BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

Ade Aku Kesah? 1

“Sure tak nak abang hantar ni?” Soal Darwish meminta kepastian. Elisya hanya mengangguk dan tersenyum manis. “Abang tak payah risau la. Baby dah besar dah. Pandai-pandai la baby cari jalan. Bukannya besar sangat sekolah ni.” Elisya tahu abangnya bimbang akan keselamatannya. Dia sudah bertekad. Mulai hari ini, dia harus kuat, tabah dan pandai menjaga diri. Dia tidak mahu abangnya risau tentangnya setiap masa.

“Baiklah kalau macam tu. Abang balik dulu. Balik sekolah nanti abang jemput key?” Sedikit terkejut Darwish dengan perubahan satu-satunya darah daging yang dia ada itu. Tiada lagi Elisya yang selalu merengek manja ingin ditemani walau ke mana jua. Adiknya itu sudah matang.

“Abang tak kerja ke?” Pelik! Bukankah hari ini abangnya ada meeting di pejabat? Semua jadual kerja Darwish ada dalam kepalanya begitu juga sebaliknya. “Kerja la. Kerja, kerja. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.” Tahu apa yang bermain di fikiran Elisya. “Abang kan ada meeting hari ni. Suruh Pak Mail je la jemput baby nanti.” Dia tidak mahu mengganggu kerja abangnya. Dia faham akan kesibukan abangnya menguruskan syarikat keluarganya selepas kematian kedua-dua orang tuanya setahun lalu. Tetapi dia amat kagum dengan cara abangnya bekerja. Tidak pernah sekali pun abangnya membawa balik kertas kerja ke rumah. ‘Di rumah masa untuk berehat dan masa untuk baby’. Ucap abangnya suatu ketika. Hatinya tiba-tiba sebak apabila mengingati arwah orang tuanya.

“Baby? Are you ok? Kalau baby tak ready lagi nak sekolah. Kita balik dulu.” Darwish risau melihat muka keruh Elisya. Pasti mengenangkan arwah. “ Abang ni, baby ok la. Cuma teringat kat arwah mama dan papa. Kalau dia orang ada, mesti dia orang yang hantar baby kan.” Dia menahan air matanya daripada gugur. Aku mesti kuat!

“Dah la baby, yang pergi tetap pergi, kita yang hidup harus meneruskan perjuangan mereka yang telah pergi.” Ditarik Elisya ke dalam pelukannya. Adiknya itu menangis teresak-esak. Darwish tahu adiknya cuba untuk menguatkan diri di hadapannya. Tapi malang, dia dapat membaca apa yang terbuku di hati adiknya itu. Tanggungjawab yang dipikulnya sekarang amat berat, di pejabat dia harus menjadi seorang ketua syarikat. Di rumah, dia harus menjadi seorang ayah, ibu, abang dan kakak kepada Elisya. Dia tetap tabah menempuhi cabaran ini. ‘Allah tidak akan menduga hambanya itu di luar kemampuan mereka.’ Kata-kata seorang ustaz ‘dipegang’ kuat.

“Ok lah bang, baby masuk dulu lah. Nanti pengetua marah pula. Dah la masuk sekolah tengah tahun, daftar pun tengah hari.” Elisya cuba untuk berjenaka. Darwish tersennyum. ‘Baby tak dapat tipu abang’. Bisik hatinya perlahan. Dia mengesat air mata yang masih tersisa di wajah polos adiknya itu. Kemudian membetulkan tudungnya yang ‘rosak’ tadi. Elisya hanya mampu tersenyum. Kadang-kadang dia rasa abangnya boleh menjadi seorang perempuan.

“Apa sengih-sengih? Mengata abang eyh?” Serkap jarang abangnya mengena. “Mana boleh bagi tahu.” Sengihnya. Dia menyalami tangan dan mencium kedua-dua belah pipi abangnya. Darwish membalas dengan mencium dahi adik kesayangannya itu. “Balik nanti tunggu sini, abang ambil.” Perintah seorang abang kepada adiknya. Elisya akhirnya setuju. Dia melambaikan tangan ke arah kereta BMW yang meluncur laju.

*

‘Inilah sekolah baru aku. Hurmm, not bad.’ Pujinya. Kakinya melangkah ke arah pekebun sekolah itu. “Assalamualaikum pak cik, boleh tumpang tanya?” Tegurnya ramah. “Waalaikumussalam nak, boleh boleh.” Terangguk-angguk pekebun yang mungkin berusia akhir 40-an.

“Bilik pengetua mana?” Soalnya sambil melilau mencari bilik pengetua. “Owh! Anak ni pelajar baru ye? Bilik pengetua aras satu blok sana.” Tangan pekebun itu menuding ke arah blok yang berwarna kuning cair. ‘Blok Cempaka’.

“Baiklah, terima kasih pak cik.” Ucapnya sambil memulakan langkahnya. “Sama-sama. Anak boleh panggil Pak Isa. Semua orang di sekolah ni panggil pak cik, Pak Isa.” Elisya menoleh dan mengangguk.

*

“Assalamualaikum, maaf mengganggu. Boleh saya tanya pengetua ada ke?” Elisya menanya seorang pekerja di situ. Kerani agaknya. Fikirnya sendiri. “Ada, adik ni pelajar baru yang daftar hari ni ke? Soal kerani itu kembali. Di name tagnya tertulis nama ‘Suhana’. Elisya mengangguk. “Sila tunggu sebentar.” Sekali lagi Elisya mengangguk.

Inilah kali pertama dia melakukan kerja sebegini tanpa bantuan sesiapa. Dari kecil dia amat manja dengan ahli keluarganya yang lain. Ke mana sahaja dia pergi harus ditemani. Tetapi kini situasi keluarganya sudah berbeza. Dia harus belajar berdikari.

“Adik boleh masuk bilik paling hujung tu. Pengetua sedang tunggu adik.” Elisya sedikit tersentak.

“Assalamualaikum.” Dia memberi salam kepada pengetua yang khusyuk membuat memeriksa fail di mejanya. ‘Tak sampai satu jam dah tiga kali aku bagi salam.’

“Waalaikumussalam. Mya Zara Elisya?” Puan Munirah menjawab sambil memerhati sesusuk tubuh yang berada di hadapannya kini. Manis!

“Ya, saya.”

“Sila duduk, nak interview sikit.” Tutur Puan Munirah sambil tersengih. Elisya menarik kerusi dan duduk perlahan-lahan. Nervous!

“Kalau boleh saya tahu, kenapa awak pindah sini. Pastinya tidak disebabkan oleh kelakuan buruk kan?” Tanya Puan Munirah sambil matanya tetap meneliti butir-butir peribadi Elisya.

‘Aku ada kelakuan buruk? Malam sikit’. Gerutunya sendiri. “Saya nak tukar angin Puan. Lagipun, sekolah lama saya jauh dari rumah.” Tipu sunat aci tak? Soalnya kepada diri sendiri.

“Baiklah, memandangkan keputusan PMR awak pun cemerlang. Saya akan tempatkan awak dalam aliran sains. Setuju?” “Maaf, Puan. Bolehkah saya minta ditempatkan dalam aliran akaun?” Dari kecil Elisya dipupuk untuk meminati bidang perniagaan. Dia sama sekali tidak meminati bidang sains. Siapa lagi yang akan membantu abang kelak kalau bukan dia?

“Kalau itu yang awak minta, baiklah. Mari saya hantarkan awak ke kelas baru awak.” Mereka beriringan keluar daripada pejabat. ‘Baiknya pengetua ni, kalau pengetua lain sah-sah panggil cikgu lain suruh hantar ke kelas’.

*

Selepas Puan pengetua bercakap dengan cikgu yang mengajar di kelas 4 Akaun Cemerlang, Elisya dipersilakan masuk ke kelas itu. Suasana kelas yang tadinya riuh-rendah kini senyap. Semua mata memandang ke arah Elisya. ‘Ade aku kesah?’

“Baiklah pelajar-pelajar, hari ni kamu ada kawan baru. Sila kenalkan diri kamu.” Arah Puan Nurin a.k.a. guru kelas itu.

“Assalamualaikum, nama saya Mya Zara Elisya Binti Mohammad Fadlan. Salam perkenalan.” Pendek kata-kata aluannya.

“Ek elleh minah ni, kerek la. Takkan tu je kot?” Entah datang dari mana suara sumbang itu tidak diambil peduli oleh Elisya. “Betul tu, tinggal mana? Still single ke? Kalau single bak nombor telefon.” Suara lain menyampuk. Sedikit pun Elisya tidak menoleh ke arah suara itu.

“Sudah! Kamu semua ni, tak boleh tengok perempuan kan. Dah, Elisya kamu boleh duduk di belakang sana. Kamu tak kisah ke duduk seorang?” Elisya memandang ke arah tempat duduk yang dimaksudkan oleh Puan Nurin. Good!

“Tak ada masalah cikgu.” Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke tempat duduknya kini. Semua mata masih lagi tetap memandangnya.

“Baiklah pelajar semua, setakat ini pelajaran kita. Elisya, kamu boleh ambil buku-buku teks di bilik buku teks rehat nanti.” Elisya hanya mengangguk walaupun dia tidak memerlukan sebarang buku teks lagi kerana semuanya telah dibeli oleh abangnya.

Kelas kembali riuh selepas Puan Nurin keluar. Elisya tidak ambil pusing gossip yang hangat dibincangkan di kelas itu. Pastinya tentang dirinya. ‘Ade aku kesah?’

“Hai! Saya Irdina Ilmuna, boleh panggil Muna je. Ni kawan saya Izzah Insyirah, boleh panggil Izzah.” Muna menghulurkan tangan tanda perkenalan.

“Elisya.” Pendek! Salam disambut. Muna dan Izzah sedikit terkejut dengan jawapan Elisya. Dalam hati, usah cakap, pelbagai andaian telah dibuat. Sombong, bongkak dan bla bla bla. Langkah diatur ke tempat mereka kembali.

Semua mata memandang apabila mendengar kerusi Elisya ke belakang. Elisya bangun bersama buku nota dan pen di tangan. Langkahnya berhenti tepat di hadapan jadual kelas yang tertampal di papan kenyataan. Tangannya ligat menyalin satu persatu tulisan yang terpamer di hadapannya. Dia tahu dia menjadi perhatian. Tapi, ‘ade aku kesah?’

Elisya kemudiannya melangkah ke arah seorang pelajar yang berpakaian coklat. Pengawas mungkin. Tekanya. “Maaf, boleh saya tanya…..bla bla bla.” Elisya mencatat apa yang patut disediakan olehnya untuk semua subjek dan sukatan yang telah diajar oleh guru. Senang, balik nanti dia boleh mengulang kaji sendiri dan mungkin akan dibantu oleh abangnya.

0 tell me...: