa, kemudian pen di tangan Wawa ditarik dan disimpan. Wawa terpinga-pinga tetapi hanya akur. Gerun melihat riak serius Iz.

“Come!” Wawa mengikuti langkah Iz. Maaflah wahai kerja-kerjaku, balik nanti aku sambung key! Bisiknya dalam hati.

*

“Ok, boleh start?” Setelah pelayan pergi bersama order di tangan Wawa terus menyoal.

“Aik? Tak menyempat pula? Tadi orang ajak bincang bukan main banyak alasan dia.” ‘Ni mesti kes ingat kerja kat pejabat ni’. Gerutu Iz. “Banyak kerja lar.” ‘Kan dah agak’. Iz merenung wajah gelisah gadis di hadapannya. “Wawa, nak kata Wawa pekerja bawahan tak, penolong Iz. Nak kata Iz kasi banyak kerja kat Wawa, rasanya tak. Tapi Wawa ni sibuk semacam je. Gaya macam semua kerja Wawa buat.”

“Wawa bukan CEO macam Iz. Goyang kaki je memanjang. Lagipun, Wawa tak sedap hati la kalau tak check balik kerja-kerja yang dah siap.” Wawa membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

“Hello Wawa! Ingat jadi CEO ni senang ke? Susah tau! Semua pekerja under Iz. Semua Iz perlu ambil tahu.” Iz membalas kata-kata Wawa. “Yela-yela, apa-apa je lah. Asalkan Iz bahagia.” Malas bertikan lidah dengan Iz. Sampai besok pun belum tentu habis. Teringat kembali waktu daddynya menyerahkan syarikat itu kepada mereka berdua. Hanya mereka berdualah harapan Encik Razlan. Abang angkatnya awal-awal lagi menarik diri. Tidak minat dalam bidang perniagaan katanya. Dia lebih minat dalam bidang perubatan. Encik Razlan tidak mahu memaksa anaknya membuat sesuatu yang tidak diminati. Kebetulan Iz dan Wawa mengambil jurusan perniagaan di universiti dahulu, terus sahaja Encik Razlan memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua.

Kadang-kadang daddynya melawat keadaan syarikat yang ditubuhkan hasil titik peluhnya sendiri. ‘Mega Razi Holdings’. Syarikat besar yang mempunyai beberapa anak syarikat di negara-negara lain kini diusahakan oleh dua belia yang masih mentah dalam bidang itu. Dek kerana tidak mahu menghampakan daddy mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk terus memajukan syarikat itu. Encik Razlanlah tempat rujukan mereka ketika menghadapi masalah. Syukur! Selama hampir dua tahun menguruskan syarikat ini, belum pernah masalah besar timbul.

“Wawa? Waaa?” Iz mengibas-ngibas tangannya di hadapan muka Wawa. “Pardon?” Wawa senyum, tahu kelalaiannya. “Jauh termenung? Ingat pakwe nombor berapa?”

“Nombor dua.” Gurauan dibalas gurauan. Mata Iz tajam memandang wajahnya. ‘La, tadi tanya, orang jawab marah’. Dalam hati je berani cakap macam tu, kalau cakap betul-betul, mahu hangus makanan kat depan ni. “Ok, sorry. Just kidding. Back to our topic. What did you say just now?”

“Iz cakap, Iz bahagia kalau Wawa jadi milik Iz yang sah.” Alamak! Dah masuk bab romantik la pula. Ni lemah ni. “Wawa…Dengar tak ni?” Iz kembali menyoal. “Erkk…dengar, dengar.” Jawabnya sedikit gugup. Bukan sedikit la, banyak!

“Iz ingat kan Wa, kita balik Malaysia minggu ni. Amacam?” Iz memberi cadangan. “Minggu ni? Kerja kat ofis banyak sangat lah Iz sekarang ni. Takkan nak tinggal je, nanti apa pula kata daddy nanti.” Wawa memberi alasan. “Kalau sehari tak fikir pasal kerja tak boleh ke?” Iz sudah mula bengang. “Pasal kerja jangan risau. Iz dah bincang dengan daddy, dia cakap tak apa. Staf lain boleh handle.” Wawa mengangguk tanda paham.

“So, kita balik minggu ni key?” Iz meminta kepastian. Wawa mengangguk lagi. “Daddy, mummy, abang dengan kakak pun nak ikut sama.” Mata Wawa bersinar apabila mendengar perkhabaran daripada Iz. “Really? Wah! Bestnya!”

“Ye lah, takkan dia orang semua tak nak tengok hari bersejarah kita.” Iz menyedut jus mangga di hadapannya. “Waaa…” Wawa memandang Iz. “Kita balik minggu ni, kita kahwin minggu depan. Amacam?” Sekali lagi Iz memberi cadangan. “What? Are you crazy? Mana sempat nak buat persiapan. Hantaran tak prepare lagi.” Cadangan Iz dibangkang seratus peratus.

“Wawa ingat tak, dua minggu lepas, Wawa suruh Iz tunggu sebulan je kan? Minggu ni dah masuk minggu ketiga, minggu depan ngam-ngam la sebulan.” Iz mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.

“Alaaa… Tu kan masa Wawa tengah marah. Mana Wawa fikir apa Wawa cakap. Another one month?” Wawa cuba memujuk. “Waa… Lagi dua bulan je kita dah nak puasa. Kahwin bulan depan, tinggal sebulan lagi. Nak honeymoon macam mana?” Pecah tawa Wawa mendengar masalah yang dirunsingkan bakal suaminya itu.

“Apa yang kelakar sangat ni Wawa?” Iz mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. “Tu ke yang Iz risaukan? Sebulan takkan tak cukup tuk honeymoon. Wawa rasa kan, paling lama orang honeymoon pun seminggu. Apatah lagi sebulan. Lebih pada cukup la Iz.” Katanya bersama sisa tawa. Kelakar betul la!

“Ye ke?” Iz buat muka blurr. ‘Alasan aku tak cukup kukuh lah’. Sebenarnya bukan itu yang dirisaukan Iz. Dia hanya ingin ‘menambat’ Wawa secepat mungkin. Takut nanti dikebas orang.

“Then? Bulan depan? Tak ada talian hayat ke?” iz masih mencuba nasib. “Nope!” Putus Wawa.

*

Berita kepulangan mereka disambut gembira oleh keluarga di Malaysia. Maklumlah, sudah berapa lama mereka tidak pulang ke tanah tumpah darah mereka itu. Kadang-kadang, sampai keluarga di sana yang datang ke sini. Berita tentang perkahwinan mereka menambahkan lagi kegembiraan semua pihak. Akhirnya! Doa mereka untuk melihat Iz dan Wawa bersatu akhirnya dimakbulkan. Alhamdulillah!

*

“Iz, dah pack ke semua barang nak balik besok?” Iz yang khusyuk menonton televisyen menoleh ke arah mummynya. “Dah mummy! Semalam lagi dah beres!” Penuh ceria suaranya.

“Tak sabar-sabar nampak.” Gurau Puan Maziah. “Mestilah mummy! Sapa tak seronok nak kahwin. Kan bang?” Soalnya kepada Razif yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Iz. Razif hanya mengangguk.

“Mummy, ada nampak tak tudung hitam adik?” Wawa yang muncul dari aras satu menyoal kepada mummynya. “Which one?” Tudung hitam anaknya itu bukan satu. “Yang ada bunga pink.” Habis semua almarinya digeledah tetapi langsung tak nampak bayang.

“Ooo…Yang tu ke? Abang rasa Kak Anis pinjam lah. Ada kat bilik abang tadi.” Razif menyampuk. “Ye ke? Akak pun satu, nak pinjam tak kasi tahu. Penat je orang cari.” Rungutnya perlahan.

“Salah sendiri, besok nak bertolak malam ni baru nak pack barang.” Sindir Iz. Saja nak bangkitkan kemarahan Wawa. “Orang punya sukalah! Sibuk!” Jelingan maut dihadiahkan sebelum melangkah ke tingkat atas. Destinasinya hanya satu, bilik Kak Anis!

“Tu la mummy, anak manja mummy. Tegur sikit merajuk.” Kata Iz. Watak Wawa ketika bekerja dan berada di rumah totally different. Di rumah, dia sangat manja dengan ahli keluarga. Di pejabat, dia sangat tegas dengan staf-staf yang lain.

“Iz kena lah biasa-biasakan, tak lama lagi dah jadi isteri manja Iz.” Seloroh Puan Mariah. “Dah terlebih biasa dah mummy.” Pecah tawa mereka bertiga.

0 tell me...: