BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 11, 2009

MKM? 2

“Tak nak la mum.” Bantah Wawa dengan riak wajah kesian.

“No! You need to go inside. Pujuk Iz perlahan-lahan.” Nasihat Puan Mariah lagi, entah yang keberapa kali.

“Ala mum… Bukannya Iz tak pernah merajuk before this, esok-esok baik la tu.” Wawa masih dengan tekadnya untuk tidak memujuk Iz. Mana mungkin dia memujuk lelaki itu Selama dia bercinta dengan Asyraff dulu pun tak pernah dia memujuk bekas kekasihnya itu.

“Wawa, listen to me. Kali ni rajuk dia lain. Rajuk yang minta dipujuk. Bukan macam biasa yang hanya rajuk main-main.” Ya Allah, bantulah hambamu ini. Kenapa lah susah sangat gadis ini memujuk kekasih hati yang telah merajuk. Bisik hati Puan Mariah.

Sebelum Wawa membuka mulut buat kesekian kalinya, Puan Mariah menolak tubuh Wawa ke dalam bilik Iz. Geram dengan perangani anak gadisnya itu. Keras kepala, ego dan semuanyalah. Sekarang tanggung la sendiri. Puan Mariah tersenyum senang.

Wawa merasa tubuhnya berada dalam peti ais sekarang. Sejuk semacam. Dirinya terkaku tanpa berganjak walau seinci. ‘Kenapa dengan aku ni? Bukannya sebelum ni tak pernah masuk bilik ni. Kenapa sekarang lain macam rasanya? Apa aku nak buat ni?’ Beberapa soalan bermain di mindanya. Ni mummy punya pasal la ni, ada ke patut ditolaknya aku tiba-tiba?

“Ada apa?” Suara Iz yang bertanya membuatkan dirinya semakin berdebar. Ibu!!! Tolong Wawa bu…! Jeritnya dalam hati.

“Kalau tak ada apa-apa keluarlah, Iz nak rehat.” Lemah suara Iz berkata-kata.

Yes! Peluang dah datang untuk aku melarikan diri. Begitu seronok dirasakan saat itu. “Tak ada apa-apa lah. Wawa keluar dulu ek. Have a good rest.” Sempat dia berpesan sebelum melangkah.

Ketika tangannya ingin mencapai tombol pintu, terasa hujung tudungnya ditarik perlahan. Wawa berpaling dan terkejut melihat Iz berada di belakangnya. ‘Bila masa pula mamat ni ada kat sini. Bukan tadi atas katil ke?’ Soalnya sendiri.

“Are you sure there is nothing to say to me Wa?” Tanya Iz dengan nada romantiknya. Gerun Wawa mendengar Iz bersuara begitu. Tidak pernah-pernah Iz buat perangai begitu.

Wawa hanya mengangguk. Suaranya tersekat di kerongkong. Tiada daya untuk berkata-kata.

“Really sure ha?” Masih menyerkap jarang. Wawa mengangguk lagi. “I can see your liar face Wawa.” Usiknya.

“Ok fine. I got something to tell you” Sememangnya Iz adalah orang yang tidak tepat untuknya berbohong.

“I’m waiting Wa.” Iz menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dadanya yang bidang.

“Hurm…Erm…Wa..wa..” Tidak tahu dari mana dia harus mulakan.

“Sejak bila Wawa jadi gagap ni?” Makin galak usikan Iz. Suka melihat muka Wawa yang sudah merah menahan malu. So cute!

“Next time lar. I’m not ready yet.” Putus Wawa.

“Kena buat script dulu ke?” Iz menahan tawa. “Iz!!!” Jerit Wawa. Geram, dari tadi hanya tahu mengusik. Pecah tawa Iz. Muka Wawa sudah masam kalah buah cermai.

“Stop it Iz.” Tegas kata-kata Wawa. Iz mengangkat kedua-dua tangannya ke udara tanda sudah berjaya menahan tawanya.

“Ok serious. Apa Wawa nak cakap tadi?” Sekelip mata wajah yang tadinya penuh dengan tawa bertukar menjadi serius.

“I’m sorry. Tadi tak ada niat pun nak sakitkan hati Iz” Wawa berterus-terang tanpa memandang wajah Iz. Malu!

“Lagi?” Soal Iz pendek. “Wawa bukan tak hargai perasaan Iz kat Wawa, Wawa pun keliru dengan perasaan Wawa sendiri.” Katanya lagi.

“Lagi?” Soalan yang sama diajukan. “ Tadi abang cakap I’ve the same feeling like yours.”

“What feeling?” Bibirnya sudah menguntum senyum. “You know what I mean Iz. Don’t you?” Kali ini dia memberanikan diri bertentang mata dengan Iz. Iz menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu. “Which feeling?” Bagai hendak pecah tawanya melihat muka Wawa sekali lagi bertukar merah. Tak apa lah. Sekali-sekala.

“Wa…which feeling?” Katakannya Wawa.

“Think! Got to go.” Sekali lagi dia ditahan.

“Apa lagi ni?” Tajam pandangan Wawa. “Love?” Gulp! Terus dilarikan pandangannya ke arah lain.

“What love?” Tanpa menoleh dia menyoal.

“That feeling.” Masih dengan senyumannya. “Perhaps.” Jawapan Wawa membuatkannya melompat kegirangan. Walaupun jawapan itu masih samar-samar tetapi dia tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan. Wawa mungkin malu untuk mengaku perasaannya yang sebenar.

Sedang dia melompat, perlahan-lahan Wawa menyusup keluar dari bilik itu. Wajahnya ketika itu sukar digambarkan. Bagai udang panggang. Iz hanya melihat dengan lirik matanya sahaja. Dia tahu Wawa ingin melarikan diri tetapi dia membiarkannya. ‘This time you can run sayang, next time, don’t you ever think that.’ Bisiknya perlahan sambil tersenyum.

0 tell me...: