BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 11, 2009

MKM? 3

Wawa terjaga apabila terdengar namanya dipanggil dari arah bawah. Tak lain tak bukan ni mesti Kak Anis ni. Tak boleh tengok orang senang sikit. Dia bangun dari katil kemudian menuju ke bilik air. Hampir setengah jam dalam bilik air, dia keluar lalu mencapai tudung di belakang pintu kemudian berlalu di balik pintu menuju ke tingkat bawah. Walaupun mereka sudah seperti sebuah keluarga tetapi batas-batas aurat dan pergaulan masih dijaga kemas. Pada mulanya agak susah baginya tetapi lama-kelamaan sudah terbiasa. Hanya dalam bilik sahaja dia tidak menutup aurat.

Dari atas tangga lagi dia dapat mendengar suara kakak ipar angkatnya itu membelel. Dia sudah biasa. Itulah rutin Kak Anis apabila tiba hujung minggu. Mummy pun tak pernah membebel macam dia.

“Morning semua.” Sapa Wawa kepada ahli keluarga yang sudah berada di meja makan. Macam biasa, dialah orang terakhir yang turun dan ditunggu untuk bersarapan bersama.

“Morning apanya. Dah pukul berapa ni.” La… Ingatkan dah stop, continue balik. Aduh! Sudus.

“Just 10 am la sis!” Masih awal baginya pada hujung minggu.

“Hello dik! Pukul 10 pagi tu dah lewat bagi seorang anak dara tahu tak? Anak dara ni lepas subuh dah tak tidur, sediakan breakfast. Bukannya turun-turun tahu makan aja.” Mulut membebel tetapi tangan ligat menyendok mee goreng ke pinggan.

“Adik uzur la…That why lewat.” Tidak sedar dia berada bersama kaum adam ketika ini.

“Ala, kalau tak uzur pun lewat jugak kan.” Suara yang belum sedia didengarnya sudah bersuara. Apabila tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Perlahan-lahan ditarik kerusi sebelah mummynya atau lebih tepat hadapan Iz. Hanya tempat itu yang masih tidak diduduki. Memang itulah tempatnya sebelum ini.

“Dengar cakap husband-to-be tu. Karang tak sampai setahun kahwin suami dah lari.” Sakat Razif. “Adik bangun lewat time weekend aje kan. Hari biasa kan adik bangun awal. Hari minggu kan hari untuk berehat.” Masih mempertahankan dirinya.

“Habis tu tak kan lepas kahwin pun nak buat macam tu jugak? Adik kenalah practice dari sekarang. Dah tak lama nak jadi bini orang.” Sampuk mummynya.

“Sapa kata adik dah nak kahwin? Lambat lagi lar.” Jawabnya bersahaja. Iz menjeling tajam.

“Tak kan nak tunggu umur 30 tahun baru nak kahwin? Umur adik ni elok-elok lar kahwin. Daddy dulu umur adik ni dah sedia nak dapat abang kamu tu.” Adoi! Kenapa semua nak hancuskan aku ni? Ni mesti kes kena rasuah dengan Iz ni. Mana aci! Dipalingkan wajahnya ke arah Iz, lelaki itu hanya tersenyum. Erkk! Geram! Dia mengambil tindakan untuk diam.

*

“Bila nak balik Malaysia? Bincang dengan family.” Puan Maziah yang muncul bersama dulang di tangannya bersuara. Wawa segera bangun dari tempat duduknya dan menghampiri mummynya untuk melihat apa yang dibawa untuk dimakan.

“Wah! Best nyer.” Kecur liur Wawa apabila melihat makanan dibawa kepada mereka. Pisang Goreng! Rindunya pada Malaysia semakin membuak-buak.

“As soon as possible mum. Tak nak la tunggu lama-lama. Dah penat menunggu.” Iz menjawab dengan sengih yang tak lekang di bibirnya. Hairan juga Wawa tengok Iz sehari dua ni, tak habis-habis senyum.

“Baguslah kalau macam tu. Lagi cepat lagi bagus.” Di ambil pisang goreng kemudian dimakan perlahan-lahan.

“Wait! Who’s going back to Malaysia? What is mean by ‘lagi cepat lagi bagus’?” Wawa yang sedang kusyuk menonton tv sambil menikmati pisang goreng mummynya menyampuk. ‘Ada orang nak kahwin ke?’ Bisik hatinya.

“Aik? Iz? Don’t you tell her?” Hanya gelengan sebagai jawapan.

“Tell me what Iz?” Wawa mula rasa tidak sedap hati.

“Next week we’ll going back Malaysia. Bincang pasal kahwin.” Ringkas dan padat jawapan yang diberikan.

“Bincang pasal kahwin? Siapa yang nak kahwin?” Bagaikan orang bodoh dia menyoal. Padahal jawapan yang keluar dari mulut Iz tadi sudah membuatnya tidak senang duduk. ‘Tak kanlah kami?’

“Wa…Cuba fikir baik-baik. Siapa yang wajar kahwin selain kita sekarang ni? Tak kan lah Qusy? Qay lagi la mustahil kan.” Aduh! Tak faham ke buat-buat tak faham Wawa sayang oi.

Ingatannya melayang memikirkan kebenaran kata-kata Iz tadi. Qusy masih lagi menuntut di universiti terkemuka di Jepun dalam jurusan kejuruteraan pada tahun akhir. Tak kan lah! Qay juga masih menuntut di Universitas Padjadjaran, Bandung dalam jurusan perubatan. Kedua-dua adiknya itu tak mungkin mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ni. Kalau mereka berhajat sekalipun mustahil ayah dan ibu mereka memberi kebenaran. Kata-kata ibu yang tak akan dilupakan oleh adik-beradik mereka ialah…’Jangan sesekali fikir soal kahwin sebelum tamat pengajian dan mendapat pekerjaan yang kukuh.’ Berkat kata-kata itulah, kakak-kakak dan abangnya berjaya.

“Tunggu-tunggu. Ada Wawa cakap Wawa nak kahwin ke? Seingat Wawa la kan Iz tak pernah pun tanya Wawa setuju ke nak kahwin dengan Iz. Tak tahulah kalau Wawa dah hilang ingatan.” Sinis kata-kata Wawa. Dia memang tidak gemar apabila soal hidupnya diatur tanpa memberitahunya.

“Wa… I’m sorry. Bukan niat Iz tak nak bincang dengan Wawa dulu tapi Iz tahu kalau bincang dengan Wawa mesti Wawa tak setuju kan. Mesti Wawa suruh tunggu dulu. Apa lagi yang harus ditunggu Wawa. Sudah terang lagi bersuluh kita mempunyai rasa yang sama. Bukankah lebih elok kalau kita mengesahkan hubungan kita?” Serba salah Iz dibuatnya. Memang dia tahu Wawa tidak suka hidupnya diatur tetapi dia takut akan jawapan yang akan diterima sekiranya dia memberitahu Wawa.

Puan Maziah bangun dan menuju keluar rumah. Biarlah mereka belajar menyelesaikan masalah tanpa bantuan sesiapa. Fikirnya. Razif dan Anis yang baru hendak melangkah masuk ke dalam rumah untuk makan petang setelah penat berkebun ditahan. Dia menceritakan keadaan dalam rumah ketika itu. Mereka kembali keluar.

“Belum cuba belum tahu.” Penuh makna kata-kata Wawa. “Meaning?” Berkerut dahi Iz memikirkan makna disebalik kata-kata itu.

“Iz yakin ke Wawa akan suruh Iz tunggu kalau kita bincang? Yeah! Maybe I’ll ask you to wait for at least a month. Can’t you wait?” Tepat pandangannya memandang Iz. Pandangan tidak puas hati.

“Are you sure with your answer Wa?” Sukar untuk Iz mempercayainya. Wawa demam ke?

Wawa menganggukkan kepalanya, walaupun hakikatnya dia masih belum sedia. Biarlah dia berkorban. Dia tidak mahu mengecewakan lelaki yang sudah banyak berkorban untuknya. Dia juga mula sedar bahawa dia benar-benar mencintai lelaki ini.

“Thank you so much Wa! I can’t believe it Wa! No way!” Iz terjerit-jerit bagaikan orang gila.

“Apa ni Iz? Senyap la. Kalau tak Wawa tarik balik kata-kata Wawa tadi.” Gertak Wawa. Dengan serta-merta Iz menutup mulutnya. Wawa menahan tawa. Lucu!


0 tell me...: