BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

AAK? 5

Elisya menyusuri kaki lima luar kelas menuju ke ‘port’nya selama dia berada di sekolah ini. Setelah loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat, pasti dia akan ke belakang sekolah. Di situ, ada sebuah pokok rendang. Bersama bekal yang dibuat oleh Mak Som setiap hari, Elisya akan makan di situ keseorangan. Tempat yang amat mendamaikan. Tiada siapa yang akan mengganggunya.

“Hai!” Elisya mengangkat mukanya memandang empunya suara tersebut. Pelajar lelaki itu sengih memandangnya. Elisya kembali kepada ‘agenda’nya tadi. Karipap yang tinggal separuh digigit lagi.

“Nama abang, Amirul Hakim. Boleh panggil Abang Akim je, kelas 5 Sains Cemerlang. Adik ni Elisya kan?” Walaupun dianggap hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, dia harus mengenali Elisya. Tekadnya! Dia harus memenangi pertaruhan itu. Ya! Gelaran ‘Kasanova SMKSI’ harus tetap di’pegang’nya.

Elisya hanya mengangguk. Tangannya lincah memasukkan bekas makanan tadi ke dalam paper bag yang berwarna hitam. Tanpa pamitan, Elisya bangun dan berlalu pergi. Lagi lima minit, kelas akan bermula semula.

Akim memerhati setiap tingkah Elisya. Pelik! Selama ini, tiada seorang pun yang berkelakuan begitu padanya. Setiap perempuan pasti akan terpegun dengan kekacakannya. Senyumannya dapat mencairkan hati yang memandang. Tidak bagi Elisya! Keinginan Akim untuk mendapatkan Elisya semakin tinggi.

Di satu sudut yang agak tersembunyi, rakan-rakan ‘sekepala’ Akim ketawa sakan selepas menyaksikan agenda tadi. Tu la! Orang cakap tak nak dengar! Kau pasti kalah Akim!

*

“Assalamualaikum Pak Isa. Tengah buat apa tu?” Tegur Elisya. “Waalaikumussalam. Oh! Elisya. Ni ha! Tengah buang sampah dalam kolam ni. Kamu kenapa tak balik lagi?” Soal Pak Isa. Dia senang dengan Elisya, walaupun ramai yang mengatakan Elisya sombong. Elisya bukan begitu orangnya. Buktinya dengan dia Elisya langsung tidak lokek. Mungkin ada masalah yang disembunyikan oleh Elisya.

“Abang cakap lewat sikit hari ni, tu yang Elisya malas nak keluar lagi. Kat luar panas!” Dia membantu orang tua itu membersihkan kolam ikan sekolah.

“Hai Pak Isa!” Suara seseorang menyampuk perbualan mereka. Pak Isa dan Elisya menoleh ke arah datangnya suara itu serentak. “Aqiel! Marilah.” Pak Isa menjemput Aqiel menyertai mereka. Elisya hanya diam.

“Cuci kolam Pak Isa?” Tanya Aqiel walaupun sudah diketahui jawapannya. “Kamu tengok Pak Isa buat apa? Masak?” Seloroh Pak Isa. Tawa Aqiel meletus, Elisya hanya tersenyum nipis.

“Minggu depan dah cuti kan?” Pak Isa tang menyedari keadaan kaku antara mereka cuba mencari topik untuk dibualkan. “A’ah.” Jawab Aqiel, Elisya mengangguk. ‘Apa masalah minah ni? Tadi elok je aku tengok kau cakap, sekarang dah bisu.’ Monolog Aqiel. Geram!

“Kamu pergi mana cuti ni?” Soalan itu ditujukan kepada kedua-dua mereka. Aqiel pandang Elisya, mengisyaratkan supaya dia menjawab terlebih dahulu. Elisya yang tidak memandang Aqiel hanya diam. ‘Stone’ ni!

“Entah! Tak tahu lagi. Tengok keadaan.” Jawab Aqiel dan Elisya serentak. Aqiel pandang Elisya, Elisya pandang Pak Isa, Pak Isa pandang Aqiel. Tiga saat berlalu…Tawa mereka pecah. Dalam ketawa, mata Aqiel tidak lepas memandang wajah manis Elisya sedang tertawa. ‘‘Stone’ can laugh? Ya Allah! I can’t believe this. I thought she can’t laugh. Hahahaha… I must ‘put’ this ‘precious’ moment in my diary. Wait! Since when i got a diary?’

“Apa yang senyum-senyum tu Aqiel?” Senyuman Aqiel ‘mati’ sekelip mata. Hanya gelengan sebagai jawapan. Menandakan tiada apa-apa.

“Pak Isa pula ke mana?” Elisya memandang tepat wajah yang penuh kerutan dek usia yang makin lanjut. “Tak ke mana Elisya oi. Pak Isa bukannya ada duit macam kamu. Gaji Pak Isa pun cukup-cukup makan kami laki bini aje.” Lirih suara tua itu menutur kata-kata.

“Ala Pak Isa, orang ada duit tak semestinya bahagia. Malah orang ada duit ni kadang-kadang lebih menderita. Cuti tak pergi mana-mana pun tak apa kan. Stay dekat rumah, habiskan masa dengan family lagi best, Pak Isa!” Elisya cuba memujuk hati Pak Isa. Dia tahu Pak Isa tidak begitu bertuah seperti orang lain. Ada anak, macam tak ada anak. Ketiga-tiga anaknya langsung tidak menghiraukannya dan emak mereka. Anak tak kenang budi! Pak Isa juga perlu membiayai perubatan isterinya.

“Yela Elisya. Apa-apa aja lah kamu ni.” Pak Isa menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Pandai betul anak ini mengambil hati orang tua.’

“Ha Aqiel! Diam pula dia.” Hilang habis segala khayalannya sebentar tadi. Sekali lagi dia menggeleng. Aqiel sebenarnya masih terpegun. Ini kali kedua dia mendengar Elsiya bercakap lebih daripada sepuluh patah selepas hari ‘bermakna’ mereka minggu lepas. Kenapa kalau dengan Pak Isa dia tak jadi ‘stone’? Tidak dengan kami. Kenapa dengan Pak Isa dia mudah senyum? Siap ketawa lagi. Dengan kami? Haram! Kenapa? Aqiel tidak dapat mencari jawapannya. Yang pasti, Elisya menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan orang lain. Keinginannya untuk tahu semakin membuak-buak.

“Oklah Pak Isa, Elisya balik keluar dulu. Takut abang dah datang.” Penuh sopan-santun dia meminta diri. Senyuman dihadiahkan kepada Pak Isa sebelum mengambil beg sekolahnya lalu beredar.

‘Aku? Mana senyuman untuk aku?’ Aqiel menyoal sendirian. Pelik tambah geram! ‘Dah jadi ‘stone’ balik dah.’

*

“Abang, kenapa tak henti-henti senyum tu? Elisya bakal dapat kakak ipar dalam masa terdekat ke?” Elisya segih. Sungguh dia pelik dengan perangai abangnya hari ni. Dari dia masuk kereta tadi sampailah mereka selamat sampai rumah.

Darwish tidak mengendahkan kata-kata adiknya. Senyuman masih terukir di bibirnya. Senyuman penuh makna.

Elisya melangkah ke biliknya. Badannya yang mula melekit dek peluh perlu dibersihkan. Persoalan tentang senyuman abangnya masih difikirnya. ‘Abang, abang…’ Serunya.

Tiga…Dua…Satu…

“Abannnngg!!!” Laju tangga rumahnya dituruni. Darwish sudah terkedek ketawa. Adiknya mesti teruja habis.

“Is it true bang?” Soal Elisya tidak percaya. Tiket di tangannya masih diteliti. “Ada gaya macam abang tipu ke?” Soal Darwish kembali. Elisya menggeleng. Nama di tiket itu diteliti entah buat keberapa kali. Nama itu tetap tidak berubah.

‘Darwish Rayyan/Mohammad Fadlan’
‘Mya Zara Elisya/Mohammad Fadlan’

“Jepun?!” Penuh teruja soalan itu diajukan. Darwish sekadar mengangguk. Gembira melihat adiknya yang sangat teruja. Tahu itulah destinasi yang diidamkan adiknya selama ini. Betul! Langsung tidak menghairankan bagi mereka sekeluarga jika bercuti di luar negara. Sejak kecil mereka sudah dibawa ke luar negara oleh arwah ibu bapa mereka. Dia bersyukur dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa.

Sepatutnya mereka telah sampai di bumi Jepun akhir tahun lepas. Tapi malang tidak berbau, nyawa papa dan mama mereka tidak panjang. Surprise yang ingin dihadiahkan kepada Elisya kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR hanya dia dan kedua-dua orang tuanya yang tahu.

Sebak menyelubungi diri Darwish, inilah trip pertama dirinya dan Elisya tanpa arwah mama dan papa. ‘Mama... Papa… Abang rindu.’ Rintihnya dalam hati. Elisya yang sedar akan perubahan riak wajah abangnya seakan mengerti apa yang terbuku di dada bidang itu. Perlahan-lahan, tubuh tegap abangnya dipeluk.

“Kalau mama dan papa ada kan best…” Luahnya pilu. Darwish membalas pelukan Elisya erat. Air matanya gugur perlahan-lahan. Tidak dapat dibendung lagi kerinduan ini. Hanya dirinya dan Elisya yang mengerti keperitan ini.

Darwish merenggangkan pelukan mereka. Air mata Elisya dikesat lembut. Dia tidak boleh terlalu ikut perasaan. Darwish tidak mahu adiknya kembali murung. ‘Kuat Darwish!’

*
Selepas membaca Surah Yaasin dan berzikir, Darwish bangun diikuti Elisya. Darwish tunduk menggulung tikar yang dijadikan tempat duduk mereka berdua di sebelah kubur arwah. Sedih dirinya kerana terpaksa meninggalkan tempat ini. Walaupun sudah menjadi rutin mereka menziarahi pusara itu setiap jumaat, dia tetap ingin berlama di situ. Seolah-olah mereka hampir dengan papa dan mama mereka.

‘Mama…Papa…Abang janji akan jaga baby baik-baik.’ Setiap kali ingin melangkah keluar dari tanah perkuburan itu, kata-kata itulah yang sentiasa dibisikkan. Dipimpin tangan Elisya yang masih menatap sayu pusara arwah perlahan. Mereka bersama-sama berjalan menuju ke kereta.

*
“Hai baby!” Sapa Darwish setelah membuka pintu kamar Elisya. “Waalaikumussalam.” Dengan nada menyindir Elisya membalas. “Ops! Assalamualaikum.” Tahu keterlanjuran dirinya.

‘Kita ni muslim, ada adatnya menyapa orang. Mana salam abang?’ Kata-kata arwah mama terngiang-ngiang di telinganya. Teguran seorang ibu penuh hikmahnya. Sejak dari itu, dia sentiasa memberi salam kepada sesama muslim, cuma terkadang dia akan ‘terbabas’.

“Ehemmmm…” Panjang deheman Elisya untuk mengembalikan abangnya ke dunia yang nyata. Darwish pantas menoleh ke arah Elisya, senyuman dihadiahkan. Dia meneliti adiknya, malam itu Elisya memakai pijama bercorak kartun, rambutnya ditocang dua seperti kanak-kanak. ‘Comel…’ Pujinya sendiri. Wajah Elisya saling tak ‘lari’ daripada wajah manis arwah mama mereka. Berlainan pula dengan dirinya yang saling tak tumpah sama macam wajah arwah papa mereka. Dia percaya ada hikmah di sebalik semua itu. Dia akan menatap sepuas-puasnya wajah mulus Elisya apabila dia amat merindui mamanya begitu juga sebaliknya.

“Abangggggg…” Kali ini Elisya mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Darwish. “Sorry…” Tutur Darwish ikhlas. Elisya menggeleng, dia tidak salahkan Darwish. Pasti banyak perkara yang harus difikirkan oleh abangnya.

“Ni kenapa bersepah bilik ni?” Baru dia perasan keadaan bilik Elisya yang penuh dengan baju sana sini. “Elisya tak…”

“Tahu nak pack barang macam mana kan?” Sambung Darwish belum sempat adiknya menyudahkan kata-katanya. Pelahan-lahan Elisya mengangguk. “Kenapa tak panggil Mak Som?”

“Baby tak nak susahkan Mak Som, Mak Som mesti penat.” Jawabnya lembut. Tadi dia sudah berkira untuk memanggil Mak Som tetapi nalurinya berkata tidak. Mak Som mesti penat kerana baru sampai dari kampung petang tadi. Dia mengambil keputusan untuk mengemas sendiri pakaiannya. Tetapi, tengoklah! Semuanya bersepah.

“Ok, biar abang yang kemaskan.” Tanpa nada marah Darwish bersuara. Faham, Elisya pasti tidak pandai membuat kerja-kerja seperti itu. Selama ini, arwah mama atau Mak Som yang melakukannya.

Elisya menghulurkan satu persatu baju yang ingin dibawanya. Tangan Darwish ligat melipat baju-baju kemudian dimasukkan ke dalam beg sederhana besar yang berwarna hitam milik Elisya. Hanya empat puluh lima minit diambil untuk mengemas pakaian yang berselerak tadi.

Elisya terpegun dengan kepandaian abangnya membuat ‘kerja’ itu. “Abang memang superb la. Semua abang boleh buat.” Puji Elisya riang. Darwish hanya tersenyum. “Dah lewat ni, tidurlah. Esok kita nak berjalan jauh.” Ujar Darwish. Dirinya sendiri sudah penat.

“Buat apa nak berjalan? Kitakan duduk aje atas flight nanti. Kenapa abang nak susahkan diri abang berjalan ke sana pula?” Nada suaranya sudah bertukar ke nada mengusik. Darwish menarik hidung mancung adiknya itu.Geram!

“Abang tahulah. Macam-macam lah baby ni.” Pipi kanan Elisya pula menjadi mangsa. Elisya mengaduh kesakitan. “Sakit ke?” Riak risau abangnya sudah keluar. Perangkap sudah mengena. Melihat Elisya yang tersenyum-senyum, Darwish tahu sekali lagi dia dipermainkan adiknya.

“Baby ni kan…Geram abang!” Elisya hanya sengih menayangkan giginya yang putih. “Dah la bang, kesian abang. Dah penat sangat baby tengok.” Seperti biasa, tangan abangnya diraih dan dicium penuh kasih seorang adik.

“Tahu tak apa, baby la yang banyak gurau.” Darwish mengucup dahi Elisya. Selepas memberi salam, Darwish melangkah keluar ke bilik sebelah a.k.a. biliknya sendiri.

0 tell me...: