BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 11, 2009

MKM? 1

Iz merenung ke luar tingkap, memerhati keindahan Bandar Sydne setelah dua minggu diperintah berkurung oleh doktor di hospital. Lega rasanya kerana dapat keluar dari bilik serba putih itu.

“Termenung nampak, rindu kat nurse tersayang ker?”

Iz memalingkan mukanya ke arah suara serak basah milik gadis yang telah lama mendapat tempat di hatinya.

“Buat apa nak ingat kat nurse tu, kalau dah ade yang tersayang lagi tercinta di sebelah Iz nie?” Iz membalas sambil menayangkan giginya yang putih berseri.

Wawa menegangkan mukanya tanda protes. Tahu siapa yang dimaksudkan oleh sahabat baiknya itu. Sudah semestinya dia kerana hanya mereka berdua atas kereta itu. Wawa mengambil tindakan untuk berdiam diri.

“Wa…” Panggil Iz perlahan. Tahu gadis itu sedang marah. “Hmm…” Hanya itu yang diberikan sebagai jawapan.

“Iz lapar la. Jom pergi makan dulu sebelum balik.” Iz cuba untuk mengembalikan suasana ceria sebentar tadi. Dia tahu dialah penyebabnya suasana bertukar menjadi muram sekelip mata. Tapi sampai bila lagi dia harus menunggu? Sudah terlalu lama dia menunggu. Berapa lamakah lagi masa yang diperlukan untuk membuka hatinya untukku? Bisik hati kecil Iz. Adakah aku terlalu terburu-buru? Soalnya lagi.

“Ok. Kat mane?” Wawa cuba untuk melupakan kejadian tadi. Tidak mahu perbalahan berlaku antara mereka.

Iz tersenyum melihat wajah Wawa kembali ceria. Itulah dia Nur Adhwa’ Insyirah yang dikenalinya sejak kecil, tidak pernah berubah walau sedikit pun.

“Tempat biasa lah. Rindu, dah lame tak makan kat situ” Putus Iz.

Wawa membelokkan kereta ke kiri. Hari ni dia yang menjadi driver kerana doktor tidak menyarankan Iz memandu buat sementara waktu, kecederaan yang dialaminya masih belum pulih sepenuhnya. Kalau bukan kerana itu, belum tentu dia dapat memandu. Iz tidak suka dia memandu apabila keluar bersama. Tidak gentle katanya. Hurm..Macam-macam lar.

*

Ketika melangkah masuk ke dalam restoran yang menyediakan makanan Melayu itu, banyak mata memandang ke arah mereka kerana keadaan Iz yang menggunakan tongkat untuk memudahkannya berjalan.

“No!” Wawa bekata tegas apabila dilihat Iz cuba membuka mulut. Dia tahu kalau Iz membuka mulut. Pasti akan berlaku kekecohan di restoran tu. Perangai Iz yang cepat naik angin apabila segala tindak-tanduknya diperhatikan sukar dikawal. Iz hanya akur dan meneruskan perjalanannya ke sudut kegemaran mereka.

*

Iz menghempas pintu kereta sekuat mungkin apabila tiba di rumah keluarga angkat mereka yang juga tempat tinggal mereka sejak tiba di bumi Australia ini. Keluarga yang sudah banyak berbakti kepada mereka.

“Welcome back my son.” Ucap Puan Mariah apabila Iz melangkah masuk ke dalam rumah. Iz tidak memberikan sebarang reaksi.

“Kenapa ni? Tak suka balik rumah ke? Iz dah sihat kan?” Puan Mariah pelik melihat keadaan anak bujangnya itu. Masa kat hospital, beria-ria nak balik rumah. Bosan la rindu rumah la. Ni bila dah sampai rumah lain pula jadinya.

“Iz memang dah sihat mum. Cuma baru tadi dapat penyakit baru.”Jawab Iz endah tak endah. “Sakit ape pulak?” Soal Puan Mariah dengan nada cemas. “Sakit hati!” Jawabnya sedikit kasar lalu melangkah ke tingkat atas. Dia menyalami tangan daddynya apabila mereka terserempak atas tangga.

“What wrong with him?” Soal Encik Razlan kepada isterinya. Aneh perangai Iz pada pandangannya. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Fikirnya.

Puan Mariah hanya mampu menjungkitkan bahunya sebagai jawapan kerana dia sendiri tidak tahu apa punca Iz berkelakuan begitu.

“Tu.. Cuba Tanya Wawa.” Arah Encik Razlan kepada isterinya.Puan Mariah hanya menurut. Dihampirinya Wawa yang sedang menutup pintu rumah mereka.

“Wawa…May I ask you something?” Soal Puan Mariah kepada gadis yang sudah dianggap seperti anak gadisya sendiri. “Apa mum?” Soalan dijawab soalan. “Kenapa dengan Iz?” Tanya Puan Mariah dengan nada perlahan. “Kenapa ape mum?” Wawa sedaya upaya cuba untuk tidak menceritakan ape yang berlaku di restoran tadi.

“We know both of you, dear. Kami tahu bila korang ok dan bila masanya tak. We’ve been lived together almost 7 years.” Sampuk bapa angkatnya.

Wawa jadi serba salah. Perlukah aku menceritakan ape yang terjadi tadi? Hanya soalan itu yang bermain-main di benaknya.

“Ok macam ni ceritanya.” Wawa membuka kisah yang terjadi antara mereka berdua sebelum tiba di rumah.

*

“Kenapa tak makan?” Soal Iz apabila dilihat Wawa hanya menguis laksa yang berada di hadapannya. “Wawa dah kenyang lar. Tadi dah makan.” Jawab Wawa. “Dengan sape?” Iz mengawal suaranya. “Hafiz, tadi kitaorang jumpa client. Pastu client ajak lunch same. Takkan nak tolak kan. Wawa pun makan lar. Sorry ek.” Wawa meminta simpati.

“Kalau dah makan, kenapa tak cakap?! Baik makan kat rumah aje tadi.Tak payah susah-susah datang sini.” Kata Iz dengan nada suara seakan-akan menengking.

”Tadi kan Iz yang cakap nak makan. Wawa tak cakap pun Wawa nak makan. Ni, makanan ni pun Iz yang orderkan.” Wawa menundingkan jarinya ke arah mangkuk laksa yang tidak luak sedikit pun. “Yelakan. Orang dah kenyang makan dengan buah hati nak buat macam mane kan. Semalam cakap lain hari ni cakap lain. Bukan ke semalam Wawa sendiri yang cakap nak teman Iz makan?” Tanya Iz dengan nada sindiran.

“Memang lar Wawa yang cakap macam tu. Kalau teman tak semestinya kena makan sama kan? Yang Iz ni kenapa? Jangan nak mulakan lagi ok. Kami bukan makan berdua aje, dengan client jugak. Kalau makan berdua pun tak ada salahnya cause kami keluar atas urusan kerja.” Jangan lar dia cari gaduh kat sini. Kecoh nanti. Bisik hati kecil Wawa.

“Wawa tahu kan yang Iz tak suka Wawa keluar dengan lelaki lain tak kira atas urusan apa sekali pun. Kenapa degil sangat ni?” Iz masih tidak berpuas hati. “Iz tak ada hak nak kongkong Wawa macam tu. Parents Wawa pun tak pernah kongkong Wawa macam ni sekali.” Tanpa kawalan kata-kata itu keluar dari mulut Wawa. Mungkin kerana sudah bosan dengan perangai cemburu buta sahabatnya itu.

“I’m done. Nak balik.” Ringkas Iz berkata tanpa menoleh ke arah Wawa. Perasaannya cukup terguris dengan kata-kata Wawa tadi. Tidak sangka Wawa akan berkata sedemikian. “Iz wait…” Panggil Wawa perlahan. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya. Iz kembali duduk di kerusinya.

“ I’m sorry.” Pohon Wawa.

“Tak pe. Sapa la Iz kan. No one to you Wa.” Hanya Iz yang memanggilnya begitu dan entah kenapa dia amat menyukainya.

“Sorry Iz. Wawa tak ada niat pun nak sakitkan hati Iz. Wawa cuma…”

“Cuma tak nak Iz terlalu berharap pada Wawa. Wawa tak nak Iz kecewa kemudian hari. Wawa masih belum boleh terima sesiapa dalam masa terdekat ni. Wawa harap Iz faham. Tu kan Wawa nak cakap?” Iz memotong percakapan Wawa. Ayat tu sudah dihafalnya. Setiap kali soal hati dan perasaan diungkit, pasti Wawa akan mengeluarkan ayat itu.

Apa lagi yang boleh dilakukannya selain mengangguk.

“Wa…Iz bukan ajak Wawa bercinta tapi berkahwin. Iz nak mnghalalkan apa yang haram bagi kita. Kita bukan muda lagi, dah nak masuk 25 tahun Wa. Sudah masanya kita memikirkan masa depan kita. Sampai bila Wawa nak tutup pintu hati Wawa? Takkan hanya kerana seorang lelaki, Wawa takut pada lelaki? Berapa tahun lagi Wawa nak Iz tunggu? Sepuluh tahun? Iz dah tak tahan menanggung perasaan ni seorang diri Wa. Dalam pada tu Iz takut kehilangan Wawa. I can’t live without you.” Panjang lebar penerangan Iz. Harap kali ni Wawa akan cair.

“Wawa tak takut pada lelaki la. Tapi Wawa takut dikecewakan sekali lagi. Dipermainkan macam barang mainan. Perasaan tu sakit Iz. Sakit sangat. Masa tu Wawa rasa macam nak bunuh diri tau.”

“Wawa rasa Iz nak mainkan Wawa ke? Kalau Iz nak mainkan Wawa, dah lama Iz cari perempuan lain cause Wawa tak pernah nak layan Iz. Tapi Iz sabar, Iz tunggu sampai pintu hati Wawa terbuka tuk Iz.”

Wawa hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan.

“Dah la Wawa. Biar lah Iz tunggu. Biar Iz tanggung sorang-sorang. Wawa tutuplah hati Wawa tu sampai bila-bila.” Kata Iz seraya bangun dari kerusinya lalu mengambil tongkat dan berjalan ke arah kaunter untuk membayar bil makanan mereka.

*

“Macam tu lar ceritanya. Merajuk la tu” Kata Wawa menyudahkan ceritanya.

“Honey, you shouldn’t do that. He really love you. Mummy ni orang lama, Mummy dapat tengok perasaan cinta Iz kat Wawa. Terimalah dia.” Nasihat Puan Mariah.

“But I don’t love him mum.” Tegas Wawa.

“Who said?” Semua kepala yang berada di situ menoleh ke arah empunya suara. Razif dan isterinya berjalan ke arah mereka bertiga.

Wawa menepuk dahinya. Matilah dia kena basuh dengan abang angkatnya itu. Kak Anis pun apa kurangnya. Sesuailah jadi suami isteri.

“Hey little girl, you love him but you didn’t realize it.” Razif duduk berhadapan dengan Wawa, isterinya di sebelah.

“No bang.” Tungkas Wawa.

“Ingat tak masa Iz outstation bulan lepas seminggu? Macam mana keadaan adik masa tu? Adik tak tentu arah. Setiap lima minit tengok handphone. Bila kitaorang tanya pandai lah adik coverkan. That time, adik tengah merasa perasaan yang cukup perit iaitu rindu tapi adik cuba menafikan.” Sekarang tiba giliran Anis memberi nasihat kepada Wawa.

“Tapi kak…” Wawa masih mecari alasan yang terbaik untuk diberikan kepada mereka.

“Tapi?” Soal Anis. Wawa hanya menjungkitkan bahunya.

“So sekarang macam mana?” Akhirnya Wawa mengalah, yang lain tersenyum senang.

“Adoi adik abang ni, gaya macam tak pernah bercinta. Pergi la pujuk.” Razif menunding jari ke tingkat atas.

“Ish! Tak nak la bang.” Bantah Wawa. Pujuk? Iz? No way!

“No excuses!” Serentak Razif dan Anis berkata sambil menggeleng-gelengkan kepala mereka.

0 tell me...: