BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 8, 2010

AAK? 15

“Abang nak buat apa cuti ni?” Aqiel mengambil surat khabar yang baru dibeli Pak Zaid tadi. Kurang dari lima minit yang lalu Darwish dan Elisya meminta diri untuk pulang. “Entah lah. Abang ingat nak pergi holiday mana-mana. Ada cadangan tak which best place should I go?” Zayyad masih lagi mencari channel yang memaparkan cerita yang menarik pada pagi itu. ‘Zero! Langsung tak ada cerita best. Kang aku tengok cartoon, sakan budak sebelah ni gelakkan aku.’ Akhirnya televisyen ‘dimatikan’.

“Pulau Perhentian?” Cadang Aqiel. Zayyad geleng. “Semua jenis pulau tolak tepi. Abang tak suka pergi pulau.” Aqiel menganggukkan kepalanya tanda paham. Dia tahu Zayyad memang pantang kalau pergi pulau or pantai. Peristiwa Zayyad hampir lemas di sebuah pantai di Terengganu membuatkannya fobia untuk ke pantai lagi.

“A’Famosa?” Zayyad memberhentikan bacaannya. Majalah ditangan diletakkan kembali ke tempatnya kemudian Aqiel dipandangnya penuh ‘minat’. “Great idea! Jom!”

“Where?”

“Ajak Abang Awish and your girl lah…”

“Really?” Aqiel teruja. Zayyad angguk tiga kali. Lebih afdal.

“Don’t be really excited. Ask your parents first. Will they let you go with us? Kalau tak, abang ada chance nak tackle baby.” Usik Zayyad. Wajah Aqiel sudah bertukar riak. “Don’t you dare!” Amaran keras diberikan.

“Wo! Wo! Relax! Kidding ok. Go la, ask Pak Ngah and her queen.” Sengih Zayyad disambut senyum kambing Aqiel. Laju dia meninggalkan sepupunya menuju ke ruang atas rumahnya.

Matanya menghantar pergi kelibat Aqiel sehingga hilang. Dia tahu, pasti bapa dan emak saudaranya mengizinkan Aqiel pergi bersama-samanya. Mereka bukan jenis pengongkong. Yang dia risau sekarang ni sebenarnya ialah Abang Awish dan baby. ‘Boleh ke dorang join?’

Telefon bimbit di atas meja kecil di hadapannya dicapai. Dia mengdail nombor telefon Darwish. Sementara menunggu talian disambungkan, dia mengerling jam di tangan. ‘Abang Awish minght be in office now.’ Fikirnya.

“Assalamualaikum bang.” Salam diucapkan sebagai muqadimah perbualan mereka. “Waalaikumussalam. Ada apa Ayad?” Suara di seberang sana menyahut. “Abang busy tak this week?”

Darwish diam sejenak sebelum menjawab. “Agak la. Abang kan baru je masuk office. Banyak fail kena check. Why ha?” Darwish menanya. Zayyad sudah menjangkakannya. “Tak apalah bang. Ingat nak ajak abang and baby pergi A’Famosa. Kalau abang busy tak apalah.” Sedikit merunun suaranya. Kecewa! Kegembiraannya tadi sudah bertukar menjadi kesedihan.

“A’Famosa? Sorry Ayad. Abang bukan tak nak pergi. Tapi memang banyak sangat kerja.” Darwish cuba memujuk. “It’s ok lah bang. I understand.” Zayyad cuba menceriakan suaranya supaya Darwish tidak merasa bersalah.

“Pergilah. Abang Man still can handle this.” Terdengar suara seseorang di sebalik telefon itu. Suara yang tidak dikenalinya. Mungkin pekerja Darwish. “Kesian lah abang. Kan Awish baru je masuk office. Before this kan Awish dah bercuti. Semua kerja abang dah buat. Takkan kali ini Awish nak tinggal kat abang lagi.” Darwish cuba membantah. Walaupun dia seorang ketua di situ, tidak bermakna dia akan menyerahkan segala tanggungjawab kepada pekerja bawahannya.

“Abang tak kisah la Awish. Dah memang tugas abang sebagai penolong Awish. Lagipun kan memang sekarang budak sekolah cuti. Bawak lah Elisya pergi bercuti. Nanti dah buka sekolah susah pula nak menghabiskan masa dengan dia. Dia nak SPM kan tahun depan. Makin busy lah nanti.” Razman memberikan nasihat kepada Darwish. Betul! Dia langsung tidak kisah melakukan kerja yang banyak kerana syarikat ini sudah sebati dengan hidupnya. Dia bersama-sama jatuh bangun di syarikat ini. Dari mula Encik Fadlan mengambilnya bekerja, dia sudah bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana mantan ketuanya begitu baik dengannya. Walaupun dia tidak mempunyai ijazah yang baik, dia tetap diterima bekerja di sini. Itulah kejadian sepuluh tahun dahulu.

Zayyad yang masih di talian hanya mendiamkan diri. ‘Walau sapa pun Abang Man tu. I thank you so much! Secara tak langsung peluang untuk spend time sama-sama terbuka kembali.’ Gembiranya muncul kembali.

Darwish berfikir sebentar sebelum membuatk keputusan. Dalam diam dia mengiakan kata-kata Razman. Mesti baby bosan ‘sorang-sorang’ kat rumah. Even dia cakap tak kisah. Mesti dia tetap bosan. Takkan lah 24 jam ngadap buku je. “Betul abang tak kisah ni?” Dia bertanya untuk kepastian. Razman mengangguk sambil senyum. “Thanks bang.”

Darwish menepuk dahinya apabila teringat dia masih di talian bersama Zayyad. Telefon kembali didekatkan di telinga. “Sorry Ayad. Ada discussing sikit.” Katanya walaupun dia pasti Zayyad mendengat setiap bait yang diucapkan.

“It’s ok. So how?” Zayyad pasti dengan jawapan Darwish kali ini. “Ok lah. Abang join.” Putus Darwsih. Teriakan gembira dihadiahkan di telinganya. “Hello Ayad! You’re now 24 years old. Not 4 years old ok. Be like a matured man ok.” Nasihatnya.

“Ok bang. Sorry terexcited. Got to go now. Kirim salam kiss and hug to baby.” Sengaja dikuatkan nada suaranya apabila mendengar tapak kaki seseorang menuruni tangga dengan lajunya. Pasti Aqiel! Sengaja dia ingin mengusik sepupunya itu. Talian dimatikan.

“What did you say just now bro?” Panas hatinya mendengar patah perkataan yang keluar daripada mulut Zayyad tadi. “What?” Zayyad buat muka innocent. “Jangan nak buat tak tahu. Abang jangan berangan ek.” Amaran sekali lagi diberikan.

Perlahan-lahan punggung diangkat daripada sofa buatan luar negara itu. Sampai di kaki anak tangga dia membuka mulut. “Abang rasalah kan, baby tu suka kat abang la. Sebab tu masa abang tinggal dia dulu dia sedih sangat.” Habis saja perkataan erakhir diluahkan, laju anak tangga didaki menuju ke biliknya. Aqiel pula usah cakap. Bergema seluruh rumah dengan pekikannya.

“Abang Yad!!!”


*

“Here we are!” Zayyad mendepangkan tangannya selepas keluar daripada kereta BMW milik Darwish. Perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam itu betul-betul memenatkan mereka semua.

Darwish membuka bonet kereta untuk mengeluarkan barangan mereka untuk beberapa hari di sini nanti. Kemudian Darwish mendahului mereka bertiga untuk membuka pintu vila memandangkan kunci ada bersamanya setelah check-in tadi.

“This is my room. Sebelah ni abang punya. The other side for Abang Ayad and his cousin.” Kuat suara Elisya kedengaran mengagihkan bilik masing-masing. “My cousin tu nama apa?” Tanya Zayyad yang baru sahaja melangkah masuk ke vila ‘mereka’. Elisya diam sebentar sebelum menjawab pertanyaan itu. “Aqiel? Am I right?” Anggukan Zayyad dibalas dengan senyuman manis gadis berumur enam belas tahun itu.

“My bag!” Tersedar yang dia sudah terlalu leka dengan keindahan vila itu, Elisya bergegas keluar rumah untuk mengambil beg pakaiannya. Selipar dipakai sebelum melangkah ke bonet kereta. Tinggal begnya dan beg Aqiel sahaja. Sedaya upaya ditarik begnya keluar. Entah apa yang ‘menyekat’ begnya daripada keluar, dia pun tak tahu. Setahunya, beg itu tidaklah berat sangat.

“Let me.” Ada tangan lain yang membantunya mengeluarkan beg berwarna hitam bercorak kuning dengan begitu mudah sekali. “Thanks.” Sengih Elisya sebelum melangkah masuk kembali. Aqiel menggelengkan kepalanya. ‘How cute she is? Geram betul aku.’

*

“Naik banana truck la bang.” Rungut Elisya. Element manjanya sudah keluar di situ. “But we’ve to wait for it dear.” Darwish cuba berunding. Bukannya banana truck itu setiap masa lalu di hadapan vila mereka. Kalau pergi dengan kereta, mereka mungkin sudah sampai di Animal Safari World.

“It won’t take long time. Just call. Then they’ll send us the banana truck. Bila lagi nak naik?” Elisya masih berkompromi. “Ok! Tapi kalau lambat., don’t blame me.” Darwish mengalah. Apalah sangat yang nak dibahaskan. Ikut sahajalah apa yang dikehendakinya.

“Thanks bang.” Laju sahaja sebuah kucupan dihadiahkan kepada Darwish seolah-olah hanya mereka yang berada dalam vila itu. Zayyad yang memandang hanya tersenyum kerana baginya perkara itu sudah common. Reaksi Aqiel pula sebaliknya, matanya bulat memandang ‘pemandangan’ itu tadi. Zuuuuup! Satu perasaan halus muncul dalam dirinya. ‘He’s just her bro!’ Tegasnya sendiri.

*

Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama-sama selama beberapa hari di A’ Famosa. Tiada detik tanpa hang out. Dek perkara itu, tanpa sedar, hubungan Aqiel dan Elisya semakin rapat. Mereka seolah-olah empat beradik yang tak dapat dipisahkan. Dan semestinyalah Elisya anak yang paling bongsu kerana manjanya hanya Tuhan yang tahu. Tiga orang ‘abang’nya hanya menurut kerenahnya tanpa jemu.

“Abang Awish, tambah sehari lagi tak boleh ke?” Mukanya dikeruhkan sedikit meminta simpatilah konon. “Cannot la Qiel. Abang dah promised dengan Abang Man nak masuk office esok. Nanti apa pula kata dia nanti.” Darwish yang sedang memasukkan pakaian ke dalam begnya menjawab selembut mungkin supaya Aqiel tidak terasa hati.

“Ala bang… I don’t think that Abang Man will care bout it. Baby rasa dia lagi suka kalau abang cuti lama-lama. Tak ada lah bos yang garang.” Canda Elisya dalam masa yang sama menyokong permintaan Aqiel tadi. “Amboi! Sedap je dia kata kita. Kalau abang ni bos yang garang, semua bos atas dunia ni garang tau.” Semua yang ada di situ tergelak mendengar ‘ungkapan menarik’ daripada Darwish.

“Yang korang dua orang ni, dah habis simpan barang ke? Kalau ada yang tertinggal, say goodbye je la ek. Abang won’t turn back.” Kata Darwish seakan-akan memberi amaran. “Semua confirm beres!” Jawab Aqiel bagi pihak mereka berdua. Hanya mereka bertiga melepak di bilik Darwish sementara Zayyad masih sibuk mngemas barangannya. Tu lah padah orang bangun lambat!

“Wak, saya punya sweater awak dah simpan ke?” Aqiel yang berada di tepi katil memandang Elisya yang duduk elok di atas katil yang masih berselerak. “Semalam punya ke? Saya tak simpan dalam beg la, dalam beg semua baju kotor. Tapi ada dengan saya lah. Awak nak ke?” Ramah Elisya menjawab dan juga menyoal. Terimbau kembali kenangan berada di Bandung. Sweater yang sama juga dipinjamkan kepada Elisya semasa menonton Red Indian Show semalam. Aqiel? Sudah tentulah memakai mafla hadiah daripada Elisya dahulu.

“No lah. Simpan la dulu. Nanti sampai awak kasi la. Jangan buat-buat tertinggal dah.” Aqiel membetulkan duduknya supaya lebih selesa. “Kalau TERtinggal?” Ditekankan perkataan TER itu. Sengaja ingin mengusik kerana mustahil sweater itu akan tertinggal kerana sweater kepunyaan lelaki yang semakin hampir dengan dirinya sudah berada dalam kereta abangnya. “Awak kena gantikanlah.” Ringkas dan padat jawapan yang diberikan Aqiel.

“Laaa…. Gantikan aja ke? Ingatkan awak dah nak kill saya. No need to worry la ek? Ok! Mana awak beli. Mana lah tahu andai kata tertingal, senanglah saya cari.” Elisya masih bersenda. “Tapi saya tak nak lah sweater. I want something more important in my life.” Aqiel mula ‘masuk’ dalam gurauan Elisya.

“What’s that? Cost much money ke?”

“Awak rasa awak mahal tak?” Aqiel sengih.

“Meaning?” Elisya pelik!

“If you think that you’re expensive, then ‘the thing’ that I want will cost much money.” Begitu luhur dia mengucapkannya. ‘Hope that she will understand it.’

“I don’t get it.” Elisya masih memikirkan kata-kata Aqiel. Zero! Langsung tak ada clue.

“One day, you’ll ‘get’ it.” Selesai menuturkan ayat itu. Aqiel melangkah keluar dengan perasaan yang bercampur-baur.

Darwish yang memerhatikan mereka sedari tadi hanya diam. Tiada respon yang diberikan apabila adiknya memandang ke arahnya untuk meminta penjelasan. ‘Kesian Aqiel.’ Dalam diam dia bersyukur kerana dia masih belum merasakan ‘seksa’ yang dirasakan Aqiel.

*

“Nah! This is your sweater. So, saya tak payah fikir la apa yang awak cakap tadi kan cause this sweater tak tertinggal.” Aqiel menyambut huluran Elisya sambil mengangguk lemah. Sebuah senyuman ‘kurang’ ikhlas dihadiahkan.

“Awak sakit eh?” Elisya masih hairan. Entah apa yang tak kena dengan kawannya ini. “Tak ada lah.” Aqiel senyum. “Ok lah kalau macam tu. By the way, jadi tak ‘projek’ kita esok?” Elisya bertanyakan soal ‘projek’ mereka untuk menghabiskan cuti yang masih bersisa lebih kurang dua minggu sebelum tahun baru akan bermula. “Of course la jadi!” Teringat akan ‘projek’ mereka, Aqiel menjadi sedikit bersemangat.

“Ok lah Qiel. We got to go now. See you tomorrow right?” Darwish yang muncul tiba-tiba memaut bahu Elisya. Aqiel mengangguk.

“Daaaaaaaaa…” Elisya melambaikan tangannya sebelum kereta Darwish meluncur laju. Lambaiannya mendapat balasan daripada semua orang.

“Sudah-sudah lah tu. Dorang dah pergi dah pun. Dah sampai rumah agaknya.” Puan Najwa menepuk-nepuk bahu anak bujangnya yang masih memerhatikan ke arah pagar rumah mereka. Aqiel tersedar daripada lamunannya. Dia jadi malu!