Pon!!!Pon!!!
Bunyi hon kereta menyebabkan Elisya tersedar dari lenanya. Jam di meja kecil sebelah katil diperhati lama. 9.50 a.m.?! Mata dikerdipkan beberapa kali kemudian kembali melihat jam tersebut. Dan masa tetap tak berubah. Jarum pendek berada di antara angka sembilan dan sepuluh manakala jarum panjang berada tepat pada angka sepuluh.
‘Mati lah aku. Macam mana boleh tidur sampai tak sedar langsung. Tu la, tak nak dengar nasihat orang-orang tua, jangan tidur lepas subuh.’ Kutuknya pada diri sendiri.
Ketukan bertalu-talu pada pintu biliknya menyebabkan dia bangun dan melangkah ke arahnya.
“Aqiel dah sampai.” Mak Som memberitahu berita yang sudah diketahuinya itu. Pasti bunyi hon tadi datangnya dari kereta milik keluarga Aqiel. Tetapi dia tidak pasti siapa yang memandunya.
“Baby dah tahu. Tolong suruh dia tunggu kat library ye. Baby tak mandi lagi ni. Kejap lagi baby pergi. Tapi kalau dia belum breakfast, suruh la dia breakfast dulu. And kalau dia nak watch tv dulu, then watch la. Apa-apa lah Mak Som. Ikut lah apa yang dia nak buat. Cakap baby turun nanti.” Mak Som yang melihat telatah gadis di hadapannya ini tersenyum. ‘Baby…Baby… Mamai lagi agaknya.’
*
“Wanginya bau.” Kata Aqiel apabila mendengar derapan tapak kaki menuruni anak tangga. Elisya yang merasa dirinya diperli memuncungkan bibir. Kerusi di sebelah Darwish ditarik, pinggan diterbalikkan lalu mee goreng disenduk ke pinggannya.
“Baby, apa muncung-muncung depan rezeki. Tak baik tau.” Tegur Darwish. Pantas sahaja muncung di bibirnya hilang diganti dengan sengihan. “Entah la awak ni, dah la bangun lewat. Sempat gosok gigi tak ni?” Galak Aqiel menyakat. ‘ I love to see she’s being like that.’
“Abanggggg..... Tengok dia tuuu.” Adu Elisya sambil mengoncangkan sedikit lengan Darwish yang sedang membaca surat khabar. “Sudah-sudah lah menyakat tu Aqiel. Makan cepat, kang projek korang langsung tak jadi apa.” Aqiel diam apabila ditegur begitu. Elisya pula yang merasa kemenangan berada dipihaknya mengangkat ibu jarinya menandakan ‘padan muka’. Kenyitan mata dihadiahkan oleh Aqiel kepadanya.
*
“So nak start from?” Soal Elisya pada Aqiel apabila mereka sudah pun duduk di tempat yang disediakan untuk study dalam mini library di rumahnya. “Up to you. Saya tak kisah selagi subjek tu bukan Sejarah. Kalau Sejarah, I’m sorry. Lagi baik saya pergi tolong Pak Mail buat kerja kat luar.” Tuturnya serius walaupun dia tahu Elisya juga tidak menggemari subjek itu. Elisya tergelak kecil mendengar omelan Aqiel.
“Ok! Kita ulang kaji dokumen nak?” Aqiel yang setia memerhatinya hanya mengangguk. “Awak ada bawak past years punya questions tak?” Gelengan sebagai jawapan. “Wait here. Nanti saya pergi ambilkat sana.” Jari dituding ke arah rak yang dikhaskan kepadanya untuk meletakkan buku-buku pelajaran.
“No. You sit here. I’ll go and get it ok?” Aqiel turut sama bangun untuk mengambil buku yang dimaksudkan oleh Elisya itu. “Tak apa lah, awak stay here. Saya pergi ambil.” Elisya tidak setuju. Ada pula tetamu yang buat kerja.
“Tak apa lah, saya boleh pergi ambil apa. Bukan jauh pun.” Aqiel masih berkeras untuk pergi mengambilnya. Takkan lah nak jadi king pula, tunggu semua dihidang di depan. “Ok lah kalau macam tu. Kat rak paling hujung sana.” Elisya akhirnya mengalah apabila temannya itu tetap juga berkeras.
“Aye Aye madam.” Tangan diangkat ke dahi menunjukkan tanda ‘salute’. Elisya sengih. Laptop di hadapannya di’on’kan. Terpaparlah gambarnya bersama-sama tiga orang ‘abang’nya semasa berada di A’ Famosa yang telah diedit cantik.
“Awak! Kat mana? Tak ada pun.” Sedikit tinggi suara Aqiel menyoal supaya Elisya dapat mendengarnya. “Rak belakang awak tu, paling bawah. Semua buku koleksi soalan ada kat situ. Awak cari lah yang mana satu.” Elisya menjawab dengan nada yang sama.
“Tak adalah subjek PA. Yang lain semua ada.” Tangannya terhenti pada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ditarik album yang agak lama itu untuk dilihat isinya. Gambar beberapa orang gadis beruniform sekolah berada di taman sekolah agaknya. Fikir Aqiel. Diteliti satu persatu gambar tersebut. Ada Elisya! Ini bermakna album ini kepunyaan Elisya bersama rakan-rakannya dulu.
Elisya yang tidak mendapat sebarang respon daripada Aqiel bangun menuju ke arah lelaki itu. Perlahan-lahan dia menghampiri Aqiel yang sedang membelakanginya. Entah apa yang dilihat oleh Aqiel sehingga tidak sedar akan kedatangannya. Kakinya dijinjing sedikit, tangannya diangkat kemudian suara dikuatkan. “Ha!!!” Album yang berada di tangan Aqiel terjatuh akibat sergahan Elisya tadi.
Elisya yang perasan seolah-olah ada sesuatu yang terjatuh pergi mengambilnya. Aqiel sudah takut-takut. Pasti dia dimarah nanti.
Dikutip album itu perlahan. Ada getar di situ. “Mana awak dapat benda tak berharga macam ni?” Tiada nada suara Elisya. Aqiel teragak-agak untuk menjawab. Dia hanya diam.
“Tau tak, ni lah benda yang paling tak berharga ada dalam rumah ni. Satu sen pun berkali-kali ganda mahal daripada benda ni.” Elisya cuba mengawal emosinya. Satu persatu gambar itu dikeluarkan daripada tempat asalnya. Kemudia perlahan-lahan semua gambar itu dikoyak menjadi kepingan-kepingan kecil.
Aqiel buntu. Tak tahu apa reaksi yang perlu ditunjukkan. Dia tahu Elisya cuba menahan tangisnya. ‘Aku ni pun satu, yang ingatkan balik dia dengan perkara-perkara tu buat apa.’ Marahnya pada diri sendiri.
“Wak…” Panggil Aqiel perlahan. Tiada respon. “Wak… It’s ok if you feel like wanna cry. I’ll be here and I promise will be silent.” Pujuk Aqiel. Hanya itu yang mampu dilakukan sekarang. “Sapa cakap saya nak nangis? Perlu ke saya nangis kat orang-orang macam ni?” Dengan rasa sebak di dada, Elisya duduk di karpet berwarna merah dalam mini library itu.
“Dorang jahat sangat! Dorang kejam! Dorang take advantage atas kekayaan keluarga saya. I rather have no friends daripada ada kawan macam ni. They’re too much! I hate them! Damn!” Sedikit demi sedikit kisah lamanya terungkap tanpa dipinta. Aqiel melabuhkan punggungnya di sebelah Elisya. Hanya beberapa jengkal sahaja memisahkan mereka.
Bahu Elisya mula terhinjut-hinjut. Air matanya sedaya upaya ditahan. ‘I can’t cry. I don’t want to cry anymore. It’s enough!’ Tekad Elisya. Tetapi apa yang ditekadnya tidak menjadi apabila air matanya mula membasahi pipi yang mulus itu.
Aqiel hanya tenang di sisinya. Tiada apa yang perlu diucapkan. Biarlah Elisya mengeluarkan saki-baki kesedihannya itu. Biar selepas ini, Elisya akan sentiasa senyum tanpa dipaksa. Kalau begitu, dia lah orang yang paling bahagia di atas muka bumi Tuhan yang agung ini.
Aqiel memalingkan wajahnya ke arah Elisya apabila tangis ‘adik’nya itu tiada tanda-tanda untuk reda. Dihampiri tubuh itu. Teragak-agak dia menarik tubuh yang sederhana kecil itu ke dalam pelukannya. Kepala Elisya diletak betul-betul di atas dadanya. Tiada penolakan di situ. Cuma tangisnya makin menjadi-jadi. ‘Aku bukan nak ambil kesempatan. I just want to calm her.’ Bisik hati kecil Aqiel.
“They want to sell me, Qiel. They’re evils. How could they sell their own bestfriend?” Luahnya lagi. Aqiel bersyukur, sekurang-kurangnya Elisya sedar dengan siapa dia berada sekarang.
“Yea. They’re bad. Tapi tak semua orang macam mereka. You can’t see everybody like them. It’s unfair for those who want to befriend with you. Like me.” Perlahan ‘like me’ itu dituturkan. Tetapi jelas pada pendengaran Elisya.
“You’re not my friend.” Sentap Aqiel mendengar ayat itu. ‘Habis selama ni, aku?’
“You’re my brother. I don’t need friends. But I need brothers.” Katanya serius. Lega! Itulah perasaan Aqiel ketika itu. ‘Ingatkan I am nobody to her.’ Fikirnya.
“No dear. You need friends. Trust me.” Kepala Elisya yang ditutup dengan tudung di gosok perlahan-lahan. Elisya yang agak terkejut dengan tindakan Aqiel pantas melepaskan dirinya daripada pelukan hangat itu.
“I’m sorry. Didn’t mean it.” Aqiel serba-salah. Elisya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia juga bersalah. Hanya dek kesedihan, dia dengan senangnya membenarkan seorang lelaki bukan mahram memeluk dirinya.
Kedua-duanya diam tanpa kata. Aqiel menggaru-garu belakang kepala yang tidak gatal. Elisya tunduk sambil bermain-main dengan hujung tudungnya.
“Saya…” Kedua remaja yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahun depan bersuara serentak. Sunyi sebentar suasana antara mereka. Kemudian kedengaran gelak kecil lama kelamaan menjadi semakin kuat.
“You go first.” Tutur Aqiel setelah tawanya reda. “Saya baru ingat yang semalam saya ada guna buku yang kita cari tu. It’s still in my room. I’ll get it. Wait here for awhile yea.” Elisya bangun sambil mengibaskan sedikit punggung bekas dia duduk tadi. “Ok. I’ll clean this mess.” ‘Sampah-sampah’ yang ‘dihasilkan’ oleh Elisya just now dikutip kesemuanya.
“Qiel…” Panggil Elisya. Aqiel yang khusyuk melakukan ‘kerja’nya berpaling menghadap ke arah tuan empunya suara itu yang sudah berada di pintu bersedia untuk keluar.
“Thanks for everything. I feel better now. I’ll think bout what you’ve said.” Ucapnya sebelum menutup pintu yang akan memisahkan mereka untuk beberapa ketika. Aqiel senyum. ‘My pleasure, dear.’ Jawabnya.
*
“Pak Zaid nak tunggu ke nak balik dulu?” Wajah tua di hadapannya dipandang. “Abang lama ke?” Soalan sebagai jawapan. “Sebelum Mid Valley tutup kami balik la.” Canda Aqiel. Teman di sebelah sudah sengih melihat muka blurr Pak Zaid.
“Tak ada lah Pak Zaid. Lepas Asar kami balik lah.” Kesian tengok Pak Zaid yang cuba mengerti gurauannya. Pak Zaid mengangguk tanda faham. “Kalau macam tu, Pak Zaid balik dulu lah. Nanti nak balik call lah. Pak Zaid datang ambil.”
“Ok!”
Aqiel dan temannya melangkah masuk ke dalam Mid Valley seiringan. “Where to go?” Keadaan sekeliling yang dilimpahi dengan pelbagai orang diperhati. Suasana ini wajar apabila tiba musim cuti sekolah.
“I’ve no idea. Awak yang ajak saya keluar kan. You decide it.” Jawab Elisya. Semalam dia mendapat panggilan telefon daripada Aqiel yang mengajaknya keluar jalan-jalan hari ini. Selepas mendapat kebenaran daripada abangnya, mereka memutuskan untuk ke Midvalley. Pernah menjadi isu percakapan mereka tentang nombor telefon Aqiel yang pernah ‘naik’ dalam telefon bimbit Elisya. Setelah didesak beberapa kali. Akhirnya Aqiel memberitahu bahawa dia memperolehi nombor telefon gadis itu daripada Darwish semasa mereka berada di airport.
“Tengok wayang nak tak? Karate Kid?” Cadang Aqiel. Sejak melihat iklannya di televisyen, Aqiel bertekad untuk menontonnya di pawagam. Elisya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dia juga berminat untuk menonton filem aksi lakonan Jackie Chan itu.
Sampai sahaja di hadapan pawagam, barisan yang beratur untuk mendapatkan tiket masing-masing agak lah ramai. Mereka hanya pasrah dan menyambung barisan itu.
“Qiel!” Tegur satu suara. Serentak Aqiel dan Elisya memalingkan tubuh mereka ke arah tuan yang menegur Aqiel. Terpamer riak terkejut pada kedua-dua wajah remaja itu. Namun riak terkejut itu lebih jelas pada pada wajah Elisya. ‘Harith!’ Serunya dalam hati.
“Hey! Kau buat apa kat sini?” Aqiel cuba beramah dengan teman baiknya. “Laaa… Aku pun beratur sini juga kan? Then aku pun nak menonton wayang juga lah.” Tenang jawapan yang diberikan. Sekejap-sekajap Elisya yang melindungi dirinya di belakang Aqiel menjadi santapan matanya. Tipu lah kalau dia kata, langsung tidak terkejut melihat ‘mereka’ bersama-sama. Namun, dia tidak mahu membuat tafsiran sendiri. Pasti ada sesuatu yang terjadi semasa cuti ini yang telah mendekatkan mereka berdua.
Aqiel perasan akan pandangan Harith terhadap mereka berdua terutama Elisya. Gusar hatinya melihat pandangan itu sambil cuba memahami maksud pandangan tersebut. “Sorang saja ke?” Cuba menutup taufan yang melanda dalam dirinya.
“Tak lah, dengan cousin aku. Dia pergi cari barang kejap. Malas…” Ayatnya tergantung di situ apabila telefon bimbitnya tiba-tiba menyanyikan lagu Body Language. Handphone dalam kocek dikeluarkan dan dijawab panggilan yang entah dari siapa.
“Eyh! Tak apa lah. Cousin aku tiba-tiba tak sedap badan katanya. Aku chow ek.” Katanya setelah mematikan talian. “Ok! See yea.” Balas Aqiel.
“Bye! Elisya…” Elisya yang menghadap ke arah lain memusingkan badannya. “Tak perlu lah kau nak menyorok belakang Aqiel tu. Aku dah nampak kau dari tadi. Tak ada apa yang perlu dimalukan. Aku open lah.” Elisya tersentak mendengar ayat itu. Kemudian riak wajahnya bertukar, ‘Ade aku kesah?’. Senyuman dihadiahkan kepada teman sekelasnya itu.
“By the way. Aku jalan dulu. Jumpa lagi.” Lambaian diberikan sebelum menghilangkan diri dalam kelompok orang ramai.
Aqiel dan Elisya berpandangan sejenak sebelum masing-masing mengangkat bahu sambil tersenyum. Senyuman masing-masing menunjukkan makna yang berbeza. Senyuman Aqiel terukir dek kata-kata terakhir Harith tadi, ‘Aku open lah’. Ada makna tersirat di situ yang menggembirakan hati kecilnya. Berlainan dengan Elisya yang tersenyum kerana dia sudah mula boleh menerima perkataan ‘kawan’ sekali lagi dalam hidupnya.
*
“Awak… Nama penuh awak Mya Zara Elisya kan?” Pinggan yang sudah kosong ditolak sedikit ke depan. Elisya yang masih makan baki makanannya hanya mengangguk. ‘Tak baik bercakap masa makan.’
“Ada tak orang panggil awak Mya or Zara.” Sisa Jus Mangga disedut sehingga habis. Elisya geleng sambil mengelap mulutnya dengan tisu yang diambil di kaunter tadi. “Can I?” Elisya mengerutkan dahinya.
“Can what?”
“Call you Mya?”
“Kenapa nak call saya macam tu? Kan semua orang panggil saya Elisya. Senang.” Duduknya dibetulkan. “Saja. Kesian arwah parents awak kasi nama awak panjang-panjang. Alih-alih satu je orang panggil.” Elisya diam sejenak memikirkan kata-kata Aqiel. Ada betulnya di situ.
“Up to you. As long as it’s my name.” Putus Elisya. “Wait! Why don’t kita buat exchange?” Cadang Elisya. “Explain please.” Aqiel kurang mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh Elisya.
“Mesti tak ada orang panggil awak ‘Aisy’ kan?” Anggukan sebagai jawapan. “Awak call saya Mya kan. Then I’ll call you ‘Ayish’. Aisy tu macam tak best sangat lah. Change sikit lah.” Belum pun Aqiel bertanya mengapa dipanggil ‘Ayish’, Elisya sudah memberikan jawapannya.
“Ok! Deal Mya!”
“Deal Ayish.”
Kemudian keduanya tertawa bahagia. Hari esok pasti akan lebih ‘cerah’. Itulah harapan mereka.
alasan y sama k...
sgt3 bz!!!
enjoy it yangs!
0 tell me...:
Post a Comment