‘Number Elisya, tambah satu number last abang tadi.’ Kata-kata itu berlegar-legar di ingatannya. Nombor di skrin blackberrynya ditatap lama sehingga dia dapat mengingati nombor itu. ‘Perlu ke aku call dia?’ Sesaat kemudian, dia menggeleng. ‘Macam excited sangat sampai call segala. Kalau mesej?’ Soalan itu ditujukan kepada dirinya sendiri kerana hanya dia yang akan menemukan jawapan di sebalik segala persoalan itu.
Sudah lebih dua jam dia meng’sms’ Elisya, langsung tiada balasan. Kecewa singgah di hatinya. ‘Takkanlah Abang Awish kasi number salah kot.’ Dia menggeleng lagi. ‘Tak mungkin. Hurmm, try missed call la.’ Sedikit ketar tangannya ketika menekan punat hijau di keypad telefon bimbit yang dihadiahkan oleh papa. Telefon kembali diletakkan di atas meja kecil di sudut bilik dengan perasaan yang bercampur-aduk.
*
“Abang!” Elisya memanggil abangnya sambil tercari-cari keberadaan lelaki itu. Akhirnya dia menemui Darwish di luar rumah. Ralit abangnya itu memerhati ikan-ikan emas yang berada di dalam kolam ikan di sudut kanan banglo mereka sehingga tidak perasan akan kehadiran dirinya di disitu.
Perlahan-lahan Darwish dihampiri. “Abang!” Sedikit tinggi suaranya sambil melompat naik ke atas belakang abangnya. Terkejut Darwish sehingga bekas berbentuk silinder yang berisi makanan ikan di tangannya terjatuh ke tanah.
“Baby! Apa ni? Terkejut abang.” Diturunkan Elisya dari belakangnya. Elisya memuncungkan bibirnya. ‘Merajuklah tuuu…’ Gerutu Darwish. “Sorry dear. May I help you?” Lawak Darwish mendapat sambutan daripada Elisya. Sakan adiknya ketawa mendengar dia meniru ‘operator’ telefon mainan semasa mereka kecil-kecil dulu.
“Abang tahu tak number sapa ni?” Tanya Elisya setelah ketawanya reda. Darwish mencapai telefon bimbit yang dihulurkan kepadanya. Diteliti nombor yang terpapar di skrin telefon Elisya. Mukanya diblurrkan. Dalam hati usah cakap, bukan setakat senyum, dah sampai tahap ketawa tergolek-golek dah. “Entah! Mana lah abang tahu.” Serius pertuturan Darwish. ‘Bohong sunat aci kan?’ Hatinya ketawa lagi. ‘Expert lah budak Aqiel ni. Takkan lah sehari tak jumpa dah rindu? Aduh! Ni dah masuk kes parah ni.’ Bebelnya sendiri.
Elisya pula pening memikirkan gerangan tuan punya nombor telefon itu. Setahunya, nombor telefon ini hanya Darwish, Pak Mail dan Mak Som sahaja yang tahu. ‘Kawan-kawan’ lamanya sudah di’blocked’ nombor mereka. ‘Siapa ni? Perlu ke aku balas mesej dia? Tak kot. Ah! Lantaklah. Not need to think bout it.’ Putus Elisya akhirnya.
*
“Lambatnya Abang Ayad ni…” Rungut Elisya. Darwish di sebelahnya hanya mampu senyum. Surat khabar kembali ditatap, isu-isu semasa dibaca dengan tekun sekali.
“Hye bang! Sorry lambat.” Satu suara menegur mereka berdua. Suara yang membuatkan hati Elisya membengkak kembali. ‘Mesti ke dia datang juga?’ Elisya cuak. Dipalingkan wajahnya ke arah lain. Darwish dan Aqiel berpandangan sebentar sebelum kedua-duanya tersengih.
“Aqiel datang dengan sapa?” Ramah Darwish menyoal. “Dengan Pak Zaid tapi dia dah balik. Semalam kan Abang Awish suruh Aqiel ikut abang hari ni.” Sekali lagi Elisya tersentak. Matanya menghala ke arah Darwish, meminta penjelasan. Darwish hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak faham akan maksud pandangan adiknya itu. Elisya tidak puas hati!
Lima belas minit kemudian, muncullah kelibat Zayyad dengan memakai t-shirt berjenama Puma dan jeans berwarna biru terang. Senyuman yang tidak lekang daripada bibir mungil Elisya membuatkan Aqiel mendengus perlahan. Darwish disebelah menggosok-gosok belakang Aqiel, menenangkannya. ‘Kenapa aku tak boleh kawal rasa ini?’ Sedaya upaya ditenangkan dirinya supaya tidak dapat dikesan.
“You can’t control it anymore Qiel. Dah terang lagi bersuluh.” Aqiel yang dipeluk oleh Zayyad tersentak mendengar kata-kata itu. Dia bagai nak mati kawal perasaan ni, boleh sepupunya cakap nampak lagi. Aqiel buntu! ‘Perlu ke aku terjebak dalam perkara macam n? Arggghhhh!’ Tempiknya dalam hati.
*
“Ayad… Rindunya Mak Som kat kamu. Mana lah kamu menghilang? Kesian baby.” Mak Som yang sedia maklum akan kedatangan Ayad dan sepupunya telah memasak makanan kegemaran lelaki itu. Walaupun sudah lama Ayad menghilangkan diri, boleh dikatakan semua perkara tentang Ayad masih diingatinya. Ini semua penangan Elisya!
“Ayad pun rindu kat Mak Som. Dah lama tak usik Mak Som. JOGET SIKIT!” Penyakit latah Mak Som ‘keluar’ apabila disergah begitu. Terus wanita separuh abad itu berjoget. Meletus ketawa mereka semua kecuali Aqiel. Hanya senyuman yang dihadiahkan. Hatinya sakit melihat keakraban sepupunya dengan keluarga Elisya. ‘I’ve to avoid this feeling! Jealous’s feeling!’ Tekadnya.
“Masuklah. Ni nama sapa?” Soalan itu ditujukan kepada Aqiel. “Aisy Aqiel. Panggil Aqiel je.” Sopan dia menjawab. “Ni lah sepupu Ayad yang satu kelas dengan baby ye?” Anggukan diterima sebagai jawapan. Senyuman terukir di situ. ‘At least mereka ada juga cakap pasal aku.’
Setelah siap menghidang makan tengah hari, Mak Som memanggil mereka semua untuk menjamu selera. “Panggillah Pak Mail sekali. Kita makan sama.” Darwish mengarahkan si isteri untuk memanggil si suaminya. Mak Som hanya menurut.
Kerusi di sebelah abangnya diduduk. Hilang seleranya apabila wajah Aqiel yang berada di hadapannya. ‘Ignore him.’ Zayyad mengaminkan doa makan sebelum mereka semua mengisi perut dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Mereka makan dengan begitu berselera. Sudah lama rumah itu tidak menerima tetamu.
‘Sudu sapa pula ni?’ Diangkatkan wajahnya untuk melihat siapa yang ingin mengambil ketulan terakhir ikan kicap yang dia juga mahukan. Sudu terus ditarik kembali selepas melihat gerangan siapakah dia. ‘Malas nak cari gaduh.’ Suapan diteruskan. Aqiel tersenyum. Entah bilalah hati perempuan ini akan lembut dan berbaik dengannya. Ketulan ikan itu diambil dan diletakkan di atas pinggan Elisya. Terkejut Elisya. Malas untuknya kembali mengangkat wajah untuk mengetahui gerangan yang ‘baik hati’ itu kerana dia sudah dapat mengagak jawapannya. ‘Rezeki jangan tolak.’
“Abang stay kat mana selama abang kat sini?” Tanya Elisya semasa mereka makan buah-buahan sebagai pencuci mulut. “Kat sinilah.” Sengaja dia ingin mengusik Aqiel. Ternyata usikannya berjaya apabila Aqiel tersedak mendengar jawapannya. Berlainan dengan Elisya yang menunjukkan riak ceria yang amat. “Betul ke bang?” Dua pasang mata kini memandangnya inginkan kepastian. Sepasang mata menunjukkan perasaan tidak puas hati manakala sepasang mata lagi mengharapkan jawapan yang bakal menyenangkan hatinya.
“Tak adalah. Gurau je. Stay kat rumah Pak Ngah la.” Jawab Zayyad. Kali ini, kedua-dua riak tadi bertukar menjadi sebaliknya. Darwish yang memandang hanya mampu menggelengkan kepalanya.
*
Elisya mengenakan blaus labuh paras lutut berwarna merah bersama jeans hitam dipadankan dengan tudung yang ‘sedondon’ dengan jeansnya. Teruja rasanya untuk berjumpa dengan Auntie Wa and Uncle Am. Dia dan Darwish mendapat jemputan makan malam oleh keluarga itu. ‘Alang-alang nak hantar Aqiel and Yad, bolehlah singgah dinner kan?’ Kata Puan Najwa semasa dia menelefon untuk memberitahu dia akan bertandang ke rumah mereka. Gembira Auntie Wanya bukan kepalang.
“Sihat auntie?” Lembut suaranya menanya sambil menyalami tangan Puan Najwa. Puan Najwa hanya mengangguk kemudian memeluk erat tubuh Elisya. Rindunya pada gadis itu tiada siapa yang tahu. Darwish pula ramah berbual-bual dengan Encik Amran. “Eyh! Masuklah. Apa berbual depan pintu pula.” Masing-masing tersenyum mendengar ajakan Encik Amran. Maklumlah, semuanya excited.
Aqiel dan Zayyad terlebih dahulu meminta diri untuk membersihkan diri sebelum makan malam. Acara makan malam bermula setelah kedua-duanya turun untuk menyertai yang lain.Dan sekali lagi Aqiel dan Elisya berhadapan. Elisya hanya menunjukkan riak biasa-biasa sahaja manakala Aqiel tidak henti-henti tersenyum. Apa masalahnya pun tidak diambil pusing oleh Elisya.
Tiba-tiba rasa ‘sakit’ menyerang perut Elisya. ‘Sakit’ ini sudah biasa dirasainya hampir setiap bulan tetapi kesakitannya tetap menyekat segala aktivitinya. ‘Takkanlah time-time macam ni kot?’ Elisya mengeluh perlahan. “Asal baby?” Darwish yang sedar akan ketidakselesaan adiknya bertanya. Elisya hanya mampu menggelengkan kepalanya. ‘Ya Allah, Kau kurangkanlah kesakitan yang ku rasai ini Ya Allah.’ Doanya sendiri.
“Isya ni betul ke ok? Auntie tengok lain macam aja.” Puan Najwa turut perasan akan perubahan Elisya itu. Sekali lagi semua mata memandang ke arah mereka. Sebentar kemudian semuanya perasankan perubahan Elisya. Peluh mula memenuhi dahinya, seolah-olah dia sedang menahan sakit yang amat.
Darwish menepuk dahinya. ‘Ya Allah, kenapalah aku boleh lupa.’ Tarikh pada jam tanganya dilihat. ‘Time ‘dia’ la ni…’ “Baby? Are you…..?” Sengaja di’gantungkan’ pertanyaan itu untuk menjaga maruah adiknya memandangkan mereka berada di tempat ‘orang’. Elisya akhirnya ‘mengaku’. Sakit yang disangkakan akan berkurang semakin bertambah. Sangat perit rasanya.
Serba salah Darwish jadinya. Entah macam mana hendak memberitahu keluarga itu. Semuanya memberikan pandangan untuk mendapatkan jawapan. “Hurm…Baby…Baby…” Ayatnya dibiarkan begitu. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal. “Baby…Dia…Saakit…” Sekali lagi dia tidak jadi menyudahkan ayatnya.
“Auntie tahu. Sakit perempuan kan?” Laju Puan Najwa menyoal. Lambat-lambat Darwish mengangguk. Malunya untuk si adik dapat dirasakan. Encik Amran dan Zayyad dapat ‘menangkap’ apa yang dimaksudkan. Aqiel masih tertanya-tanya. ‘Sakit perempuan? Sakit apa tu? Serius ke?’ Runsing Aqiel dibuatnya.
“Serius ke ma?” Aqiel tidak dapat membendung kerisauannya. Kesian melihat keadaan Elisya begitu. “Kadang-kadang akan serius juga. Macam sekarang. Kejap, mama pergi ambil ubat.” Kata Puan Najwa kemudian melangkah pergi ke kabinet yang berada di dapur. “Kita bawa pergi klinik la bang.” Aqiel yang masih tidak mengerti dengan istilah ‘penyakit perempuan’ memberi cadangan.
“Tak payah. Memang dah biasa macam ni. Almost every month.” Tutur Darwish sambil tangannya mengurut-ngurut belakang Elisya untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung adiknya. ‘Almost every month? Sakit apa yang serius yang ‘ada’ almost every month? Sakit perempuan? Apakah tu…?’ Kepala yang langsung tidak gatal digarunya. Sesaat kemudian, dia tersengih. ‘Apasal ‘lemb’ sangat aku ni? Mesti lah sakit ‘tu’ kan?’ Aiyoyo! Kesiannya.
“Pad dah habislah!” Sedikit tinggi suara Puan Najwa yang muncul dari tingkat atas. “Baby ada bawa spare tak?” Perlahan soalan ditanya. Elisya menggeleng. Malu sudah berada di tempat kedua kini. Tempat pertama ialah kesakitan yang memerlukan kesembuhan segera.
“Bawa Isya baring kat bilik tetamu sana. Kurang sikit sakitnya tu.” Sampuk Encik Amran. Apa yang hendak dimalukan, Elisya sudah dianggap seperti anaknya sendiri apatah lagi dia tidak mempunyai anak perempuan. Darwish yang mendengar arahan papa Aqiel segera mengangkat tubuh Elisya dan dibawa ke bilik yang dimaksudkan.
“Awish keluar kejap. Pergi Seven Eleven. Nak cari pad.” Terburu-buru dia menuturkan kata-kata. Risaunya pada Elisya bercampur aduk dengan perasaan malu. Buatnya ‘tertinggal kesan’, tak ke malu? “Tak payahlah. Biar Aqiel yang pergi cari. Awish stay kat rumah la. Tengok-tengokkan Isya. Nah! Ambil ubat ni bagi dia.” Puan Najwa memberikan sepapan ubat yang sudah tinggal separuh. Darwish berpandangan dengan Aqiel. Tanpa menunggu sebarang pertanyaan, Aqiel mengangguk tanda dia sanggup membantu lelaki itu. Darwish senyum. ‘Baby bertuah dapat Aqiel.’
*
“Aduh! Kenapalah aku lupa nak tanya Abang Awish tadi nak yang macam mana.” Sudah hampir setengah jam dia berada di Seven Eleven berhampiran dengan rumahnya. Pelbagai jenis pad dipandang buat kesekian kalinya. Kemudian dia mencari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. Tak jumpa! ‘Alamak! Handphone pula tinggal kat rumah. Nak cari Abang Yad, entah kat mana dia parking.’ Abang Yad yang menjadi ‘driver’nya malam ini mungkin sedang mencari parking. ‘Nak tanya, penjual pun lelaki.’ Pelbagai posisi yang diambil untuk menghilangkan lenguh di kaki. Pandangan pelik akan dihadiahkan kepadanya oleh setiap individu yang masuk ke dalam kedai yang beroperasi dua puluh empat jam itu.
‘Yang ni kot.’ Dicapai sebungkus pad lalu membuat pembayaran dan mencari kelibat kereta yang dipandu sepupunya itu.
*
“Nah!” Sampai sahaja di rumah. Dia berlari ke bilik yang menempatkan Elisya. Hulurannya disambut oleh Darwish dan ucapan terima kasih diterima.
“Baby…” Perlahan suaranya memanggil Elisya. Elisya membukakan matanya. Aqiel yang masih bersama mereka simpati melihat keadaan Elisya begitu. Elisya malu untuk memandang wajahnya. Aqiel yang mengerti perasaan itu melangkah keluar.
“Dah beli dah?” Aqiel yang terserempak dengan mamanya dalam perjalanan menuju ke tingkat atas disoal. Aqiel mengangguk. “Nak buat apa dengan baju tu?” Baju yang berada ditangan Puan Najwa menjadi persoalannya kini. “Nak bagi Isya lah. Takkan nak suruh dia tidur dengan baju macam tu.” Jawab Puan Najwa bersahaja.
“Tidur? Elisya tidur sini ke ma?” Riaknya kini susah digambarkan. Excited sangat! “Yela. Kesian dia. Sakit sangat tu. Lagipun rumah diorang bukannya dekat. Tidur sini je lah. Esok balik lah. Awish pun dah setuju.” Teringat permintaannya yang susah dituruti Darwish tadi. Hampir dia putus asa memujuk anak muda itu untuk tidur sahaja di rumah ini. Selepas membuat pertimbangan dan rasa sayangnya kepada Elisya, Darwish bersetuju.
“Elisya?”
“Isya nak cakap apa lagi. Dia dah sakit sangat. Nak jalan pun tak boleh tu.” Aqiel yang mendengar jawapan itu bersorak riang. Dia akan tidur sebumbung dengan Elisya? Semua ini bagaikan mimpi. Pasti malam ini mimpi indah akan menemani tidurnya.
“Abang! Over sangat lah tu. Ingat! Kamu berdua budak-budak lagi. Jangan nak buat bukan-bukan.” Tegas suara Puan Najwa berkata-kata. “Apa mama ni? Abang tak ada cakap apa pun. Langsung tak terfikir apa-apa pun. Abang just happy cause she’ll sleep at our home. That’s all. Astaghfirullah hal azim. Mama. Mama.” Mukanya diraup beberapa kali. Rancangan untuk mengenakan mamanya menjadi apabila satu cubitan dihadiahkan kepadanya.
*
‘Dahaganya.’ Elisya mengurut-ngurut tengkuknya. Abangnya yang berada di atas sofa dipandang simpati. ‘Kesian abang. Tak pasal-pasal kena tidur atas sofa malam ni.’ Tudung yang tersangkut di pintu almari diambil dan dipakai lalu melangkah keluar. Tidak sampai hati untuk mengejut Darwish. Digagahkan juga kaki untuk melangkah walaupun seram menyelubungi dirinya. Rasa sakit ‘itu’ sudah hilang.
Suasana gelap di rumah ini menyukarkan pergerakannya yang baru pertama kali memijakkan kaki ke sini. Dia cuba mencari-cari arah dapur. Tekaknya terasa begitu kering.
Akhirnya ditemui juga dapur. ‘Aci ke aku ambil macam ni je? Tak minta tak apa ke? Macam tak elok je. Tapi aku dah dahaga sangat.’ Tangan yang ingin mencapai botol air mineral kembali ditarik.
“Kenapa tak ambil je air tu?” Elisya meng’kaku’kan dirinya. Tidak mahu berpaling. Seram kembali menyerang dirinya. Entah siapa yang menegurnya tengah-tengah malam macam ni. ‘Abang!’ Rasa menyesal kerana tidak mengejutkan abangnya tadi. “Awak?” Sekali lagi suara itu menegurnya. Kali ini lebih jelas seolah-olah ‘makhluk’ itu sedang menghampirinya. Semua jenis ayat yang dihafal dibaca dalam diam.
“Awak! Ni sayalah, Aqiel.” Aqiel berhadapan dengan Elisya kini. Dapat dilihat riak ketakutan Elisya. ‘Penakut sangat…’ Komennya. Elisya mengurut-ngurutkan dadanya. Lega! Ingatkan ‘makhluk apa lah tadi. ‘Makhluk’ ini rupanya. “Awak.” Panggil Elisya. “Apa?” Aqiel terus memandang wajah Elisya yang baru bangun tersedar dari tidur. So sweet! “Nak air ni boleh?” Bagaikan kanak-kanak dia menyoal.
“Ada tanda harga tak kat botol tu?” Aqiel sedaya upaya mengawal ketawanya. Elisya mengangguk. “Awak kena bayar lebih dua puluh sen daripada harga kat situ.” Aqiel membuat muka serius. Elisya seperti tidak percaya. ‘Ada juga ke orang macam ni?’ Dahaga yang dirasakan membataskan segalanya kini. Kakinya melangkah menuju ke bilik tadi untuk mengambil dompetnya.
“Awak nak pergi mana tu?”
“Pergi ambil duit lah.” Jawab Elisya tulus. Ketawa Aqiel tidak dapat dibendung lagi. Hampir lima minit dia menghamburkan tawanya. Elisya pelik! “Kenapa?”
“Awak ingat saya ni jenis tangkai jering ke? Ambil je lah air tu kalau awak nak. Ni bukan kedai awak nak kena bayar segala.” Aqiel menyambung tawanya. ‘Polosnya awak ni.’ Elisya senyum. ‘Kenapa lah aku ni lurus sangat?’ Aqiel diam serta merta. Inilah kali pertama Elisya ikhlas senyum kepadanya. ‘Am I dreaming?’ Dicubit lengannya. Sakit!
“Kenapa diam? Dah puas gelak?” Tutur Elisya sebelum melangkah ke tempat air mineral itu kembali. Gelas di atas rak dicapai dan meja bulat kecil di dapur itu dihampiri. Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Aqiel melakukan hal yang sama. Kini mereka berhadapan lagi. Entah sudah ke berapa kali mereka duduk berhadapan dalam masa dua puluh empat jam ini.
“Sorry.” Pendek Aqiel berkata. “Kenapa?” Aneh! Tiba-tiba minta maaf. “Laughed at you just now.” Elisya menggelengkan kepalanya. “No need. Nothing la.” Ikhlas dia mengeluarkan ayat itu. Aqiel senyum. ‘I love this moment.’
“Sakit dah hilang ke? Serta merta wajah Elisya bertukar kemerah-merahan. ‘Perlu ke awak bangkitkan balik soal tu?’ Aqiel menutup mulutnya tanda dia sudah tersalah cakap. “Drop the subject. Tersalah tanya.” Aqiel sengih.
“Thanks.”
“For what?” Kali ini Aqiel pula yang pelik.
“The things that you did to me before.”
“Banyak lah benda yang saya buat kat awak. Which one?”
“Perasan!” Elisya meneguk air yang bersisa dalam gelasnya. Aqiel tergelak mendengar jawapan itu. “Serius! Which one?” Aqiel tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapan yang sahih.
“Forget it. Awak buat apa tengah-tengah malam kat dapur ni?” Ramah Elisya menyoal. Dia seperti ingin berbual dengan seseorang kerana rasa mengantuknya sudah hilang. Sekali lagi Aqiel tidak percaya. ‘Dia tanya aku buat apa? Bukan ke selama ni dia tak kesah aku buat apa pun? Satu perkembangan yang bagus.’
“Nak ‘tangkap’ awak lah.”
“Apasal pula?”
Aqiel sengih. “Tak adalah, gurau je. Saya pun dahaga juga. Tak tahu pula akan jumpa dengan awak.”
“Habis, kenapa tak minum?” Elisya tidak nampak pun gelas kepunyaan Aqiel di atas meja. “Ye lah kan. Lupa. Tengok awak tadi, terus lupa niat sebenar.”
Tanpa sedar, Elisya mula membuka jalan untuk Aqiel menghampirinya. Elisya mula memberikan harapan menggunung kepada Aqiel untuk meneruskan perasaan yang dirasainya.
Dan malam itu berakhir dengan kenangan yang amat terindah bagi Aqiel. Satu malam yang memulakan segalanya. ‘I’ll fight for it.’
Friday, February 26, 2010
AAK? 14
p/s: sgt sorry yeah! t8 long time 2 p0st new n3...enj0y this!
cReaTeD bY LuvUa at 7:53:00 PM
Labels: (14)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 tell me...:
Post a Comment