“Aucchhum!” Kotak tisu yang berada di atas meja kecil tepi katilnya dicapai. Hidung yang berair diseka dengan tisu itu.
Pintu diketuk sebelum melangkah masuk ke bilik yang menempatkan Darwish. Elisya menatang dulang yang berisi beberapa keping roti bersama jem dan coklat panas di atasnya. “Breakfast bang…” Darwish yang memejamkan mata bagi menghilangkan pening yang dirasai kembali membukakan matanya.
Elisya duduk di birai katil kemudian meletakkan telapak tangannya atas dahi Darwish. “Panas lagi ni bang. Kita tak payah pergi lah. Baby teman abang kat rumah ok?” Darwish menggelengkan kepalanya, menandakan dia tidak bersetuju.
“Abang ni kan. Kenapa degil sangat? Demam-demam pun nak keluar juga. Nanti makin teruk demam tu.” Marah Elisya. Tak mengerti dengan perangai abangnya yang satu ini. Geram rasanya. Darwish sengih. “Baby, wanna know something?”
Elisya menatap wajah abangnya seketika sebelum menganggukkan kepalanya. “Bila abang tengok baby risau macam ni kan, abang ingat kat arwah mama. Sama. Mama pun akan risau macam baby juga kalau abang sakit, padahal sakit abang bukan serius pun.” Tuturnya dalam suara yang sedikit perlahan. Sedih rasanya. Rindunya kepada arwah orang tuanya hanya tuhan yang tahu. Elisya di sebelahnya sudah teresak-esak. Rasa bersalah menguasai dirinya tika itu. Dia tidak sepatutnya ‘membangkitkan’ kesedihan Elisya.
Roti yang masih bersisa diletakkan kembali ke tempatnya. Darwish menegakkan sedikit badannya kemudian meraih tubuh Elisya ke dalam pelukannya. “I’m sorry. Didn’t mean to hurt you again, dear. Shuuuuh…” Kepala adiknya yang dilitupi tudung berwarna hitam itu diusap-usap penuh kasih. Dalam pada itu, dia bersyukur kerana Elisya pandai menjaga aurat dirinya sendiri. Walhal, jika di rumah sendiri pun dia tetap menutup aurat jika Pak Mail ada.
“I miss them bang. Really-really miss them. Sometime I can’t breath when I’m thinking of them.” Esakannya makin kedengaran. “Yea… I know. I can feel what you feel because they’re my parents too. But you must remember, they won’t glad too ‘see’ us like this. They want us to be happy. Don’t forget that we still have Allah, who always be with us. Dia nak uji tahap mana keimanan kita terhadap Dia. Baby jangan mudah mengalah. Kita kena kuat. Think positive. I’m here for you.” Darwish berharap tangisan Elisya akan reda apabila mendengar nasihat yang diberikan. Kadang-kala dia juga rasa ‘susah’ untuk meneruskan hidup sebegini tetapi dia harus kuat. Tika dia memerlukan seseorang untuk mengadukan masalahnya, Allah yang pertama di fikirannya. Dia akan menghadap yang Ilahi.
“Dah la tu. Pergi siap-siap. Lambat pula nanti.” Air mata yang masih bersisa pada wajah Elisya dilap. “Abang?” Sengihan nakal di bibir Darwish sudah memberikan jawapan kepada soalannya itu. ‘Abang…Abang…’
Zayyad yang berada di sebalik pintu turut mengesat air matanya. Niatnya untuk menjenguk keadaan Darwish dibatalkan apabila terdengar perbualan mereka berdua. Hiba rasanya. Berat sungguh penderitaan yang dilalui oleh dua insan kesayangannya itu. ‘Ya Allah! Engkau kurniakanlah mereka kekuatan.’ Doanya.
*
“Here we are!” Dengan penuh bangga Zayyad mendepakan tangannya menujukkan keindahan tempat itu. Mereka yang lain melihat sekeliling. ‘Cantik!’ Masing-masing memberikan komen yang sama.
“Abang, ibu and ayah bawa Pak Su and Mak Su jalan-jalan. Abang bawa lah dorang ni.” Beritahu Puan Ulfah kepada anaknya. Zayyad angguk, faham.
“Baby tahu tak, ada sejarah di sebalik nama tempat ni.” Elisya yang memerhati keadaan sekeliling, berhenti melakukan hal itu. Wajah Zayyad dipandangnya. “Ye? Apa sejarah dia?” Lengan Darwish dipaut mesra. Abangnya pasti tiada mood untuk bercakap banyak dek demam yang dirasainya.
‘Kenapa mesti cakap dekat Elisya je? Apa aku tak wujud ke kat sini? Saja lah tu…’ Omel Aqiel dalam hati. Mukanya sudah berubah riak.
“Abang tak ingat sangat lah, tapi yang pasti ‘Tangkuban Perahu’ ni bermaksud ‘perahu yang terbalik. Cuba baby tengok kat gunung sana. Bentuk gunung tu sama macam perahu yang terbalik.” Zayyad menudingkan jarinya ke arah gunung yang berada di kiri mereka. Bukan hanya Elisya yang memandang ke arah gunung itu, Aqiel dan Darwish juga melakukan ha yang sama.
“Ye lah, sama.” Kata Elisya. “Lagenda dulu-dulu cakap, sorang lelaki mengamuk tak boleh kahwin dengan sorang perempuan. Lelaki tu tolak perahu tu sampai terbalik. Dia tak boleh kahwin dengan perempuan itu sebab perempuan itu mak dia. Mak dia dapat satu kuasa sakti yang membuatkan dirinya tak akan tua selamanya. Lebih kurang macam tu lah ceritanya.” Zayyad mengakhiri ceritanya. Elisya mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Mbak! Beli mbak. Murah. Tiga puluh cuman seratus ribu.” Tiba-tiba sekumpulan penjaja yang menjual perbagai jenis ‘key-chain’ melingkumi mereka. Elisya jadi takut. Pautannya pada lengan Darwish diperkemaskan.
“Nggak! Nggak mahu!” Zayyad cuba menghalau penjaja-penjaja itu tetapi tidak berhasil. “Beli dong bang.” Penjaja itu masih memujuk. Aqiel yang tidak tahan dengan gelagat mereka ingin mengeluarkan dompet dari jeansnya. Perbuatannya ditahan oleh tangan Zayyad. Aqiel pelik.
“Jangan! Aqiel jangan beli. Kalau Aqiel beli kat salah sorang daripada mereka, yang lain akan paksa Aqiel beli dorang punya juga.” Beritahu Zayyad. Dia sudah fasih dengan perangai penjaja di sini.
“Habis tu, sampai bila dorang nak ikut kita macam ni?” Aqiel rimas. Dipandangnya wajah ketakutan Elisya. Rasa kasihan tumpah di situ. “Kita jangan layan dorang, lama-lama nanti dorang pergi cari orang lain.” Aqiel akur.
“Abang! Jom!” Setelah semua penjaja itu pergi daripada mereka, Elisya mengangkat kamera digitalnya ke arah Darwish. Darwish angguk. “Abang Ayad, tolong…” Zayyad mengambil kamera yang dihulurkan kepadanya. Elisya dan Darwish mencari ‘port’ yang sesuai untuk bergambar.
“1…2…3…” Zayyad melihat sebentar hasil ‘kerja’nya kemudian tersenyum. Berpuas hati. “Aqiel tolong ambil gambar kitorang.” Aqiel hanya mengangguk. Ada rasa ‘lain’ menyelinap’ ke dalam hatinya apabila Zayyad mengambil tempat di sebelah Elisya. Mereka nampak begitu mesra. Dalam keterpakasaan, Aqiel tetap juga mengambil gambar itu.
“Dah! Aqiel pula masuk.” Arah Zayyad. “Sana lah pula.” ‘Macam photographer pula aku ni…’ Sengih Zayyad sendiri. Mereka hanya menurut. Elisya sedikit kekok apabila Aqiel berada di sebelahnya. ‘Kenapa tak pergi sebelah abang?’ Tidak puas hati.
“Ok done! One more” Elisya dan Aqiel senyum. Darwish pula melakukan ‘sesuatu’ yang mana Aqiel dan Elisya tidak sedar akan perbuatannya itu. Dia membelakangi kamera kemudian memberikan isyarat kepada Zayyad untuk mengambil gambar tanpanya. Zayyad yang mengerti akan isyarat tangan yang ditunujukkan oleh Darwish berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Kali ini gambar itu diambil menggunakan kamera Aqiel. Pasti sepupunya itu ‘suka’.
Mereka meneruskan perjalanan mereka ke menara yang berada di situ. Tangganya yang sedikit kecil dan licin menyukarkan langkah mereka. Ditambah pula dengan orang ramai. Tangan Elisya dipegang kemas oleh abangnya.
“Sejuuuk…” Akhirnya Elisya mengalah dengan kesejukan di sini. Tangannya digeser satu sama lain untuk menghangatkan sedikit badannya. Darwish yang mendengar keluhan Elisya membuka sweaternya kemudian dihulurkan kepada adiknya itu. “Pakai ni…” Hulurannya tidak bersambut. “No! Abang yang pakai. Abang kan demam. Baby ok lagi ni.”
“Ok apanya kalau bibir dah biru tu. Nah ambil! Abang dah ok sikit ni.” Darwish tetap menghulurkan sweaternya. Kali ini Elisya mengambilnya tetapi dipakaikan ke tubuh Darwish. “Abang pakailah…” Darwish geram. “Kenapa tak bawa sweater baby?” Darwish menyoal. “Dulu kita datang tak ada lah sesejuk ni. So baby tinggal lah kat rumah ibu.” Elisya memberikan alasan yang kukuh.
Zayyad yang mendengar perbualan dua beradik itu membuka sweaternya. Belum sempat Zayyad menghulurkan baju sejuknya itu, ada tangan lain yang menghulurkan sweater yang berwarna putih bercorak hitam.
Elisya memandang sweater dan tuan empunya sweater itu bersilih ganti. “Kenapa ni?” Elisya memandang tepat ke mata Aqiel, menanti jawapan. Aqiel membalas pandangan itu dan ‘snap’, Zayyad menjalankan tugasannya. “Pakai lah…” Tutur Aqiel lembut.
“No way!” Tegas Elisya berkata. “Ada saya kesah awak nak pakai ke tak? Yang saya tahu sweater ni kena ada kat sini.” Baju sejuk itu dibetulkan ke atas bahu Elisya. And again, ‘snap’.Elisya seolah-olah sudah memakainya cuma lengan sweater itu sahaja tidak dipakai. “Awak jangan nak kurang ajar!” Marah Elisya dengan nada suara yang tinggi.
“Saya bukan kurang ajar tapi dah ‘cukup ajar’. Awak tu yang ‘kurang ajar’. Dah tahu sejuk, jangan nak berlagak tak sejuk. Nanti kalau awak pula yang demam, sapa nak jaga? Abang Awish kan dah sakit tu.” Sedikit tinggi nada Aqiel. Tetapi tidak lah setinggi nadanya ketika malam jamuan dulu. ‘Apa salah aku? Aku tak sentuh sikit pun badan dia. Tak paham aku minah ni.’ Rengus Aqiel.
“Dah-dah. Kamu dua orang ni kan, pantang bersua muka. Mesti gaduh. Apa masalahnya pun abang tak tahu.” Aqiel dan Elisya hanya selamba meneruskan langkah mereka tanpa membalas percakapan Zayyad. Zayyad dan Darwish sama-sama menggelengkan kepala.
Setelah puas berjalan-jalan di atas menara itu, mereka bersedia untuk turun. Dalam perjalanan turun, Elisya ‘terperasan’ sesuatu. Dia menyuruh yang lain menunggunya di bawah. Seorang nenek yang menjual mafla bersama ‘snow cap’ dihampirinya. Dia teringatkan seseorang apabila melihat ‘benda’ itu. Selepas memilih warna yang sesuai, Elisya membuat pembayaran. Baki daripada pembeliannya tidak diambil, disedekahkan kepada nenek tua itu.
Langkah dua jejaka yang disayangi dan seorang jejaka yang ‘entah dari mana’ disainginya. “Nah!” Dihulurkan mafla yang dibeli kepada Aqiel. Aqiel pelik. Pandangan mata mereka bersatu buat kesekian kalinya dan Zayyad tetap menjalankan tugasnya dengan baik. “Apa ni?” Soal Aqiel.
“Tahun depan dah form five, mafla pun tak kenal ke?” Kata Elisya sinis. “Tahu lah mafla. Asal kasi kat saya?” Aqiel masih hairan. “Dah tahu sejuk, jangan nak berlagak gentle.” Masih dengan nada yang sama Elisya berkata. Akhirnya Aqiel menyambut huluran itu dengan perasaan yang cukup gembira. Sungguh tidak disangka Elisya akan prihatin kepadanya. Mafla itu dililit di tengkuknya dan dipakaikan ‘snow cap’ ke kepalanya. Kali ini Zayyad dan Darwish tersenyum. ‘Macam-macam lah korang dua orang ni…’
*
“Jaga diri, jaga baby ni juga. Ada masa nanti kami balik sana.” Pesan Encik Zamri kepada Darwish. Darwish mengangguk. Walaupun tiada orang yang pesan supaya menjaga Elisya, dia tetap akan menjaganya sepenuh hati.
Tangan ayah disalaminya. Senyuman dihadiahkan kepada ibu. Darwish tahu, ibunya ‘susah’ untuk melepaskannya dan Elisya pulang. Tengok sahaja cara dia memeluk Elisya tadi, semua orang akan tahu.
“Pergi dulu Pak Su, Mak Su.” Kedua-dua tangan itu disalami penuh hormat. Aqiel sedikit tersentak mendengar berita yang disampaikan oleh Zayyad sebentar tadi. Abang Yadnya itu akan balik ke Malaysia minggu depan untuk bercuti sebelum dipanggil untuk induksi seterusnya bekerja. Aqiel tidak selesa dengan berita itu, namun senyuman tetap diberikan.
“Jumpa lagi next week!” Ucap Zayyad. Elisya sangat gembira setelah mengetahui Zayyad akan ke ‘tempat’nya nanti. Tidak sabar rasanya menunggu hari itu tiba. Aqiel sedikit ‘meluat’ dengan kegembiraan yang dirasai Elisya. Makin lama, Aqiel makin pasti akan perasaannya terhadap gadis itu. Dia jadi takut untuk terus merasai apa yang dirasainya. Apa reaksi Elisya nanti.
*
“Jumpa lagi auntie, uncle.” Ucap Elisya. Sudah tiba masanya untuk mereka berpisah ke haluan masing-masing. Sedih rasanya, seminggu mereka habiskan masa bersama dan sekarang mereka akan berpisah. Entah bila lagi mereka akan berjumpa.
“Jangan lupa datang rumah kami. Auntie nantikan kedatangan kamu berdua.” Tutur Puan Najwa penuh harapan. “Dah ada kan number auntie and uncle?” Elisya mengangguk. “Nanti call. Kalau tak, auntie demam rindu pula.” Gurau Puan Najwa. Ketawa mereka meletus.
Tangan Darwish ditarik menjauhi papa, mama dan Elisya. “Kenapa?” Tanya Darwish. “Nak number abang.” Minta Aqiel. “Apa lah Aqiel ni, abang ingatkan apa tadi.” Aqiel sengih sambil menekan keypad telefonnya meng’save’ number telefon Darwish. “Ada apa-apa lagi?” Aqiel teragak-agak untuk menggeleng.
“Number Elisya, tambah satu number last abang tadi.” Aqiel terkejut. Melihat Darwish sudah tersengih, dia turut sengih. ‘Ketara sangat ke perasaan aku kat dia?” Aqiel tertanya-tanya.
“Thank you uncle, auntie.” Mereka akhirnya berpisah ke kereta masing-masing. Mata Aqiel tidak lepas memandang Elisya sehingga tidak perasan bila kereta itu bergerak pergi.
*
Dalam perjalana pulang daripada KLIA, Aqiel teringat bahawa dia belum tengok lagi gambar yang diambil di sana. Kamera yang berada dalam beg dikeluarkan. Di’on’kn kamera dan melihat semua gambarnya. Dia tersentak melihat gambarnya bersama Elisya yang diambil secara candid oleh Zayyad. Dia tersenyum, gambar-gambar ini pasti akan disimpannya sebaik mungkin. Tangannya berhenti pada gambar Elisya menghulurkan mafla kepadanya.
Mafla itu ditarik keluar daripada beg yang sama. Dipandang mafla itu tanpa jemu. Mafla ini akan menjadi barang kesayangannya. Ditanggalkan ‘snow cap’ yang masih berada di kepalanya. Ada tulisan yang dijahit di situ. ‘Bandung’. ‘Terima kasih Bandung. Aku dah jumpa jawapan yang aku cari selama ini di sana’.
“Abang! Abang!” Tangannya dilambaikan di hadapan muka Aqiel. Aqiel tersedar daripada lamunannya. “Habis lah abang kali ni.” Ucap Puan Najwa serius. “Kenapa ma?” Aqiel jadi takut.
“Penyakit angau dah menular dalam diri abang tu. Serius pula tu. Siap berangan lagi.” Canda Puan Najwa. Papanya dan Pak Zaid hanya ketawa kecil. Muka Aqiel sudah memerah. ‘Serius sangat ke? Sampai mama pun perasan. Malunya…’.
“Kenapa nak malunya? Biasalah tu. Semua orang akan melaluinya juga. Cuma abang ni dalam golongan yang awal dapat merasainya.” Aqiel makin malu jadinya. “Mama tak kisah?” Soalnya tanpa memandang wajah Puan Najwa.
“Mama tak kisah asalkan abang pandai manage your time. Lagipun mama tengok Isya tu macam susah sikit nak dekat. Slow-slow lah.” Panggilan ‘Isya’ sudah lekat di bibirnya. Ini semua penangan suami yang memulakan panggilan itu.
“Thanks ma! I will.” Tak sangka mamanya akan setuju dengannya. “Kalau abang dapat straight A’s dalam SPM, papa pergi pinang dia untuk abang time tu juga.” Encik Amran menyampuk perbualan mereka.
“Really pa?!” Penuh keterujaan Aqiel memandang wajah papanya yang berada di sebelah Pak Zaid. “Ye! Itu pun kalau abang tak kisah kahwin muda.” Gurau papanya lagi. “I won’t. Abang tak kisah pun.” Yakin sekali jawapannya.
“Gatalnya anak mama ni.” Hidung Aqiel ditarik manja. Ketawa mereka bergabung.
Saturday, January 23, 2010
AAK? 13
cReaTeD bY LuvUa at 3:40:00 PM
Labels: (13)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 tell me...:
best la cte niee...
amboi..
kemain aqiel ni yea
hahahaha...Aqiel dah gtl sgt dah tuu...thnx=)
best..
bile nk smbung.
tak sbr nk bca lg..
Post a Comment