BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

AAK? 2

“How’s school?” Darwish melabuhkan punggung di sebelah adiknya yang sedang ralit menonton televisyen. Secara automatik kepala Elisya akan jatuh ke bahu abangnya. Sekali tengok macam pasangan yang baru kahwin!

“Not bad.” Jawabnya pendek. “Ramai kawan?” Dia ingin menduga adiknya. Adakah ucapan Elisya dahulu masih kekal begitu? “Entah, baby tak kesah.” Nampaknya jawapan kepada persoalannya sudah terjawab. Kata-kata itu masih kekal begitu. ‘No more close friends or mybe no more friends.’

Darwish paham kenapa adiknya berubah begitu. Kalau di rumah mungkin tidak nampak perubahan yang ketara. Tetapi kalau di sekolah, perubahan itu jelas kelihatan. Elisya yang dulunya seorang yang riang dan mudah bergaul kini menjadi seorang yang pasif dan tidak mahu bergaul. Trauma! Ya, itulah perkataan yang tepat bagi persoalan kenapa adiknya berubah. Elisya pernah dikhianati sahabat baiknya sendiri. Elisya hampir-hampir dirogol namun sempat diselamatkan. Sahabat baik Elisya sendiri menjualnya kepada seorang lelaki untuk dijadikan ‘pemuas nafsu’.

“Abang…” Panggil Elisya sambil memintal-mintal hujung lengan baju Darwish. “Baby nak apa?” Darwish sudah fasih dengan perangai adiknya yang satu itu. Mesti ada sesuatu yang diingini.

“Teman baby study malam ni? Bukan apa, kalau baby tak paham boleh baby tanya abang terus kan?” Tersenyum Darwish mendengar permintaan Elisya. Ingatkan apa. “Kalau penakut tu penakut juga kan?” Ingatkan dah matang, dah berani. Tetap juga penakut. Alasan Elisya yang satu tu dah lapuk. Elisya tak paham? Agak mustahil itu kerana otak adiknya itu genius. Elisya pasti takut untuk berjaga malam seorang diri. Dari kecil sampai besar macam ni. Kalau dia nak berjaga malam pasti ada yang teman. Darwishlah yang paling kerap. Arwah mama dan papa mereka juga pernah menemani Elisya belajar.

“Kalau abang penat tak apa lah.” Suara Elisya sudah bertukar nada. Nada merajuk. “Baby merajuk ke?” Usik Darwish. Soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan. “Yela-yela abang teman.” Satu ciuman pantas dihadiahkan oleh Elisya. “Thanks abang. You are the best! Sayang abang.” Senyuman kembali terukir di wajah Elisya. Dia tahu abangnya tidak akan mengecewakannya. Tidak pernah satu pun permintaannya tidak dipenuhi. Walau begitu payah, abangnya tetap berusaha untuk memenuhi permintaannya.

*

Sudah hampir dua minggu Elisya belajar di sekolah itu. Namun, dia masih diperhatikan. Tetapi Elisya langsung tidak kisah. Dia pekakkan telinga apabila mendengar mulut-mulut murai yang mengata tentangnya. Perempuan kerek la, poyo la, perasan cantik la dan bla bla bla. ‘Ade aku kesah?’

Semua mata pelajaran dapat diikuti dengan baik. Tidak sia-sia dia berjaga malam dua hari sekali sambil ditemani abangnya. Guru-guru memuji kepandaian Elisya. Setiap hari, pasti ada sahaja yang memuji Elisya. Ini menyebabkan ramai yang iri hati dengannya. Elisya pernah dipulaukan kerana kepandaiannya tetapi langsung tidak berbekas di hatinya. Baginya, dipulau atau tidak sama sahaja kerana dia langsung tidak berminat untuk berkawan. Cukuplah pengalaman mengajarnya. Elisya akan ringan mulut dengan guru-guru dan Pak Isa sahaja. Dengan pelajar-pelajar, haram!

*

Pelajar kelas 4 Akaun Cemerlang bangun apabila Puan Nurin memasuki kelas mereka. Di belakangnya, ada seorang pelajar baru. Lelaki! Kacak! Stylo! Mata pelajar perempuan tidak lari dari memandang lelaki itu kecuali Elisya. Langsung tidak menoleh ke arah lelaki itu. Tidak tahu akan kewujudan lelaki itu.

“Assalamualaikum!” Salam Puan Nurin dijawab serentak oleh pelajar-pelajarnya. “Kamu begitu bertuah! Hari ini kamu akan berkenalan dengan rakan baru kamu. Sila perkenalkan diri.” Arah Puan Nurin kepada pelajar barunya.

“Hye! Aku Aisy Aqiel Bin Ahmad Amran. Aku datang dari Melaka. Papa aku kena pindah sini. Nice to meet all of you.” Perkenalnya ramah. Senyumannya tidak lekang dari pipi. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pelajar lain. Ada sampai ternganga.

“Baiklah, Aniq, kamu tolong ambilkan meja dan kerusi di bilik sebelah dan letakkan di tepi Elisya.” Aniq selaku ketua kelas menurut perintah.

Elisya yang sedang ralit dengan buku catatannya terkejut apabila tiba-tiba sahaja Aniq meletakkan meja dan kerusi kosong di sebelahnya. “Tempat sapa?” Soalnya hairan. ‘Ada pelajar baru ke?’

“Wey Elisya! Kau tak sedar ke yang kita ni ada pelajar baru. Tu kat depan tu. Lain kali sedar sikit keadaan sekeliling jangan ada dalam dunia sendiri saja.” Pedas kata-kata yang dikeluarkan oleh Aniq. Elisya menoleh ke hadapan. Terdapat seorang lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya. Senyuman lelaki itu dibalas tidak ikhlas.

“Elisya, kamu tak kisah kan Aqiel duduk sebelah kamu?” Puan Nurin memandang yang sedang tekun menuliskan sesuatu dalam buku catatannya itu. ‘Unik! Pelajar perempuan lain sedang tenganga memandang kekacakan Aqiel, tetapi dia langsung tidak ambil peduli.’ Bisik hati kecil Puan Nurin.

Elisya mengangguk sebagai jawapan. Dia tidak kisah asalkan lelaki itu tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya sudah.

Aqiel berjalan perlahan ke tempat duduknya yang telah disediakan oleh Aniq sebentar tadi. “Hye! Aqiel.” Ramah Aqiel menyapa. “Elisya.” Tanpa memandang dia menjawab. Aqiel hairan! ‘Apa masalah minah ni?’

*

“Kau, terima kasih, meja and kerusi tadi.” Aqiel menghadiahkan senyuman kepada Aniq. “Aniq.” Huluran tangan Aniq disambut mesra oleh Aqiel.

“Qiel, kau hati-hati duduk sebelah Si Elisya tu.” Pesan Aniq. Aqiel mengangkat kening tanda tidak paham. “Dia tu student baru macam kau juga, dua minggu lepas dia masuk. Dia tu pelik la, kau bayangkan dia boleh hidup tanpa kawan. Dia tak ada seorang pun kawan kat sini. Sepanjang dua minggu dia kat sini, boleh kira pakai jari TANGAN saja berapa orang yang bercakap dengan dia. Aku ni pun baru tadi bercakap dengan dia. Aku ni ketua kelas. Orang lain apatah lagi kan. Tapi yang lagi peliknya, dia boleh pula ramah dengan pekebun sekolah ini, Pak Isa.” Panjang lebar penerangan Aniq kepada sahabat barunya itu.

“Ken….” Belum sempat Aqiel menyudahkan kata-katanya, Aniq memotong. “Kau jangan tanya kenapa sebab kita orang pun tak tahu. Macam mana nak tahu kalau bercakap pun tak mahu.” Aqiel mengangguk-ngangguk tanda paham. Pelik!

0 tell me...: