BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

AAK? 3

“Abang, hari ni ada budak baru. Cikgu suruh duduk sebelah baby.” Beritahu Elisya kepada abangnya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. “Oh ya, so, bukan baby la paling lambat masuk sekolah kan?” Elisya sekadar mengangguk. “Sapa nama?” Darwish menoleh sekilas ke seat sebelahnya. “Mya Zara Elisya.” Pantas Elisya menjawab. Berderai tawa Darwish. Elisya pelik!

“Kalau tu abang pun tahu. Nak abang sambung lagi? Mya Zara Elisya Mohammad Fadlan.” Tutur Darwish bersama baki tawanya. “Da tu? Who’s name?” Elisya blurr.

“Your new classmate la.” ‘Adik aku ni kan, memang la…’

“Owh, entah.” Serius! Dia tak ingat nama lelaki itu tadi. “What?! Entah? Dia duduk sebelah baby kan?” Elisya mengangguk. “How could you answered ‘entah’ when I asked her name?” Darwish sedikit terkejut. Ni dah masuk kes parah ni.

“His not her.” Yang tu dia ingat. Budak tu lelaki. “Meaning? Boy?” Elisya mengangguk lagi. “Macam mana boy boleh duduk sebelah baby?”

“Cikgu suruh. Baby duduk seorang dalam kelas. Kalau that guy duduk tempat lain nampak ganjil kelas.” ‘Sesaknya jalan.’ Gerutunya sambil memandang jam di pergelangan tangan.

“Baby tak kisah?” Elisya menggeleng. “Selagi dia tak ganggu life baby, baby tak kisah.” Darwish mengangguk-angguk. “Handsome tak?” Darwish sudah tersengih.

“Ade baby kesah handsome ke tak?” Tup! Perbualan mereka berakhir di situ.

*

Sejak mengetahui perangai Elisya, Aqiel tidak pernah menegur Elisya. ‘Bukannya aku mati tak cakap dengan orang sebelah.’ Sungut hati Aqiel. Elisya pula langsung tidak ambil kisah. Dia bahagia dengan dunianya sendiri.

‘Alamak! Perlu ke cikgu masuk hari ni? Kan best kalau hari-hari cikgu ada mesyuarat.’ Aqiel merungut dalam diam. Maklum la, nak cakap dengan orang sebelah pun sama je macam cakap dengan diri sendiri.

Macam biasa, Aqiel memulakan ‘projek’nya. Dia mengeluarkan buku ‘karya’nya, ditegakkan buku Sejarah Tingkatan 4 kemudian tangannya menari-nari di atas bukunya. Pelbagai jenis lukisan yang dilukis. Apa sahaja yang terlintas di fikirannnya dilukis.

‘Apasal pula mata aku hari ni, ni? Kenapa la mengantuk sangat ni?’ Elisya yang sedang melakukan perkara yang sama dengan Aqiel sesekali tersengguk. Mata pelajaran sejarah lah yang paling di’benci’nya dari tingkatan satu lagi. Walau bagaimana ‘benci’nya dia terhadap pelajaran itu, dia tetap belajar untuk menghadapi peperiksaan. Itu pun kerana terpaksa.

Perlahan-lahan Elisya merapatkan kepalanya ke meja. Pen masih di tangan. Matanya terus tertutup apabila kepalanya mencecah ke atas buku catatan yang masih terbuka.

‘Gila minah ni! Berani-beraninya dia tidur time cikgu tengah mengajar. Dah la cikgu yang mengajar ni, cikgu disiplin. Kalau kantoi sure ‘mampos’!’ Aqiel terkejut melihat Elisya dengan selambanya tidur.

Empat puluh minit berlalu. Lagi setengah jam kelas akan berakhir. Aqiel menoleh kiri, Elisya tengah khusyuk tidur. Toleh kanan, rakan-rakannya khusyuk mendengar cikgu mengajar. Tidak dinafikan, Cikgu Rahim mempunyai teknik yang baik untuk menarik minat pelajar-pelajarnya. Namun, maaf! Dia langsung tidak minat. Dia dan sejarah tak akan serasi sampai bila-bila.

Tinggal dua puluh minit lagi kelas Cikgu Rahim. ‘Sabar Aqiel, sabar. Jangan tergoda dengannya. Tinggal dua puluh minit saja lagi.’ Aqiel menguatkan dirinya untuk tidak tidur . Tetapi malang, akhirnya dia tergoda. Letak sahaja kepala di atas meja. Dia terus berada di dunia lain.

“Kamu berdua di belakang sana.” Bergegar kelas dengan suara kuat Cikgu Rahim. Semua mata menoleh ke arah Aqiel dan Elisya. Mereka berdua sedikit pun tidak terkesan dengan suara Cikgu Rahim.

“Siapa nama mereka berdua?” Soal Cikgu Rahim kepada Aniq. “Yang lelaki, Aqiel. Perempuan, Elisya.” Jawab Aniq takut-takut.

Cikgu Rahim berjalan perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi menghampiri mereka berdua yang sedang lena.

“Aqiel!!! Elisya!!!” Sekali lagi kelas bergegar. Sepantas kilat mereka berdua tersedar. Bulat mata mereka memandang muka garang Cikgu Rahim. ‘Dia tidur juga ke?’ Soal Elisya pada diri sendiri.

“Kamu berdua bangun! Dah lama saya perhatikan kamu berdua. Hari ini kesabaran saya sudah sampai tahap maksimum. Pandailah kamu berdua cover dengan buku ni.” Cikgu Rahim menjatuhkan buku-buku mereka. Aqiel sudah gelabah. Elisya rasa macam nak nangis tetapi dia tahan. Tak mungkin dia menangis di hadapan pelajar-pelajar lain.

“Kamu berdua saya denda. Saya nak kamu berdua present tajuk seterusnya in my next class. Dan kalau awak tak tahu tajuk apa, saya bagitahu sekarang, tajuk SEMBILAN.” Ditekankan perkataan sembilan itu.

Mata Aqiel mengecil, memerhati jadual kelas di hadapan. ‘Esok tak ada, selamat. Lusa…Takkk…What?! Ada?’ Aqiel hampir menjerit apabila matanya memandang ‘SJ’ pada hari khamis, masa terakhir.

“Satu tajuk cikgu?” Soal Elisya tidak percaya. Cikgu Rahim mengangguk. ‘Ade aku…’ Yes! Kali ni aku kisah. Nak kena prepare dalam masa satu hari? Satu tajuk? No way!

“Baiklah kelas, kelas untuk hari ini berakhir di sini. Insya-Allah kita akan berjumpa pada hari KHAMIS nanti.” Perkataan khamis dikuatkan sambil matanya memandang wajah risau Aqiel dan Elisya.

Aqiel dan Elisya duduk setelah Cikgu Rahim keluar kelas. Kedua-duanya membuka buku teks sejarah ke muka surat kandungan. Bab 9 : Perkembangan Di Eropah. Tengok sahaja tajuk, kedua-dua wajah tadi berubah ke riak bosan. Ada lebih kurang 26 muka surat. Banyaknya!

‘Nak bincang macam mana dengan ‘Stone’ ni? Takkan semua aku nak ‘kaut’ kot. Tapi kalau aku tanya, nak ke dia jawab. Paling tak jawapan dia, ya, tak, entah. Huh! Tension aku.’ Omel Aqiel. Dia menoleh ke kirinya, dilihat Elisya sedang tekun membaca. ‘Eyh ‘Stone’ ni, boleh pula buat riak tak ada perasaan macam tu. Eloklah aku panggil ‘Stone’. Memang sesuai sangat. Kalau tak sebab kau, aku tak tidur la tadi.’ Marahnya. Mahu sahaja dia melontarkan kata-kata itu kepada Elisya. Geram!

*

“Amacam? Dah bincang dengan Elisya? Mana part kau, mana part dia?” Aniq bertanya ketika mereka beriringan ke kantin untuk mengisi perut.

“Bincang kau cakap? Cakap pun tak. Aku pun dah pening ni. Tak tahu nak buat macam mana.” Aniq tergelak mendengar jawapan Aqiel. ‘Sabarlah duhai teman.’

*

“Aku ambil part awal, kau ambil part akhir.” Aqiel memberanikan diri untuk bersuara.

“Apa kata, kau cakap je kau nak part mana. Lepas tu, kau cakap la part dia. Setle!” Aniq menyuapkan nasi ke mulutnya. “Kalau dia tak nak?” Aqiel menyoal seperti orang bodoh. “Eyh Qiel! Kau kena ingat dia tu ‘Stone’, kau juga yang bagi nama tu kan? Sah-sah la dia tak balas apa kau cakap.” Aqiel mengangguk.

Kata-kata Aniq tadi betul apabila hanya anggukan diterima sebagai jawapan. ‘Ish! Geramnya aku! Tengok aku pun tak.’

0 tell me...: