BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

AAK? 4

Elisya melangkah ke meja makan. Sudah tiba masanya makan malam bersama-sama abangnya.Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, kelibat abangnya muncul dari arah dapur.

“Abang yang masak ke?” Darwish memang pakar memasak. Dia mewarisi bakat yang ada pada arwah mama mereka. Darwish mengangguk, kemudian duduk berhadapan dengan adiknya.

“Makan sekali Mak Som. Ajaklah Pak Mail sekali.” Ajak Darwish kepada orang gaji yang juga isteri kepada Pak Mail, driver mereka. Hanya pada mereka berdualah, Darwish dan Elisya menumpang kasih kerana mereka tiada saudara-mara lain.

“Tak apalah Darwish, kamu berdua makan dulu. Lepas Isya’ nanti kami makan. Kamu bukan tak tahu Pak Mail kamu tu, bukannya boleh makan masa ni. Mula la sakit perut.” Mak Som berlalu ke biliknya.

Ketika kecil, Mak Somlah yang menjaga mereka. Namun, ibu bapa mereka tetap tidak melupakan tanggungjawab mereka. Sudah lebih 20 tahun pasangan tua itu bekerja dengan mereka. Mereka sudah seperti keluarga. Pak Mail dan Mak Somlah yang banyak membantu ketika mama dan papanya meninggal.

“Abang, tadi baby kena denda.” Elisya memecahkan kesunyian antara mereka. “What?! Denda? Cikgu mana yang denda?” Darwish tersentak! Berani cikgu itu mendenda adik kesayangannya.

“Relax bang, bukan salah cikgu. Baby yang salah, tidur time dia mengajar. Memang patutlah kena dendakan.” Tutur Elisya lembut. Dia tahu, pasti abangnya akan berhadapan dengan guru itu sekiranya dia tidak menghalang. Dari kecil lagi, sekiranya dia didenda, pasti dia akan mengadu kepada keluarganya. Keesokan harinya, mama dan papanya akan berhadapan dengan guru itu.

“Ok, let me guess. Mesti masa sejarah kan?” Dia bangga dengan pendirian adiknya sekarang. “Akan ada subjek lain ke?” Soal Elisya pula. Darwish menggeleng. Tahu benar dengan subjek yang paling dibenci oleh adiknya. Tak lain tak bukan, pasti sejarah.

“Apa dendanya?” Dikunyah perlahan makanan yang ada dalam mulutnya. “Present satu bab, lusa.” Selamba dia menjawab. “What?! Satu tajuk? Sorang?” Kali kedua Darwish tersentak. That teacher, too much!

“Dua orang, budak baru masuk pun kena juga.” ‘Best betul masakan abang.’ Pujinya. “Dia tidur juga ke?” Elisya mengangguk. “Sapa tidur dulu? Baby ke dia?” Makin galak Darwish menyoal.

“Baby. Baby pun tak tahu kenapa mengantuk sangat. Biasanya, kalau baby menyonteng. Baby tak mengantuk. Ni tak, habis segala ‘benda’ baby conteng. Tak juga hilang mengantuk tu.” Darwish tersenyum mendengar celoteh adiknya. Itulah rutin harian mereka berdua, bercerita apa yang terjadi pada setiap hari.

“How’s office?” Kini giliran Elisya pula bertanya. Syarikat hasil titik peluh kedua-dua orang tuanya itu sangat penting bagi mereka. “So far so good. Abang Man banyak tolong.” Abang Man yang dimaksudkan adalah pekerja papanya yang tetap setia mambantunya tidak kira apa jua situasi yang dihadapi. Razmanlah yang membimbingnya dalam mengharungi dunia perniagaan yang seperti roda. Terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah.

“Abang rasakan, korang ada jodoh la.” Elisya pelik! ‘Sapa yang ada jodoh? Topik apa pula ni?’ “Abang ni cakap pasal sapa?” Elisya ingin mendapatkan jawapan. “Pasal baby dengan that boy la.” Darwsih sudah tersengih melihat wajah berkerut seribu adiknya itu.

“Apa pula ada jodohnya, tetiba je abang ni.” Elisya tidak puas hati. “ Yelakan, masuk sekolah sama-sama tengah tahun, kena duduk belakang sama-sama, kena denda pun sama-sama jugak.” Tawa Darwsih meletus. Muka adiknya usah cakap, merah padam menahan amarah yang makin berapi.

“Kebetulan ajalah tu, abang ni. Cakap pasal jodoh orang. Abang tu bila jodoh nak sampai?” Sedaya upaya dia mengawal suaranya. Dia tidak pernah diajar untuk bercakap kasar dengan orang. Walau macam mana marahnya dirinya.

“Abang tunggu jodoh baby sampai dulu, baru jodoh abang sampai.” Keakraban mereka membuatkan dia tidak berasa jarak umur mereka sangat ketara. Umurnya yang akan mencecah 25 tahun tidak lama lagi seharusnya sudah berteman. Tetapi tidak bagi dia, dia tidak mungkin mencari teman buat masa sekarang. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Apa abang ni, ada ke cakap macam tu. Abang la yang patut kahwin dulu. Kalau abang nak tunggu baby kahwin dulu, alamatnya jadi bujang terlajak la abang.” Usik Elisya. “Mana baby tahu, jodoh baby lambat lagi? Entah-entah esok ada orang masuk meminang, abang terima je.” Usikan dibalas usikan.

“Abang ni, cakap merapulah. Tak bestlah macam ni.” Mulut Elisya sudah memuncung. Merajuklah tu! “Olololo, baby marah ke? Sorry k! Tapi betul apa abang cakap, kalau dah jodoh adik sampai esok, tak ada sesiapa yang boleh halang kan? I wish to meet him one day.” Sengih Darwish.

“Abanggggggg!!!” Bergegar vila mereka. “Kenapa baby? Abang?” Mak Som yang terkocoh-kocoh keluar dari biliknya bertanya. Darwish sudah ketawa. Sikap panik Mak Som tidak pernah berubah.

“Abang ni Mak Som. Suka usik baby.” Adunya. Mak Som menghampiri Elisya kemudian mengusap-usap kepala anak itu. “Abang usik-usik manja aje tu. Kan bang?” Kepalanya dialihkan kepada Darwish. Darwish mengangguk.

“Dah, makan siap-siap. Lepas ni, boleh solat Isya’ sama-sama.” Elisya dan Darwish hanya menurut. Walaupun mereka majikan, tetapi perintah orang tua harus dituruti. Mereka tidak kisah, bagi mereka tidak ada istilah majikan dan orang gaji. Semuanya saudara.

*

“Baiklah, Aqiel, Elisya. Sila ke depan.” Panggil Cikgu Rahim setelah semua pelajarnya duduk.

Aqiel dan Elisya bangun serentak. Nota yang dibuat dibawa bersama. Semua mata menala ke arah mereka kemudian berbisik sesama sendiri. ‘Ada aku kesah?’

“Assalamualaikum, saya Aisy Aqiel dan ni Mya Zara Elisya.” Aqiel memulakan tugasan mereka pagi itu. “Hari ni, kami dengan BANGGAnya ingin ‘menceritakan’ apa yang ada dalam bab yang kesembilan.” Sengaja ditekankan perkataan bangga. Pelajar-pelajar lain sudah menggigit bibir masing-masing, menahan tawa daripada meletus. Paham apa yang dimaksudkan oleh Aqiel. Tetapi Elisya tetap dengan sikapnya.

Selepas Aqiel berhenti dan mengisyaratkan supaya Elisya menyambung. Elisya membuka mulut. Matanya dapat menangkap beberapa pasang mata yang membulat. Entah apa yang menyebabkan mereka terkejut.

“Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar.” Elisya menyudahkan tugasan mereka. Kelas 4AC senyap beberapa saat. Kemudian Cikgu Rahim memberi tepukan dan diiringi pelajar-palajar lain.

“Bagus! Saya suka. Semua isi penting ada. Kamu semua paham?” Tanya Cikgu Rahim kepada pelajarnya. Mereka semua mengangguk. “Pandai kamu membahagikan tugasan. Lain kali kalau nak lagi, tidur lagi dalam kelas saya.” Perli Cikgu Rahim.

Mereka kembali ke tempat masing-masing. Seperti biasa, mute! Tiada riak gembira pada kedua-dua wajah.

*

“Eyh Qiel! Masa mana korang bincang ek? Aku tak ada nampak pun.” Soal Aniq hairan. Dia tidak pernah tengok Aqiel dan Elisya bercakap, apatah lagi berbincang. Time rehat, Aqiel akan rehat dengannya. Time balik, masing-masing balik sendiri.

“Tak bincang pun.” Jawab Aqiel pendek. Malas memikirkan soal tadi. “Gila power korang, tak bincang pun boleh buat macam tu bagus! Memang ada chemistry la korang ni.” Puji Aniq ikhlas.

“Kepala hotak kau! Banyak la kau punya chemistry. Cakap pun tak.” Balas Aqiel geram. Dia bukannya benci dengan Elisya. Cuma perangai Elisya yang diam tak bertempat membuatkan dia geram. Apa masalah dia sebenarnya ye? Soalan itu kerap kali bermain difikirannya. Dia betul-betul ingin tahu.

*

“Elisya…” Panggil Muna perlahan. Elisya mendongakkan kepalanya memandang wajah putih berseri Muna. “Kita tukar tempat nak? Awak duduk tempat saya, saya duduk tempat awak.” Cadang Muna.

Elisya tanpa banyak soal, mengeluarkan buku yang berada di mejanya. Dibawa semua barangnya ke tempat Muna, tiga meja ke depan. Muna yang terpinga-pinga pergi semula ke tempatnya, kemudian mengemas barang-barangnya. Hatinya berbunga-bunga riang. Dalam masa yang sama, dia pelik, dengan senangnya Elisya melepaskan peluang untuk duduk di sebelah Aqiel, lelaki yang boleh dikategorikan antara yang terhandsome di sekolah itu. ‘Memang tak ada perasaan la minah ini.’ Getus hati Muna.

Aqiel, Aniq, Fawwaz, Harith dan Munzir melangkah ke kelas apabila loceng berbunyi. Menandakan waktu rehat sudah habis. Lima sekawan itu melangkah ke tempat duduk masing-masing.

“Elisya mana?” Soal Aqiel pelik. Di sebelahnya bukan lagi ‘stone’ tapi ‘murai’. “Tu… Saya minta tukar. Kat depan bising la.” Alasan tak munasabah diberikan. ‘Adoi! Mati la aku kena duduk sebelah ‘murai’ ni. Better aku duduk dengan ‘stone’.’ Keluh Aqiel. “Owh…” Sedaya upaya senyuman diukir.

Semua pelajar berdiri, guru Bahasa Melayu mereka memberi salam. Mereka menjawab serentak. “Aik! Elisya, macam mana awak boleh ada dekat sini?” Guru pertama yang hairan dengan kedudukan Elisya dalam kelas.

“Muna minta tukar, cikgu.” Jawabnya penuh sopan. Puan Nurin kalih ke Muna yang sedia tersengih di belakang. “Kenapa awak minta tukar, Muna?” Walaupun jawapan sudah diketahui, Puan Nurin tetap bertanya.

“Depan panas la cikgu, sini sejuk sikit. Ada kipas.” Aqiel sudah pelik dengan jawapan Muna. Tadi lain, ni lain pulak. Mesti ada udang di sebalik mee ni. “Tak da- tak da, awak duduk belakang tu, senang la awak nak bercakap masa cikgu mengajar. Tukar balik.” Arah Puan Nurin. Dia selaku guru kelas berhak berbuat demikian.

“Tapi cikgu…” Muna cuba membantah. Namun, melihat gelengan Puan Nurin, dia mengalah. Pertukaran berlaku sekali lagi. Elisya dengan mutenya kembali ke tempat asalnya. Tiada riak gembira atau sedih.

‘Pow…Dum…Dam…’ Macam-macam bunyi bunga api dalam hati Aqiel. Gembira tidak terkata. Dia tersenyum kepada Elisya dan seperti biasa hanya senyuman tidak ikhlas dibalas.

0 tell me...: