BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 10, 2011

AAK? 18

Keadaan kelas riuh rendah dengan suara-suara yang sudah lama tidak ‘bergabung’. Suara pelajar perempuan yang sibuk menyebarkan gossip sepanjang cuti yang berjaya dihabiskan dengan cemerlang tanpa menyentuh buku sedikit pun. Suara pelajar lelaki yang bercakap tentang satu topik sahaja iaitu BOLA, masing-masing mempertahankan pasukan yang digemari. Ada juga pelajar yang hanya diam sambil tersenyum melihat gelagat rakan-rakan yang lain. Sebenarnya, suasana beginilah yang dirindui oleh mereka semua selama hampir sebulan lebih ‘berehat’.

Kedatangan Elisya pada pagi itu tidak lagi disambut dengan mata-mata yang aneh melainkan dengan senyuman yang cukup manis dihadiahkan kepadanya. Dan seperti biasa tiada reaksi yang diterima. Rakan sekelasnya kemudian menyambung perbualan mereka yang sentiasa terhenti apabila kelibat seseorang memasuki kelas. Sekali lagi ‘hot topic’ mereka terpaksa ditanggguh apabila seorang lagi rakan mereka memasuki kelas. Aqiel!

“Hye guys!” Senyuman manis diberikan kepada semuanya. Langkah diatur dengan agak laju menuju ke arah meja asalnya – meja tahun lepas bersebelahan dengan Elisya. Mereka masih tetap berada di kelas yang sama dengan tahun sebelumnya kerana masih tidak diberitahu kedudukan kelas pada tahun ini. Ada yang mengatakan kelas tidak akan dibubarkan dan ada juga yang mengatakn yang sebaliknya.

“Hello, dear!” Beg jenama Puma diletakkan di atas mejanya sebelum kerusi kosong disebelah si gadis disorong ke belakang dan meletakkan punggungnya. Buku yang ralit Elisya baca ditarik dengan selamba untuk melihat tajuknya.

“Waalaikumussalam, Abang Ayish!” Sengihan geram jelas terpamer di wajah Elisya. Geram dengan tindakan Aqiel yang mengganggu konsentrasinya membaca. Dirampas kembali Reader Digest yang baru dibeli semalam..

“Ops! Sorry. Assalamualaikum, wahai adikku yang manis lagi cantik dan berseri pada pagi yang indah ini.” Tahu dia sudah tersilap. Elisya memandang wajah Aqiel sesaat untuk memberikan senyuman yang nampak begitu manis.

Aqiel pelik! Serasanya tadi suasana hingar bingar ketika dia melangkah masuk ke dalam kelas ini. Tapi sekarang? Bunyi sepatah perkataan pun tak ada. Dipandang sekeliling sesaat kemudian dia sendiri mula diam – memerhatikan wajah setiap seorang rakan kelas yang tidak berkelip melihatnya dan Elisya. Ada yang terlopong, ada juga yang mengerdipkan matanya beberapa kali tanda tidak percaya dan pastiya ada yang mencubit mana-mana anggota badannya untuk meyakinkan bahawa mereka tidak bermimpi. Seorang sahaja yang tidak memberikan reaksi yang sama iaitu Hafiz. Mahu sahaja dia menghamburkan tawa sekuat-kuatnya terhadap reaksi mereka semua. Tidak tahu apa akan berlaku sekiranya mereka yang terserempak dengan Aqiel dan Elisya di MidValley dulu.

Aqiel menyuit siku Elisya untuk mengkhabarkan ‘berita’ hot ini. Elisya malas mahu melayan Aqiel kerana dia tahu pasti Aqiel sedang mengusiknya. Aqiel sudah naik pusing dengan perangai Elisya yang tidak langsung ambil tahu tentang keadaan sekeliling. Dia juga tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan kepada mata-mata yang memandang bersama tanda tanya di atas kepala masing-masing. Hafiz dipandang meminta bantuan dan ‘bantuan’ yang diterima hanyalah jungkitan bahu sebagai tanda sahabatnya itu tidak dapat membantu.

“Mya…”

“Apa?”

“Tengok la sana…”

“Tengok apa?”

“Tengok je la. Hard to explain.”

Elisya memberhentikan bacaannya tentang cerita sebenar yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di USA yang terdapat dalam buku di tangannya. Kepalanya diangkat lalu pandangannya menuju ke arah yang sama dengan telunjuk Aqiel mengarah. Elisya mengerutkan dahinya. ‘Apa pasal mereka semua ni?’

“Ayish…”

“Apa?”

“Ada apa-apa tak kat muka orang?”

“Tak ada, kenapa?”

Elisya menggarukan kepalanya yang dilitupi kemas dengan tudung sekolah berwarna putih. “Muka Ayish pun tak ada yang pelik. Tapi kenapa mereka tengok kita macam tu? Ada hutang eh?”

Aqiel ketawa sekuat yang boleh. ‘Kenapalah Mya boleh berfikiran sebegitu? Tidakkah dia perasan dengan situasi mereka yang berbeza sekarang ni?’

Aneh! Apa yang lucu sangat sehingga Aqiel ketawa tak ingat dunia Elisya sendiri tidak tahu. Keanehan dan kepelikan mereka semua ditepis kemudian menyambung pembacaannya yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi. ‘Ade aku kesah?’

“Mya… Don’t you realize it? Mereka tengok kita sebab kita dah bercakap, bersuka ria bersama and yang paling penting you are not ‘mute’ anymore.” Aqiel cuba menerangkan keadaan yang sebenar dengan menggunakan ayat yang sangat simple supaya Elisya senang ‘tangkap’. “So?”

“Adoi! Cik adik sayang… They are waiting for our explanation. What should we tell them now?” Geram! Apa boleh buat, inilah Elisya yang disukainya teramat sangat.

“Then just tell them what actually happen to us.” Mudah dan senang jawapan yang diberikan. “You tell them.” Kata Aqiel.

“No! You!”

“You!”

“You!”

“Are you sure you don’t want to tell them?” Akal nakal mula tercetus. Anggukan Elisya membuatnya bertambah senyum. “Ok then, I’ll tell them.”

Wajah-wajah yang setia menunggu jawapan dipandang. Nafas ditarik dalam-dalam dan keluarlah ayat yang membuatkan Elisya sendiri kaget. “We’re couple!”

“What?! Since when?” Kali ini suara Elisya bergambung dengan rakan-rakan yang lain. Matanya tajam memandang setiap inci wajah Aqiel. Perasaannya tidak dapat diungkap ketika ini. Sangat-sangat marah!

Aqiel ketawa sambil menekan-nekan perutnya kerana terlalu kuat menghamburkan tawa. Memang dia tak akan lupakan reaksi mereka semua terutama Elisya. Sangat-sangat lucu!

“Gotcha!” Nadanya dibuat serupa dengan JJ dan Ean – DJ hitz.fm yang selalu mengenakan sesiapa sahaja yang menghantarkan maklumat diri seseorang untuk di’gotcha’kan. Elisya mengurut dada tanda masalah yang baru sahaja timbul sudah pun diselesaikan.

“Jangan main-main la…” Marah Elisya. “Sapa suruh Mya macam tak kisah pun cara dorang tengok kita.” Balas Aqiel dengan alasan yang kukuh. “Memang orang tak kisah pun. Bukannya dorang kacau hidup orang pun.” Elisya tidak kalah dalam mengemukakan ‘hujah’nya.

“They will actually bother your life but you are the one who don’t care about it. But I’m not. I’ll care bout it. So that, we’ve to explain it. Get it?” Anggukan Elisya melegakan hatinya. Elisya sebenarnya malas hendak panjangkan cerita, jadi dia hanya menyetujui apa yang dicadangkan oleh Aqiel.

“The story begun…..” Aqiel memulakan cerita yang berlaku antara mereka. Elisya di sebelahnya kadang-kadang memberi komen dan kadang-kadang hanya anggukan yang diberikan.

“This is for all of you from me and Elisya.” Aqiel mengeluarkan satu plastik sederhana besar yang mengandungi pelbagai bentuk dan warna keychain. Elisya memandang Aqiel dengan satu persoalan. ‘Bila masa ‘kita’ beli keychain ni?’ Senyuman Aqiel yang menjawab segala-galanya.

“Elisya, kenapa dulu kau tak nak cakap ngan kitorang ek?” Tiba-tiba Muna a.k.a. Si Murai mula menjalankan tugasnya. Dan sekali lagi semua orang menumpukan perhatian ke arah Elisya. Elisya tidak tahu apa yang harus dikatakan. Aqiel dan dirinya berpandangan sesama sendiri kerana hanya Aqiel yang tahu sebabnya. Baru sahaja Aqiel ingin membuka mulut, seorang guru melangkah masuk diikuti dua orang pelajar yang sama sekali tidak pernah kelihatan di sekolah ini.

“Assalamualaikum and good morning everyone.” Beg tangan diletakkan di atas meja guru yang masih menggunakan alas meja tahun lepas. Selepas salam dijawab, pelajar-pelajar dibenarkan duduk..

“Saya guru kelas ini and also your English teacher. You all know kan kelas tak bubar?” Ada yang mengangguk dan ada yang menggeleng. “So, you all will be in the same class as last year tapi dah tua satu tahun la.” Manis senyuman yang diberikan sebagai tanda perkenalan daripada dirinya.

“Ya Allah! Almost forget, these are your new classmates.” Dua gadis itu tersenyum kecil apabila kelas itu riuh dengan hilai tawa dek kata-kata ‘ibunda’ mereka tahun ini. “Introduce yourself please. Both of you. Start from the older” Arah Cik Linda.

“Assalamualaikum. Saya Adhwa’ Qaisara Batrisya dari Negeri Sembilan. Baru pindah sini akhir tahun lepas.” Gelagatnya langsung tiada ciri-ciri keperempuanan. Lengan baju disinsing hingga ke siku tetapi ada sarung tangan yang tersarung untuk menutup auratnya. Beg bercorak ganas seperti lelaki. Kasut berjalur merah di sisi. Bukan hanya pelajar perempuan yang menggeleng kepada, pelajar lelaki turut join the group.

“Assalamualaikum. Saya Adhwa’ Qistina Batrisya. Yang lain sama dengan kakak saya.” ‘Memang sama pun.’ Sahut sesetengah suara dengan perlahan. Betullah apa yang mereka katakana, apa yang tak sama pada mereka berdua hanyalah warna pilihan accessories mereka. Qaisara memilih merah, manakala Qistina menjadikan hitam warna pilihannya.

“Twin?” Siapa lagi yang akan bertanya kalau bukan Muna? “Ye lah! Kau tak nampak ke muka dorang tu sama? Nama pun nak sama. Lagipun kan dua-dua masuk kelas kita. Maksudnya mereka tu sama umur. Faham tak ‘murai’?” Kepada orang lain soalan itu dituju, orang lain pula yang menjawab.

“Kau sibuk pasal ek? Aku tanya kau ke? Ada jugak la yang bukan twin duduk satu kelas. Kau yang tak berkembang la wey!” Sedikit tinggi suara Muna. Tidak puas hati dengan Munzir. Munzir hanya membuat muka selamba – tidak terkesan dengan kata-kata Muna.

“Sudah-sudah! Perangai macam budak-budak. Please tunjukkan contoh yang baik to your new classmates ok! You two, take your seat at the back.” Arah guru muda itu. Guru yang pastinya masih single.

“Ok class, I want to remind you that you are not five years old or in standard five anymore. You are in form five already. So, be matured! It’s ok to be childish sometimes but don’t let people hate you with that behavior. Keep this in your mind!” Pelajar-pelajar yang mendengar hanya menundukkan kepala sambil cuba menerima setiap bait nasihat yang diberikan.

“I don’t care how you are going to arrange your tables and decorate this class but please let me know first. Two month before SPM, the other teachers who will teach you all and me will separate you in three group. First group will be the ‘weak’ students, second group will be the ‘common’ students and the third group will be the ‘excellent’ students. So now, you can make a choice and put your effort to be in the group that you wanna be.” Selepas guru-guru mendapat jadual masing-masing, mereka berbincang sesama sendiri untuk meningkatkan lagi peratus kecemerlangan pada tahun ini. Akhirnya, mereka mendapat kata sepakat untuk menjalankan plan tersebut – mengasingkan pelajar-pelajar berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sebelumnya.

“Monitor dah pilih?” Gelenngan sebagai jawapan. “Ok! Now, kita pilih ketua kelas, penolong ketua kelas, setiausaha and so on. Ada cadangan?” Pelajar yang masih terkejut tentang pengasingan mereka sebentar tadi masih belum boleh berfikir secara waras. Masing-masing ingin menjadi yang terbaik tetapi pasti ada yang lebih terbaik berbanding yang terbaik.

“Don’t be too worried bout what I’ve said just now. That’s for your own good. Bukan semua subjek you akan berada dalam kumpulan yang sama, itu semua bergantung pada subjek yang mana kamu dapat kuasai, lemah dan sedang-sedang aja. Ini akan memudahkan cikgu-cikgu untuk mengajar mengikut tahap-tahap yang dapat kamu kuasai. No worry yeah! Chill!” Cik Linda yang dapat memahami apa yang tersirat dalam hati para pelajar mula untuk menghapuskan rasa gusar tersebut. Tiada apa yang perlu dikhuatiri.

“Back to our topic. Who’s gonna be your leaders this year? Please hurry up! I got a work to do after this.” Jam di tangan dikerling. Tinggal lagi setengah jam sebelum mesyuarat kelab dan persatuan bermula.

“Boleh tak kalau kita pilih ikut result final exam last year.” Tiba-tiba suara Aniq muncul dari arah belakang. Semua mata memandang ke arahnya. Dua mata yang memandang dengan rasa tidak puas hati. Mata-mata itu kepunyaan dua insan yang mendapat tempat pertama dan kedua dalam kelas. Sengihan nakal dibalas.

“That’s a good idea! Sapa dapat nombor satu tahun lepas?” Wajah Aqiel dan Elisya dipandang silih berganti kerana hanya mereka berdua yang tahu jawapan itu. Selepas seminit tanpa reaksi oleh mereka, Elisya tiba-tiba mengarahkan telunjuknya ke arah Aqiel. Pandangan tajam Aqiel tidak dipedulikan. Thank God dia dapat nombor dua.

“You? What’s your name please.” Aqiel teragak-agak untuk bangun.

“Aisy Aqiel.” Dia menjawab setelah bangun dari duduknya.

“Class, this is your monitor!” Tanpa persetujuan Aqiel, Cik Linda sudah membuat keputusan.

“But teacher…” Aqiel cuba membantah.

“ Sebarang surat menyurat tidak dilayan. My decision is final!” Tawa meletus halus mendengar gurauan tersebut.

“Nombor dua?” Kali ini tanpa menoleh ke arah Elisya, semua telunjuk diarahkan ke arahnya.

“Name?”

“Mya Zara Elisya.”

“Penolong ketua kelas ya?” Dengan berat hati, Elisya mengangguk.

“Yang seterusnya pilih ikut keduduk tahun lepas macam yang saya buat tadi. Ok class! I got to go. Assalamualaikum.” Berlari-lari anak guru itu kerana hanya tinggal lima minit lagi sebelum mesyuarat bermula.

“Orang tak nak la ada apa-apa jawatan.” Adu Elisya manja kepada ‘abangnya’ di sebelah. Buku ‘karyanya’ diselak untuk melukis apa yang tersirat di hati.

“Bajet Ayish nak ke? Mya penolong, Ayish yang ketuanya. Lagi la parah.” Aqiel memandang papan putih yang berada di hadapan kelas. Semuanya sudah ditetapkan.

Ketua Kelas = Aqiel
P. Ketua Kelas = Elisya
Setiausaha = Izzah
Bendahari = Muna
AJK-AJK = Hafiz, Munzir, Aniq & Fawwaz.

“Ni semua Aniq punya kerja. Dia tak pe lah, AJK je pun. Kejam betul. Saja je nak kenakan kita.” Aniq yang ralit berbual-bual dengan rakan sekepalanya tanpa Aqiel diperhati. ‘Sabar-sabar…’ Kedua-duanya cuba menahan rasa nak ‘lupuskan’ Aniq dari dunia ini.

*

“Abang, baby kena jadi penolong ketua kelas la…” Elisya bersuara sebelum duduk di samping Darwish yang sedang menghirup udara malam yang segar di laman rumah mereka. “Kena? What do you mean by kena? Paksa rela ke apa?” Cokolat panas yang dibawa oleh Elisya tadi diminum perlahan-lahan.

“Macam tu lah nampaknya…” Bibirnya dijuih.

“Kenapa tak tolak kalau tak nak?” Darwish kenal siapa adiknya. Adiknya memang tidak minat untuk memegang sebarang jawatan di sekolah kerana tidak ingin dirinya dikenali ramai. ‘Yang tak ada jawatan pun hampir seluruh sekolah kenal, kalau dah ada jawatan tak tahulah macam mana.’ Kata-kata Elisya yang masih segar dalam ingatannya.

“Cikgu kelas tak kasi. Final decision!” Kepala dilentokkan ke bahu abangnya. Automatik tangan Darwish mengusap lembut kepala adiknya yang ditutupi selendang.

“Who’s your class teacher?” ‘Detektif sudah mula menjalankan siasatan.’ Omel Elisya. Pasti ada yang ingin lelaki itu lakukan. “Teacher Linda. But please jangan pergi jumpa dia pasal hal ni ok. Baby dah tak kisah dah. I’ll try my best.” Tiba-tiba kepala yang dilentokkan tadi terangkat.

“Guess who’s the monitor?” Mata Elisya bersinar-sinar menantikan jawapan.

“Apa abang dapat kalau jawapan abang betul?”

“Hurmmm… Urutan special dari baby.”

“Betul ni?” Anggukan Elisya meyakinkan lagi jawapannya tadi. “Aqiel kan?” Langsung tiada riak bahawa Darwish sukar untuk menjawab soalan adiknya kerana dia sudah tahu sebelum makan malam tadi lagi. Aqiel sudah menelefonnya dan menceritakan semuanya.

“Abang main tipu. Mesti Ayish dah kasi tau kan?” Muncungnya sudah keluar.

“Baby tak cakap pun kalau abang dah tau tawaran baby tadi ditarik balik. So, please yea. Badan abang dah rasa lenguh semacam aja.” Tangannya menekan-nekan perlahan ke bahu dan pinggangnya. Elisya mengetap mulut tanda geram
!


p/s:sgt3!!!really3!!!
sorry yeah!!!
tau lmbt sgt dis new n3...
even SPM da hbis...
byk sgt hal kene uruskan...
pas SPM holiday ngn family n frenz...
pas holiday mula keje da...
ngah wat lesen agy skunk...
waaaahhh!!!
byk keje wooo!
sometimes i wish to go back to school...he3
whateva it is...
i'll try my best to post new n3 around da corner yeah!!!!
miss u all muchhhhh33!!!!

5 tell me...:

asyiera said...

LuvUa...smbg crite ni cpt ckt..da lme i tgu..x sbr rseny mnnt y strusny...pleeezz

Anonymous said...

ala... cpt la smbong... lme dah tggu nie...smbong la.. best gle cter nie... smbong eah... plzzzz3!!

aminahzul said...

waa..besh2...emm...harith tu hafiz eeaa....name lain lah...hehhe...and then bile nak sambung.....hehe..ade acc fb tak....nak add...hehe

Anonymous said...

errr,,,quite a long ur last update n now,, xtrase nk smbung ke?? heheh,, sort of cute n luvly story laaa,,, if possible, u can be great author,, buku kn la cter ny >.< for suggestion only

Anonymous said...

Hmm.... Tak smbung lg ke? Please smbung.... Pleaseeeeee.....