BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 30, 2009

AAK? 12

Entah kenapa semakin hampir dirinya dengan tempat ‘event’ itu, makin tak keruan hatinya. Dup dap…Dup dap…. ‘Apa jenis event ni?’ Soalan itu semakin kuat menerjah mindanya, mencari jawapan. Tetapi jawapan itu hanya abangnya sahaja tahu.

“Auntie pun ikut sama ke event tu nanti?” Tanya Elisya. Puan Najwa angguk. Elisya mendapat idea! Didekatkan bibirnya ke telinga Puan Najwa lalu bersua perlahan. “Event apa auntie?” Puan Najwa senyum. Elisya…Elisya…

“Auntie tak boleh nak bagitahu. Nanti abang Elisya marah. Elisya tunggu lah. Tak sampai sejam pun lagi kita nak sampai sana.” Diusap-usap kepala Elisya. Aqiel dan Darwish yang berada di seat hadapan mereka sudah diulit mimpi. Penat agaknya. Sehari suntuk mereka berjalan tanpa henti kelmarin.

Elisya semakin pelik. ‘Kenapa Auntie Najwa pun pergi event tu nanti? Walhal mereka baru saja kenal di airpot tiga hari lepas. Event besar ke?’ Dikerling ke luar tingkap. Bukit-bukit yang diteres untuk menanam padi terbentang luas. ‘Sabar Elisya..Sabar..’ Ujar Elisya pada dirinya.

*

“Baby… Bangun baby. Kita dah sampai ni.” Darwish mengejutkan adiknya. Elisya membuka mata perlahan-lahan. Entah bila dia terlelap dia sendiri tidak tahu. Yang dia ingat, pemandangan terakhir yang dilihatnya ialah bukit-bukit yang menjadi tempat penduduk setempat mencari sesuap nasi. Mungkin masa tulah dia tertidur. Ralit sangat.

Elisya membetulkan baju kurung kuning yang dipakainya. “Berkedut sangat ke bang?” Darwish yang berada di sebelahnya menoleh kemudian menggeleng kecil. Didekati adiknya. “Tidur macam mana ni sampai tudung boleh jadi macam ni?” Tangannya lembut membetulkan tudung bawal yang melitupi aurat Elisya. Aqiel yang berada di hadapan mereka memerhati. ‘Manjanya… Kalau sekali pandang, nampak macam husband and wife.’ Ada nada cemburu di situ.

Mata Elisya ‘tertangkap’ sesuatu di pagar yang mereka lalui. ‘Universitas Padjadjaran?’ Langkah diteruskan. ‘Majlis Graduasi?’ Otaknya ligat memikirkan siapakah gerangan yang ‘patut’ graduate hari ini. Hanya satu wajah yang menerjah fikirannya. ‘Takkanlah dia. No way!’

“Abang. Sapa yang graduate? Kawan abang eyh?” Lengan Darwish dipaut manja. Bajunya dan Darwish ditempah khas oleh lelaki itu. Sedondon lagi! ‘Penting sangat ke orang tu sampai kena tempah baju segala?’

Darwish senyum lalu mengangguk. ‘Kawan abang, tapi ‘abang’ baby.’ Ayat itu tersekat dikerongkongnya. Tidak dapat dikeluarkan atau lebih tepat lagi, dia tidak bersedia untuk memberitahu perkara sebenar kepada Elisya.

“Kenapa kita tak masuk bang?” Elisya pelik apabila mereka hanya duduk di bawah khemah di luar dewan utama sahaja. “Parents dia lah yang masuk, kita tengok kat luar sudah lah.” Terang Darwish. Dia makin berdebar. Apakah reaksi yang akan Elisya berikan sebentar lagi?

“By, jom pergi cari hadiah untuk ‘kawan’ abang tu.” Darwish menarik tangan adiknya. Elisya hanya menurut. Sebelum melangkah, Darwish sempat menyoal keluarga di sebelah mereka. “Uncle, auntie tak nak pergi cari hadiah ke?”

“Tak apalah, kami takut terlepas. Kamu pergilah. Aqiel pergi sama. Cari apa yang sesuai.” Aqiel menurut perintah kedua-dua orang tuanya. Mereka melangkah seiringan. Elisya merapatkan dirinya kepada Darwish apabila dirasakan Aqiel semakin dekat dengannya.

“Keluarga yang lain tak datang sama ke Aqiel?” Soal Dariwsh. “Papa memang dua beradik je. Dua-dua laki. Pak Long and Mak Long kan ada dalam dewan. Atuk dah tua, tak larat nak ikut sama. Nenek dah meninggal tiga tahun lepas.” Aqiel menceritakan serba sedikit ‘sejarah’ keluarganya. “Habis tu atuk Aqiel sorang-sorang lah kat sana?” Aqiel menggeleng. “Ada maid tolong jaga. Kita orang dah ajak datang sama, tapi orang tua kan,biasalah. Susah nak tinggalkan kampung dia tu.” Sekali lagi Darwish dan Elisya mengangguk, faham.

Mereka memasuki gerai yang dipenuhi dengan pelbagai jenis dan rekaan bunga yang cantik. Memang menjadi kebiasaan, orang yang graduate akan dihadiahkan bunga, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Elisya pasti! Kawan yang dimaksudkan abangnya adalah ‘lelaki’. Boleh dikatakan Darwish tiada kawan perempuan. Kalau ada pun, mungkin tidak sampai sepuluh orang. Tu pun tidaklah seakrab mana pun. Elisya sendiri pelik dengan abangnya. Dari kecil sehinggalah dewasa. Aneh! Entahla…

Setelah membeli beberapa jambak bunga yang di’solek’ dengan cantik, mereka kembali ke bawah khemah tadi. Kelihatan para ‘pelajar’ sudah mula keluar dari dewan untuk berjumpa dengan rakan-rakan serta saudara mara yang hadir. Puan Najwa dan Encik Amran juga sudah tiada di tempat duduk mereka. ‘Mungkin pergi cari anak buah dorang kot…’ Fikir Elisya. Menurut Aqiel tadi, sepupunya yang ‘graduate’ hari ni.

Darwish menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang mencari kelibat si ‘dia’. ‘Mana ni?’ Elisya disebelah dipaut. Takut hilang.

“Awish!” Panggil satu suara. Darwish menoleh. Debaran makin berdendang dalam hatinya. Senyuman dihadiahkan kepada sang pemanggil. Elisya mengerutkan dahinya. ‘Tu bukan…..’ Elisya menggeleng laju. Menafikan kenyataan yang semakin terang bernyala. Tangan Elisya ditarik menghampiri pasangan suami isteri tersebut.

“Apa khabar ayah? Ibu?” Tangan Encik Zamri dikucup mesra kemudian menghadiakan senyuman penuh makna kepada Puan Ulfah. “Baby? Dah tak ingat kami ke?” Si isteri menyoal. Dalam keadaan yang masih terkejut, Elisya menghampiri wanita itu kemudian mereka bersalaman lalu berpelukan lama.

“Ibu rindu sangat dekat baby.” Luah Puan Ulfah tulus. Elisya menitiskan air matanya perlahan. “Baby pun…” Air matanya makin deras mengalir apabila pelukan itu diperkemaskan. Pandangannya ditala ke hadapan. Degupan jantung seolah-olah terhenti seketika. Wajah pemuda yang baru selesai berpelukan dengan abangnya ditatap lama sehingga pelukannya terlerai.

Pemuda itu menghampiri Elisya. Elisya kaku. Tidak tahu ingin berbuat apa. Fikirannya buntu, bercelaru. “Baby…” Panggil pemuda itu lembut dan perlahan. Sama seperti lima tahun lepas. Elisya ingin melangkah pergi tetapi tangannya dipaut Darwish. Entah bila abangnya berada di situ dia tidak pasti.

“Dengar dulu apa yang Abang Ayad nak cakap.” Langkahnya mati. Pandangannya dibiarkan melihat ke bawah. Tidak sanggup melihat sesiapa saat ini. Air matanya begitu murah sekali. “Jom pergi sana…” Ajak Zayyad. Elisya menurut perintah. Dalam masa yang sama terdetik hatinya, ‘Perlu ke aku ikut?’ Langkah tetap diteruskan ke bawah sebatang pokok rendang.

Aqiel ingin turut sama melangkah. Dia sudah tahu semua cerita tentang mereka berdua. Tetapi kerisauan tetap ada. Entah apa yang ingin dirunsingkan dia sendiri buntu mencari jawapan. Langkahnya dihalang oleh Puan Najwa. Mamanya itu menggeleng. Aqiel akur namun matanya tetap memerhati gelagat kaku dua orang yang disayanginya. ‘Disayangi?’

*

“Baby mesti upset sangat dengan abang kan?” Sunyi. Tiada sahutan daripada insan di sebelahnya. Zayyad sengih. “Bodoh abang kan, mestilah baby kecewa, marah dan benci abang kan?”

“Kalau abang bodoh, tak kan boleh jadi doctor?” Elisya menjawab kali ni. Dia ingin mendengar penjelasan yang bakal diberikan oleh ‘abang’nya itu. ‘Mungkinkah dia memaafkan lelaki itu?’

Zayyad gembira. Akhirnya Elisya bersuara juga. Rindunya pada suara itu hanya Tuhan yang tahu. “Baby nak tahu ke kenapa abang buat macam tu dulu?” Soalan ‘bodoh’ diutarakan. Elisya senyum kambing. “Kalau baby tak nak tahu, kenapa baby ikut abang?” Ada nada dingin di situ.

Zayyad senyum, tenang. “Abang sakit, penyakit berbahaya baby. Abang ada brain cancer. Second stage. Ibu and ayah risau sangat. Kanser baby, kanser. Baby tahu kan macam mana bahayanya penyakit tu? Dah la abang sorang je anak dorang. So, dorang decide nak buat rawatan kat Singapore. Abang terpaksa ikut dorang walaupun masa tu abang rasa memang abang tak boleh berpisah dengan baby. Baby ingat tak baby tanya abang kenapa abang tenung baby macam nak makan orang last time kita jumpa dulu?” Elisya mengangguk lemah. Air matanya kembali mengalir.

“Masa tu, abang rasa nak peluk baby. I feel like I wanna bring you with me. Tapi abang tahu, tu semua mustahil. Kita ada keluarga masing-masing. Memang abang rasa bersalah sangat sebab tak dapat tunaikan janji abang kat arwah mama and papa untuk buat baby happy selalu. Abang Awish cakap baby hampir ditahan di wad lepas abang pergi.” Nafasnya ditarik dalam-dalam. “Abang Awish?” Elisya pelik!

“Ye. Abang Awish. Abang Awish tahu semua cerita ni. Abang still berhubung dengan Abang Awish and he knew everything from the start. Baby jangan salahkan dia, abang yang tak kasi di bagitahu baby. Abang tak nak baby makin sedih. Walaupun kita kenal hampir dua tahun aja, tapi kita rapat like brother and sister. Tambahan pula, abang hadir dalam hidup baby masa baby betul-betul perlukan seseorang yang boleh gantikan tempat Abang Awish yang sambung belajar masa tu.” Zayyad berhenti di situ. Tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan. Wajah redup Elisya ditatap. Mungkin ‘adik’nya ini ada soalan yang ingin ditanya.

“Kenapa abang tak berterus-terang dengan baby dari awal?” Elisya tidak puas hati. “Macam yang abang cakap tadi, abang tak nak baby sedih. Abang tak nak baby ingat baby ditinggalkan lagi.” Pantas Zayyad menjawab.

“Habis tu, abang buat macam ni baby tak rasa ditinggalkan la? Abang buat macam ni, lagi lah baby rasa ditinggalkan tahu tak?” Sedikit keras nada suaranya. Sakit hatinya semakin terasa. “Abang tahu abang silap. Abang minta maaf sangat-sangat. Hope you can forgive me.” Zayyad merayu.

“Abang cakap abang pergi Singapore, but why you’re at Indonesia?” Elisya bertanya tanpa menjawab persoalan Zayyad tadi. Zayyad mengeluh. “Masa abang kat sana, abang dapat tawaran sambung belajar kat sini. Baby pun tahu kan, cita-cita abang dari sulu lagi nak jadi doctor kan? So, here I am.” Terang Zayyad lagi walaupun agak sukar untuk diterangkan.

“Kenapa abang tak balik masa arwah mama and papa meninggal?” Elisya masih ingat macam mana dia menunggu kedatangan Zayyad dan keluarganya untuk membantu menghilangkan kesedihan dia dan Darwish. Tetapi hampa, penantiannya hanya sia-sia.

“Abang tengah final exam masa Abang Awish called dulu. Allah aja tahu macam mana abang rasa time tu. Sad and guilty joined together. Tapi lepas abang solat jenazah untuk arwah, abang dapat kekuatan. Abang fikir positive. Abang kena buat yang terbaik untuk diri abang. Mama and papa mesti tak nak tengok masa depan abang musnahkan? Ibu and ayah memang tak boleh nak balik sebab masalah yang datang tiba-tiba. I’m sorry for that.” Sekali lagi Zayyad meminta maaf. Elisya mengangguk lembut.

“Ok! Baby accept all your reasons. But, don’t you ever do it again.” Elisya senyum mesra. Sudah lama dia menantikan saat ini. Saat di mana dia kembali beroleh seorang lagi ‘abang’nya. Atau lebih tepat lagi bekas jirannya. “Are you serious baby?” Tanya Zayyad tidak percaya. Elisya angguk lagi. Kali ini lebih meyakinkan. Zayyad rasa dia seperti di awang-awangan. Terbang bebas bersama burung-burung. Bebas daripada sebarang masalah. Kalaulah dia tahu penerimaan Elisya begini, pasti dia tidak akan mengambil masa yang lama untuk berterus-terang.

“Nah! For you.” Elisya menghulurkan sejambak bunga mawar segar berwarna merah hati diselang-seli dengan warna putih. “Abang punya?” Zayyad tidak percaya. “Yup! Tadi masa pergi beli bunga, abang suruh baby beli satu. Manalah baby tahu, abang yang graduate hari ni. So, baby main pick je. Sorry kalau tak cantik.” Zayyad menggeleng. “Abang suka sangat.”

“So, macam mana dengan sepupu abang tu?” Setelah beberapa minit senyap, Zayyad bersuara. “Sepupu abang?” Zayyad mengarahkan pandangannya ke arah lelaki yang makin hampir melangkah ke tempat mereka berdiri. “Kenapa dengan dia?” Pelik!

“Abang tengok macam sesuai aja dengan baby.” Usik Zayyad. “Abang!!!” Tinggi suara Elisya menengking ‘abang’nya dalam nada gurauan. Ketawa Zayyad meletus.

“Everything’s settled?” Aqiel yang baru tiba menyoal. Kedua-duanya mengangguk. “Dorang semua dah panggil, dah lewat ni.” Aqiel kemudian melangkah tanpa menghadiahkan sebarang senyuman. Zayyad sengih. Elisya hairan.

“Ada yang minta dipujuk tu baby.” Elisya bertambah hairan. Zayyad semakin geli hati melihat riak Elisya. “Aqiel cemburulah tu… Nanti cakap dekat dia, abang ni ‘abang’ baby je. Tak lebih pun.” Tuturnya bersama sisa tawa sebelum berjalan meninggalkan Elisya terpinga-pinga.

“Abang!!!” Elisya yang sedar dirinya diperli sekali lagi menguatkan suaranya. Geram!

*

“Aqiel!” Panggil Zayyad apabila dilihat langkah sepupunya itu semakin laju meninggalkannya. Dari universiti hinggalah mereka selamat sampai ke rumahnya, dia pasti Aqiel sengaja mengelakkan diri daripadanya.

Aqiel menoleh ke belakang. ‘Dah terlambat…’ Bisiknya sendiri. Senyuman tidak ikhlas dihadiahkan kepada satu-satunya sepupu bagi sebelah papa. “Aqiel marah Abang Yad ke?”

“Kenapa pula Aqiel nak marah abang?” Aqiel pura-pura bertanya. ‘Aqiel…Aqiel…’ “Everyone knows la Qiel.” Zayyad masih berkias. “Know what?”

“Know that you like baby.” Sengih Zayyad sudah keluar.

“No, I’m not!” Sangkalnya keras.

“Yes, you’re.”

“No, I’m not.”

“Betul!”

“Tak!”

“Kalau macam tu, boleh lah abang tackle di akan?” Usik Zayyad.

“No way!” Spontan jawapan yang keluar dari mulutnya. Tersedar dirinya sudah terlepas cakap. Pantas dia menekup mulutnya. Mukanya sudah merah padam.

“Kenapa tak boleh?” Zayyad masih galak menyakat. “Cause…Cause…” Aqiel buntu. ‘Idea please!’

“Ha! Cause she still young. Dia tak habis SPM pun lagi. Mana boleh bercinta lagi. Nanti macam mana nak concentrate kat study?” Agak munasabah jawapan yang diberikan oleh ‘idea’ Aqiel.

“Yea right! Ikutlah Aqiel nak mengaku ke tak. Abang tetap juga akan katakan yang Aqiel suka baby. Tak salah kalau Aqiel suka dia. Itu hak Aqiel. Tapi satu abang nak nasihatkan, tak perlu lah Aqiel bercinta sekarang. Macam yang Aqiel cakap tadi, korang SPM pun tak lepas lagi. Jangan nak fikir jauh sangat. Just follow the flow.” Zayyad menepuk-nepuk bahu sepupunya lembut kemudian melangkah ke ruang makan untuk makan malam bersama.

“Do I really like her?” Aqiel tertanya-tanya sendiri.

1 tell me...:

Anonymous said...

huhuuu...
bezzz...
nak lagi ...
n i'm the 1st comment..
hahahahahha..
=D

-shahieka-