BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

Akukah yang Bersalah?

“Cukuplah setakat ni hubungan kita. Lepas ni, kalau kita terserempak butakan mata dan hati.” Ucapan Safira membuatkan Hanani hampir pitam.

“But why Fira? Aku ada buat salah kat kau ker? Sebab masalah sekarang ni ker? Tak kan kau nak berpihak pada yang salah?” Hanani menyoal dengan nada seolah-olah merayu. “Tiada yang salah atau benar antara kita. Ini adalah keputusan aku.” Fira langsung tidak menoleh ke arah Hanani.

“Ok fine! Aku setuju kalau kau nak friendship kita hanya setakat ini, tapi aku tak boleh terima kalau kau berpihak kepada Farhana. Kau tahu bukan siapa yang salah dan siapa yang benar?” Hanani sudah mengalah untuk mengekalkan hubungan mereka yang sudah tiba ke pengakhirannya.

“Hak aku, aku nak pilih siapa kawan aku. Kau tak ada hak nak tentukan siapa kawan aku dan siapa bukan kawan aku. Kau tak layak untuk itu!” Dengan angkuh kata-kata itu dilontarkan.

Hanani terkesima. Tidak disangka Fira akan berubah sedemikian kali. Safira yang dikenali selama ini seorang yang lemah-lembut, tiada kata-kata kesat. Entah apa yang merasuk diri ‘sahabat baiknya’ itu. “Tergamak kau Fira. Kau sedar tak apa yang kau cakap tu? Kau sedar tak yang Farhana cuba merosakkan hubungan kita? Aku pasti kau tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kau yang lebih tahu hal sebenarnya Fira. Inikah ertinya persahabatan kita yang terjalin hampir 5 tahun? Mana janji-janji kita dulu? Adakah ini yang dimaksudkan dengan sehidup-semati? Kau kejam Fira! Aku tak sangka ini sebenarnya perangai kau. Aku pasti kau akan menyesal dengan keputusan ini. Baiklah, setakat ini sahaja hubungan kita. Aku tidak lagi mengenali kau Nur Amira Safira Hassan.” Panjang lebar luahan hati Hanani. Sepantas kilat Hanani berlari meninggalkan taman sains sekolahnya itu bersama linangan air mata yang gugur bak hujan.

‘Aku tidak akan melupakan kau Hanis Hanani Muhammad Safwan.’ Bisik hati kecil Safira. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. ‘Maafkan aku Nani’.

*

Hari-harinya berjalan seperti biasa cuma tiada lagi Safira di sampingnya untuk belajar bersama, ke kantin bersama, ke tandas bersama dan pulang ke rumah bersama. Hanani sedaya upaya menumpukan perhatiannya kepada pelajaran kerana peperiksaan SPM tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Masalah yang dihadapi di anggap sebagai satu cabaran daripada Allah.

Hati Hanani sakit apabila dilihat Safira bergembira bersama Farhana. Alangkah indahnya hidupnya jika dia yang berada di tempat Farhana. “Oit Nani!” Sergah Hana.
“ Kau ni kan Hana, cuba bagi salam dulu, ni tak main terjah je. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau!” Marah Nani.

“Hey cik Nani oi… Kau ke aku yang salah? Dah berbiuh mulut aku ni bagi salam tau tak. Dah lebih 3 kali tau. Kau tu yang mengelamun sakan sampai tak dengar salam aku.” Hana cuba bergurau. Dia tahu konflik yang dilalui sahabatnya itu.

“Kalau dah lebih 3 kali kau patut pergi jer. Kau tak belajar ke?” Gurauan dibalas gurauan. “ Ooo… Aku tau lah kedatangan aku ni tak diundang, mengganggu kau je kan. Tak pe lah aku pergi dulu.” Rajuk Hana. “Kau pun pandai merajuk Hana?” Makin kuat tawa Hanani. Satu cubitan hinggap di pipi kanan Hanani. Kemudian mereka ketawa terbahak-bahak.

Dari satu sudut, sepasang mata sedang memerhatikan gelagat mereka. ‘Akhirnya kau ketawa jua. Kau akan tetap gembira tanpa aku di sisi kau. Aku hanya akan melukakan hati kau satu hari kelak.’ Lega rasa hati Safira.

*

“Nani kau perasan sesuatu tak?” Soal Hana ketika mereka sedang menunggu peperiksaan seterusnya berjalan. “ Apa?” Tanya Hanani dengan matanya tetap fokus ke arah buku di atas paha.

“Dah seminggu kita exam. Aku tak nampak pun kelibat Fira. Kau ada nampak tak?” Pelik! “Sapa Fira? Aku kenal ke? Macam tak familiar je nama tu. Mana satu ek?” Dengan riak blurr Hanani menyoal. ‘Alamak! Silap orang la aku tanya. Sah-sah la dia tak kisah Fira ada ke tak.’ Mereka diam.

Kejadian dua hari sebelum SPM berulang-ulang di minda Hana. Dia nampak kedua-dua orang tua Safira datang ke sekolah. Maknya menangis teresak-esak. Ayahnya mendukung tubuh kaku Safira.

Apa sebenarnya terjadi? Walaupun Safira sudah melukai hati Hanani, tetapi dia pasti Safira ada alasan untuk itu.

*

‘This is real, this is me, I’m exactly where I’m supposed to be now…..’ Ringtone telefon bimbitnya berkumandang. Di skrin tertera nama si pemanggil, ‘mama’. Hatinya tersentak. Mama Safira! Kenapa mama call? Dibiarkannya sepi sendiri tanpa menjawab panggilan itu. Panggilan demi panggilan tidak diendahkan.

“Kakak!!!Kakak!!!” Panggilan ibu dari tingkat bawah disahut. “Ada call.” “Ok, coming.” Dia berlari-lari anak turun ke tingkat bawah. Gagang telefon dilekapkan di telinga. “Hanani…” Panggil si pemanggil. Suara itu membuatkan dirinya terkaku.

*

Kakinya diatur perlahan ke wad yang menempatkan Safira. Rayuan mama membuatkan hatinya sedikit terbuka untuk melawat Safira. Kalau diikutkan hati, tidak mungkin dia akan melawat orang yang telah melukakan hatinya yang sehingga kini tidak dapat diubati.

“Assalmualaikum mama.” Hanani menghampiri Puan Rohana yang sudah dianggap mamanya suatu ketika dahulu. Mereka berpelukan. Hanani dapat melihat mata ‘mama’nya bengkak akibat terlalu kerap menangis. “Masuklah, Fira tengah tunggu Hanani tu.” Arah Puan Rohana supaya Hanani masuk ke dalam bilik yang menempatkan satu-satunya anak perempuannnya.

Langkah kakinya diatur malas. Seakan-akan terpaksa. Memang dia terpaksa! Pintu dikuak dan dirinya hilang di balik pintu itu.

“Nani…” Panggil suara itu lemah. Hanani langsung tidak menoleh ke arah suara itu. Dia lebih minat menerokai bilik yang dicat dengan warna kegemarannya iaitu oren merangkap warna kegemaran Safira.

“Nani, aa..ku t..a..hu k..au mmaar..ahh k..att aku.” Suaranya tersekat-sekat. Dia sangat gembira apabila mengetahui Hanani akan datang melawatya di sini. Dia sedikit terkilan kerana Hanani langsung tidak ingin memandang wajahnya tetapi dia mengerti perasaan sahabatnya itu.

“Aaa…kuu mmin..tta mmaaaf, aa..kku tah..u a..ku dah baa..nyakk bu..at ssalah de..nggann kkau.”Begitu payah kata-kata itu dilontarkan. “Saya dah maafkan.” Akhirnya Hanani bersuara tetapi tidak juga menoleh ke wajah lesu Safira. Terubat sedikit rindu Safira kepada Hanani.

“Ada apa-apa lagi ke awak nak cakap? Saya ada kerja ni. Nanti lewat pula.” Tiada lagi kemesraan antara mereka. Tiada lagi panggilan ‘aku’ dan ‘kau’. ‘Sudah dibuang jauh-jauhkah diriku ini? Sudah tiadakah ruang untuk di hatimu?’ Bisik hati kecil Safira.

“Mmaaf ka..llauu tter..pakksa daa..tang si..nni..” Sayu kedengaran suara Safira. “Awak ni berapa kali nak minta maaf? Kan saya dah cakap tadi saya maafkan.” Sedikit meninggi suara Hanani. Safira tetap sabar.

“Aa..kku a..dda pperr..mmin..taaaann akkhhirr.” Tiada jawapan daripada Hanani. “Bbolleh kkau ppel..uk da..n cii..uum a..kku bbuat kka..lli terra..khhir?” Walaupun dia tahu mustahil permintaannya dipenuhi. Dia tetap mencuba. “Dah habis?” Tiada jawapan daripada Safira. Dengan laju, dia mengatur langkah keluar daripada bilik itu. Dia menyalami Puan Rohaya kemudian berlalu pergi.

*

Keputusan peperiksaan SPM sudah keluar. ‘Alhamdulillah’. Perlahan suara Hanani mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Dia mendapat keputusan yang agak cemerlang.
InsyaAllah dengan keputusan ini, dia dapat melanjutkan pelajarannya ke bumi yang dipenuhi bunga sakura yang menawan. Jepunlah yang ingin ditujunya selama ini. Dengan tekad yang tinggi dia berusaha dan terus berusaha. Akhirnya dia berjaya.

Sebelum pulang, dia berpelukan dengan kawan-kawannya yang entah bila lagi mereka dapat berjumpa.

“Kau jangan lupakan aku tau!” Ucap Hana dengan linangan air mata. “Kau pun.” Balas Hanani dalam sebak. Lama mereka berpelukan. “Hanani….” Mereka dikejutkan dengan kedatangan mama Safira.

“Mama sihat?” Sapa Hanani ramah sambil bersalaman. “Macam ni lah Hanani, orang tua.” Puan Rohaya tersenyum. “ Ibu dengan ayah ada kat sana.” Hanani menuding jari ke arah kedua-dua ibu bapanya yang sedang berbual dengan beberapa pasang orang tua lain.

“Mama dah jumpa tadi. Tahniah ye. Mama dengar Hanani dapat keputusan yang cemerlang.” Dia turut gembira untuk gadis yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri.

“Terima kasih.” Hanani tersenyum.

“Alangkah gembiranya mama kalau Safira dapat exam macam Hanani.” Lemah kedengaran suara Puan Rohaya. Hanani hanya diam tanpa sebarang balasan. Puan Rohaya memahami keadaan mereka. Dia membiarkan mereka menentukan sendiri hala tuju hubungan mereka walaupun berat hatinya membiarkan mereka berpisah begitu sahaja. Hubungan mereka sebelum ini amat rapat bak kembar yang tak dapat dipisahkan. Dalam sekelip mata mereka berpisah. Siapa yang tidak sedih.

“Ni Safira ada bagi sesuatu.” Puan Rohaya memberikan beg plastik yang dipegangnya sejak dari tadi. Hanani menyambutnya dengan penuh debaran.

“Terima Kasih.”Ucapnya perlahan.

*

Di rumah, kepulangan Hanani disambut gembira oleh keluarganya. Ucapan tahniah diterima bertalu-talu. Selepas beberapa jam berada bersama-sama keluarganya, dia meminta diri untuk ke biliknya. Isi kandungan plastic bag itu betul-betul menyesakkannya.

Dibuka perlahan-lahan beg plastik yang berwarna oren, isinya dikeluarkan satu persatu. Ada sekeping surat dan beberapa helai lukisan tangan. Dia pasti itu lukisan tangan Safira kerana Safira memang berbakat dalam bidang itu.
Dibuka perlahan-lahan surat itu…..


Dear Nani…

Pertamenyer ak mintak maaf kalo kehadiran surat mengganggu idup kau. Tujuan utame ak tulis surat nie kat kau. Ak nk minta maaf ngn kau. Ak tau ak da byk wat slh ngn kau. Ak buat sume nie cuz ade sbb Nani. Percayalah!

Ak bkn sengaje nk berphk pd Farhana. And ak tau dielah punce segale2nya. Ak tau dielah y hancurkn hubungn kite. Ak tau die y lempar cerita buruk tentang ko 2. Ak tau semua tu Nani. Ak tau y kau takkan wat cm2 kat ak. Kau takkan sggp tikam ak dr belakang. Kau takkan sggp tuduh ak cheated in exam. Ak tau kau takkan sggp tgk cikgu pukul ak. Ak tau 2 semua keje Farhana. Ak tau die jeles ngn hubungn rapat kite. Ak tau Nani. Ak saje besarkn citer Nani.

Ak bukan sengaja mintak hubungn kite putus Nani. Tp ak xsggp tgk kau sedih nnt Nani. Aku menghidap penyakit serius Nani. “Barah Otak”. Kau pun tau betapa seriusnya penyakit 2 bila smpai tahap terakhirkn? Ak xnk nnt kau sedih ngn ‘pemergian’ ak nnt. Ak xsggp tgk air mata kau. Aku nk kau benci ak Nani. Benci ak!!!

Ak ingt ak akn bhgie berbuat bgitu. Ak silap Nani. Ak tak bhgie bile kau jauh dr ak. Ak skit ati bile kau ketawa gembira ngn Hana. Ak sedih bile tgk kau murung. Kau nyawa ak Nani. Aku selfish ke Nani?

Nani… Boleh kite baik mcm dlu? Ak tau itu mustahil. Aku tau pendirian kau. Sekali disakiti, selamanya terasa. Tapi blhkn klo ak msh berharap? Ak nk habiskn masa2 terakhir ak ngn ‘jiwa’ ak.

Ak sertakan lukisan ak y semakin buruk. Ak lakarkan kembali kenangn kita ats kertas 2. Ak terlalu rindukan semua itu. SANGAT2!


p/s: I’m waiting 4 u…

Perlahan-lahan dilipat kembali surat itu. Tulisan tangan Safira yang semakin buruk menyukarkannya untuk membaa. “Baka.” (bodoh dlm bhs jepun).Hanya itu sebagai respon. Dia meneliti setiap ‘kenangan mereka’. Perlahan-lahan air matanya gugur. Betul kata Safira. Lukisannya sedikit buruk namun tetap tergambar ‘kenangan mereka’ dengan jelas kerana mereka telah melaluinya bersama.

Lukisan mereka berada di bawah pokok sambil mengulang kaji pelajaran, makan bersama di kantin, berada di depan cermin dalam tandas, menunggan basikal bersama dan banyak lagi. Tiba pada lukisan terakhir, air matanya makin laju mengalir. Tidak dapat ditahan apabila melihat lukisan itu. Dirinya berada di sebelah Safira yang terbaring lemah. Apa yang menyedihkan lagi, dia langsung tidak menoleh ke arah Safira. Kejamkah aku?

Dengan berlari-lari anak, dia turun ke tingkat bawah dan mencapai kunci keretanya. “Mama! Kakak keluar kejap.” Jeritanya lantang. Walaupun, pada luarannya, aku kelihatan seperti begitu membencinya, namun jauh di lubuk hatiku yang paling dalam, aku amat merinduinya.

“Nak pergi man…” Belum sempat Puan Noraini bertanya, dia sudah mendengar deruan kereta Myvi anaknya itu keluar dari rumah mereka. Puan Noraini hanya mampu menjungkit bahu apabila mata suaminya tepat padanya.

*

“Maaf Puan, kami telah cuba sedaya upaya kami. Namun, Allah lebih menyayanginya.” Puan Rohaya redha dengan pemergian anaknya itu walaupun begitu sukar. Tubuhnya yang hampir menyembah bumi dipaut erat oleh suaminya.

Hanani berlari-lari ke bilik pembedahan apabila dia diberitahu oleh jururawat di situ bahawa Safira sedang dibedah.

“Mama…Macam mana Fira ma?” Dengan nafas yang tercungap-cungap dia menyoal. Puan Rohaya hanya mampu mengelengkan kepalanya. “Apa maksud mama? She’ fine right ma?” Hanani berdebar melihat reaksi ‘mamanya’. “Allah lebih sayangkan dia”. Faiz, abang Safira bersuara. “No! You liar!” Bagai dirasuk, Hanani berteriak. Dia memandang kembali wajah sugul Puan Rohaya untuk memastikan jawapan itu. Dan jawapan yang sama dia dapat.

‘Ya Allah, dugaan apa ini? Ketika aku ingin kembali bersamanya, kenapa Kau mengambilnya daripadaku? Ketika aku baru ingin ceria kembali, kenapa Kau tarik keceriaanku? Ketika aku ingin berbicara dengannya, kenapa Kau kakukan jasadnya? Ya Allah, tabahkan hatiku. Aku redha dengan pemergiannya.’ Dia rasa dunianya gelap.

*

Di bawah sebatang pokok sakura yang lebat bunganya, berdiri seorang gadis sambil memegang segulung ijazah. Dikeluarkan Mp3 dari begnya.

“Nah! Nie Mp3 yang Fira suruh abang bagi kat Nani before dia masuk bilik bedah. Dia suruh Nani dengar mp3 nie.” Huluran faiz disambut.

Kenangan 6 tahun lalu bermain kembali di ingatannya. Dia mendengar ‘isi’ Mp3 itu buat kesekian kalinya.

“Naa..ni, nnie aa..kku, Fiiraa…Aa..kku hharaap kkau su..ddi dden..gar ssampaii hab..bis…Wa..laaupun aak.ku ttak llay..ak bbagi pes..sanan nie kkat kauu, akku nak jjugak ppesan. Ak..ku ttau kkauu dapaat ke..putusan y..ang ba..ikk laam SPM. A..kku harrap, ka..u mas..sih nnak tunnaikann impi..ann ki..tta ttuk bbelajar kkat Jepun. Akku nakk kauu bbelajar bbetul2. Jaanngan hham..pakann fam..ily kkau and a..kku. Akku ttak rassa ak..ku dappat ttengok ke..jayaann kauu nan..ti. A..kku rassa ma..ssa ak..ku ddah sam..paii. Kkau jagga di..rri kko ba..ik2. Ak..ku sayyang sangatt2 katt kauu. Akku harrap kkau massih ang..gap akku ‘jiwwa’ ko. Don’t b..be ssad, kkeep smiling! Gammbatee!”

Tamat sahaja pesanan itu, lagu Hadapi Dengan Senyuman nyanyian Samsons berkumandang.

Setiap kali mendengar pesanan itu, dia akan tetap mengalirkan air mata. Rasa rindunya kepada ‘jiwanya’ itu semakin membuak. Diselangi dengan rasa bersalah kerana membiarkan Safira menanggung derita seorang diri. Dalam kesedihan, dia gembira kerana dapat merealisasikan impian mereka.

‘Kau tetap ‘jiwa’ aku sampai bila-bila. Tak sesiapa yang dapat berada di tempat kau dalam hati aku. Aku pun sayang sangat-sangat kat kau. Sampai bila-bila.’ Bisik hati kecilnya.

0 tell me...: