BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 30, 2009

AAK? 12

Entah kenapa semakin hampir dirinya dengan tempat ‘event’ itu, makin tak keruan hatinya. Dup dap…Dup dap…. ‘Apa jenis event ni?’ Soalan itu semakin kuat menerjah mindanya, mencari jawapan. Tetapi jawapan itu hanya abangnya sahaja tahu.

“Auntie pun ikut sama ke event tu nanti?” Tanya Elisya. Puan Najwa angguk. Elisya mendapat idea! Didekatkan bibirnya ke telinga Puan Najwa lalu bersua perlahan. “Event apa auntie?” Puan Najwa senyum. Elisya…Elisya…

“Auntie tak boleh nak bagitahu. Nanti abang Elisya marah. Elisya tunggu lah. Tak sampai sejam pun lagi kita nak sampai sana.” Diusap-usap kepala Elisya. Aqiel dan Darwish yang berada di seat hadapan mereka sudah diulit mimpi. Penat agaknya. Sehari suntuk mereka berjalan tanpa henti kelmarin.

Elisya semakin pelik. ‘Kenapa Auntie Najwa pun pergi event tu nanti? Walhal mereka baru saja kenal di airpot tiga hari lepas. Event besar ke?’ Dikerling ke luar tingkap. Bukit-bukit yang diteres untuk menanam padi terbentang luas. ‘Sabar Elisya..Sabar..’ Ujar Elisya pada dirinya.

*

“Baby… Bangun baby. Kita dah sampai ni.” Darwish mengejutkan adiknya. Elisya membuka mata perlahan-lahan. Entah bila dia terlelap dia sendiri tidak tahu. Yang dia ingat, pemandangan terakhir yang dilihatnya ialah bukit-bukit yang menjadi tempat penduduk setempat mencari sesuap nasi. Mungkin masa tulah dia tertidur. Ralit sangat.

Elisya membetulkan baju kurung kuning yang dipakainya. “Berkedut sangat ke bang?” Darwish yang berada di sebelahnya menoleh kemudian menggeleng kecil. Didekati adiknya. “Tidur macam mana ni sampai tudung boleh jadi macam ni?” Tangannya lembut membetulkan tudung bawal yang melitupi aurat Elisya. Aqiel yang berada di hadapan mereka memerhati. ‘Manjanya… Kalau sekali pandang, nampak macam husband and wife.’ Ada nada cemburu di situ.

Mata Elisya ‘tertangkap’ sesuatu di pagar yang mereka lalui. ‘Universitas Padjadjaran?’ Langkah diteruskan. ‘Majlis Graduasi?’ Otaknya ligat memikirkan siapakah gerangan yang ‘patut’ graduate hari ini. Hanya satu wajah yang menerjah fikirannya. ‘Takkanlah dia. No way!’

“Abang. Sapa yang graduate? Kawan abang eyh?” Lengan Darwish dipaut manja. Bajunya dan Darwish ditempah khas oleh lelaki itu. Sedondon lagi! ‘Penting sangat ke orang tu sampai kena tempah baju segala?’

Darwish senyum lalu mengangguk. ‘Kawan abang, tapi ‘abang’ baby.’ Ayat itu tersekat dikerongkongnya. Tidak dapat dikeluarkan atau lebih tepat lagi, dia tidak bersedia untuk memberitahu perkara sebenar kepada Elisya.

“Kenapa kita tak masuk bang?” Elisya pelik apabila mereka hanya duduk di bawah khemah di luar dewan utama sahaja. “Parents dia lah yang masuk, kita tengok kat luar sudah lah.” Terang Darwish. Dia makin berdebar. Apakah reaksi yang akan Elisya berikan sebentar lagi?

“By, jom pergi cari hadiah untuk ‘kawan’ abang tu.” Darwish menarik tangan adiknya. Elisya hanya menurut. Sebelum melangkah, Darwish sempat menyoal keluarga di sebelah mereka. “Uncle, auntie tak nak pergi cari hadiah ke?”

“Tak apalah, kami takut terlepas. Kamu pergilah. Aqiel pergi sama. Cari apa yang sesuai.” Aqiel menurut perintah kedua-dua orang tuanya. Mereka melangkah seiringan. Elisya merapatkan dirinya kepada Darwish apabila dirasakan Aqiel semakin dekat dengannya.

“Keluarga yang lain tak datang sama ke Aqiel?” Soal Dariwsh. “Papa memang dua beradik je. Dua-dua laki. Pak Long and Mak Long kan ada dalam dewan. Atuk dah tua, tak larat nak ikut sama. Nenek dah meninggal tiga tahun lepas.” Aqiel menceritakan serba sedikit ‘sejarah’ keluarganya. “Habis tu atuk Aqiel sorang-sorang lah kat sana?” Aqiel menggeleng. “Ada maid tolong jaga. Kita orang dah ajak datang sama, tapi orang tua kan,biasalah. Susah nak tinggalkan kampung dia tu.” Sekali lagi Darwish dan Elisya mengangguk, faham.

Mereka memasuki gerai yang dipenuhi dengan pelbagai jenis dan rekaan bunga yang cantik. Memang menjadi kebiasaan, orang yang graduate akan dihadiahkan bunga, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Elisya pasti! Kawan yang dimaksudkan abangnya adalah ‘lelaki’. Boleh dikatakan Darwish tiada kawan perempuan. Kalau ada pun, mungkin tidak sampai sepuluh orang. Tu pun tidaklah seakrab mana pun. Elisya sendiri pelik dengan abangnya. Dari kecil sehinggalah dewasa. Aneh! Entahla…

Setelah membeli beberapa jambak bunga yang di’solek’ dengan cantik, mereka kembali ke bawah khemah tadi. Kelihatan para ‘pelajar’ sudah mula keluar dari dewan untuk berjumpa dengan rakan-rakan serta saudara mara yang hadir. Puan Najwa dan Encik Amran juga sudah tiada di tempat duduk mereka. ‘Mungkin pergi cari anak buah dorang kot…’ Fikir Elisya. Menurut Aqiel tadi, sepupunya yang ‘graduate’ hari ni.

Darwish menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang mencari kelibat si ‘dia’. ‘Mana ni?’ Elisya disebelah dipaut. Takut hilang.

“Awish!” Panggil satu suara. Darwish menoleh. Debaran makin berdendang dalam hatinya. Senyuman dihadiahkan kepada sang pemanggil. Elisya mengerutkan dahinya. ‘Tu bukan…..’ Elisya menggeleng laju. Menafikan kenyataan yang semakin terang bernyala. Tangan Elisya ditarik menghampiri pasangan suami isteri tersebut.

“Apa khabar ayah? Ibu?” Tangan Encik Zamri dikucup mesra kemudian menghadiakan senyuman penuh makna kepada Puan Ulfah. “Baby? Dah tak ingat kami ke?” Si isteri menyoal. Dalam keadaan yang masih terkejut, Elisya menghampiri wanita itu kemudian mereka bersalaman lalu berpelukan lama.

“Ibu rindu sangat dekat baby.” Luah Puan Ulfah tulus. Elisya menitiskan air matanya perlahan. “Baby pun…” Air matanya makin deras mengalir apabila pelukan itu diperkemaskan. Pandangannya ditala ke hadapan. Degupan jantung seolah-olah terhenti seketika. Wajah pemuda yang baru selesai berpelukan dengan abangnya ditatap lama sehingga pelukannya terlerai.

Pemuda itu menghampiri Elisya. Elisya kaku. Tidak tahu ingin berbuat apa. Fikirannya buntu, bercelaru. “Baby…” Panggil pemuda itu lembut dan perlahan. Sama seperti lima tahun lepas. Elisya ingin melangkah pergi tetapi tangannya dipaut Darwish. Entah bila abangnya berada di situ dia tidak pasti.

“Dengar dulu apa yang Abang Ayad nak cakap.” Langkahnya mati. Pandangannya dibiarkan melihat ke bawah. Tidak sanggup melihat sesiapa saat ini. Air matanya begitu murah sekali. “Jom pergi sana…” Ajak Zayyad. Elisya menurut perintah. Dalam masa yang sama terdetik hatinya, ‘Perlu ke aku ikut?’ Langkah tetap diteruskan ke bawah sebatang pokok rendang.

Aqiel ingin turut sama melangkah. Dia sudah tahu semua cerita tentang mereka berdua. Tetapi kerisauan tetap ada. Entah apa yang ingin dirunsingkan dia sendiri buntu mencari jawapan. Langkahnya dihalang oleh Puan Najwa. Mamanya itu menggeleng. Aqiel akur namun matanya tetap memerhati gelagat kaku dua orang yang disayanginya. ‘Disayangi?’

*

“Baby mesti upset sangat dengan abang kan?” Sunyi. Tiada sahutan daripada insan di sebelahnya. Zayyad sengih. “Bodoh abang kan, mestilah baby kecewa, marah dan benci abang kan?”

“Kalau abang bodoh, tak kan boleh jadi doctor?” Elisya menjawab kali ni. Dia ingin mendengar penjelasan yang bakal diberikan oleh ‘abang’nya itu. ‘Mungkinkah dia memaafkan lelaki itu?’

Zayyad gembira. Akhirnya Elisya bersuara juga. Rindunya pada suara itu hanya Tuhan yang tahu. “Baby nak tahu ke kenapa abang buat macam tu dulu?” Soalan ‘bodoh’ diutarakan. Elisya senyum kambing. “Kalau baby tak nak tahu, kenapa baby ikut abang?” Ada nada dingin di situ.

Zayyad senyum, tenang. “Abang sakit, penyakit berbahaya baby. Abang ada brain cancer. Second stage. Ibu and ayah risau sangat. Kanser baby, kanser. Baby tahu kan macam mana bahayanya penyakit tu? Dah la abang sorang je anak dorang. So, dorang decide nak buat rawatan kat Singapore. Abang terpaksa ikut dorang walaupun masa tu abang rasa memang abang tak boleh berpisah dengan baby. Baby ingat tak baby tanya abang kenapa abang tenung baby macam nak makan orang last time kita jumpa dulu?” Elisya mengangguk lemah. Air matanya kembali mengalir.

“Masa tu, abang rasa nak peluk baby. I feel like I wanna bring you with me. Tapi abang tahu, tu semua mustahil. Kita ada keluarga masing-masing. Memang abang rasa bersalah sangat sebab tak dapat tunaikan janji abang kat arwah mama and papa untuk buat baby happy selalu. Abang Awish cakap baby hampir ditahan di wad lepas abang pergi.” Nafasnya ditarik dalam-dalam. “Abang Awish?” Elisya pelik!

“Ye. Abang Awish. Abang Awish tahu semua cerita ni. Abang still berhubung dengan Abang Awish and he knew everything from the start. Baby jangan salahkan dia, abang yang tak kasi di bagitahu baby. Abang tak nak baby makin sedih. Walaupun kita kenal hampir dua tahun aja, tapi kita rapat like brother and sister. Tambahan pula, abang hadir dalam hidup baby masa baby betul-betul perlukan seseorang yang boleh gantikan tempat Abang Awish yang sambung belajar masa tu.” Zayyad berhenti di situ. Tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan. Wajah redup Elisya ditatap. Mungkin ‘adik’nya ini ada soalan yang ingin ditanya.

“Kenapa abang tak berterus-terang dengan baby dari awal?” Elisya tidak puas hati. “Macam yang abang cakap tadi, abang tak nak baby sedih. Abang tak nak baby ingat baby ditinggalkan lagi.” Pantas Zayyad menjawab.

“Habis tu, abang buat macam ni baby tak rasa ditinggalkan la? Abang buat macam ni, lagi lah baby rasa ditinggalkan tahu tak?” Sedikit keras nada suaranya. Sakit hatinya semakin terasa. “Abang tahu abang silap. Abang minta maaf sangat-sangat. Hope you can forgive me.” Zayyad merayu.

“Abang cakap abang pergi Singapore, but why you’re at Indonesia?” Elisya bertanya tanpa menjawab persoalan Zayyad tadi. Zayyad mengeluh. “Masa abang kat sana, abang dapat tawaran sambung belajar kat sini. Baby pun tahu kan, cita-cita abang dari sulu lagi nak jadi doctor kan? So, here I am.” Terang Zayyad lagi walaupun agak sukar untuk diterangkan.

“Kenapa abang tak balik masa arwah mama and papa meninggal?” Elisya masih ingat macam mana dia menunggu kedatangan Zayyad dan keluarganya untuk membantu menghilangkan kesedihan dia dan Darwish. Tetapi hampa, penantiannya hanya sia-sia.

“Abang tengah final exam masa Abang Awish called dulu. Allah aja tahu macam mana abang rasa time tu. Sad and guilty joined together. Tapi lepas abang solat jenazah untuk arwah, abang dapat kekuatan. Abang fikir positive. Abang kena buat yang terbaik untuk diri abang. Mama and papa mesti tak nak tengok masa depan abang musnahkan? Ibu and ayah memang tak boleh nak balik sebab masalah yang datang tiba-tiba. I’m sorry for that.” Sekali lagi Zayyad meminta maaf. Elisya mengangguk lembut.

“Ok! Baby accept all your reasons. But, don’t you ever do it again.” Elisya senyum mesra. Sudah lama dia menantikan saat ini. Saat di mana dia kembali beroleh seorang lagi ‘abang’nya. Atau lebih tepat lagi bekas jirannya. “Are you serious baby?” Tanya Zayyad tidak percaya. Elisya angguk lagi. Kali ini lebih meyakinkan. Zayyad rasa dia seperti di awang-awangan. Terbang bebas bersama burung-burung. Bebas daripada sebarang masalah. Kalaulah dia tahu penerimaan Elisya begini, pasti dia tidak akan mengambil masa yang lama untuk berterus-terang.

“Nah! For you.” Elisya menghulurkan sejambak bunga mawar segar berwarna merah hati diselang-seli dengan warna putih. “Abang punya?” Zayyad tidak percaya. “Yup! Tadi masa pergi beli bunga, abang suruh baby beli satu. Manalah baby tahu, abang yang graduate hari ni. So, baby main pick je. Sorry kalau tak cantik.” Zayyad menggeleng. “Abang suka sangat.”

“So, macam mana dengan sepupu abang tu?” Setelah beberapa minit senyap, Zayyad bersuara. “Sepupu abang?” Zayyad mengarahkan pandangannya ke arah lelaki yang makin hampir melangkah ke tempat mereka berdiri. “Kenapa dengan dia?” Pelik!

“Abang tengok macam sesuai aja dengan baby.” Usik Zayyad. “Abang!!!” Tinggi suara Elisya menengking ‘abang’nya dalam nada gurauan. Ketawa Zayyad meletus.

“Everything’s settled?” Aqiel yang baru tiba menyoal. Kedua-duanya mengangguk. “Dorang semua dah panggil, dah lewat ni.” Aqiel kemudian melangkah tanpa menghadiahkan sebarang senyuman. Zayyad sengih. Elisya hairan.

“Ada yang minta dipujuk tu baby.” Elisya bertambah hairan. Zayyad semakin geli hati melihat riak Elisya. “Aqiel cemburulah tu… Nanti cakap dekat dia, abang ni ‘abang’ baby je. Tak lebih pun.” Tuturnya bersama sisa tawa sebelum berjalan meninggalkan Elisya terpinga-pinga.

“Abang!!!” Elisya yang sedar dirinya diperli sekali lagi menguatkan suaranya. Geram!

*

“Aqiel!” Panggil Zayyad apabila dilihat langkah sepupunya itu semakin laju meninggalkannya. Dari universiti hinggalah mereka selamat sampai ke rumahnya, dia pasti Aqiel sengaja mengelakkan diri daripadanya.

Aqiel menoleh ke belakang. ‘Dah terlambat…’ Bisiknya sendiri. Senyuman tidak ikhlas dihadiahkan kepada satu-satunya sepupu bagi sebelah papa. “Aqiel marah Abang Yad ke?”

“Kenapa pula Aqiel nak marah abang?” Aqiel pura-pura bertanya. ‘Aqiel…Aqiel…’ “Everyone knows la Qiel.” Zayyad masih berkias. “Know what?”

“Know that you like baby.” Sengih Zayyad sudah keluar.

“No, I’m not!” Sangkalnya keras.

“Yes, you’re.”

“No, I’m not.”

“Betul!”

“Tak!”

“Kalau macam tu, boleh lah abang tackle di akan?” Usik Zayyad.

“No way!” Spontan jawapan yang keluar dari mulutnya. Tersedar dirinya sudah terlepas cakap. Pantas dia menekup mulutnya. Mukanya sudah merah padam.

“Kenapa tak boleh?” Zayyad masih galak menyakat. “Cause…Cause…” Aqiel buntu. ‘Idea please!’

“Ha! Cause she still young. Dia tak habis SPM pun lagi. Mana boleh bercinta lagi. Nanti macam mana nak concentrate kat study?” Agak munasabah jawapan yang diberikan oleh ‘idea’ Aqiel.

“Yea right! Ikutlah Aqiel nak mengaku ke tak. Abang tetap juga akan katakan yang Aqiel suka baby. Tak salah kalau Aqiel suka dia. Itu hak Aqiel. Tapi satu abang nak nasihatkan, tak perlu lah Aqiel bercinta sekarang. Macam yang Aqiel cakap tadi, korang SPM pun tak lepas lagi. Jangan nak fikir jauh sangat. Just follow the flow.” Zayyad menepuk-nepuk bahu sepupunya lembut kemudian melangkah ke ruang makan untuk makan malam bersama.

“Do I really like her?” Aqiel tertanya-tanya sendiri.

Tuesday, December 22, 2009

AAK? 11

“Pergi dulu auntie...” Elisya menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Puan Najwa. Mereka sudah berada di dalam Jakarta Soekarno Hatta International Airport. “Elisya nak pergi mana sayang?” Puan Najwa bertanya pelik tetapi huluran tangan Elisya tetap disambutnya.

“Nak ikut abang la...” Elisya menjawab dengan muka ‘innocent’nya. Mereka yang lain sudah tersenyum. Elisya pelik! ‘Emang salah apa yang aku omongin?’ Loghat bahasa Indonesianya sudah keluar. “Cuba sayang tanya abang, abang nak pergi mana.” Entah kenapa, Puan Najwa senang dengan Elisya. Sekali pandang, dia sudah jatuh sayang kepada anak itu apatah lagi setelah mendengar serba sedikit kisah mereka dua beradik daripada Darwish tadi.

“Abang?” Elisya merenung wajah abangnya. Meminta kepastian. “Don’t you hear what we’re discussing at KLIA?” Elisya menggeleng beberapa kali sambil tangannya mengeluarkan mp3 daripada beg jenama Levi’s yang berlisang elok di bahunya. Darwish menggeleng kepala. Tahu adiknya pasti tidak berminat untuk mendengar perbualan mereka kerana keluarga yang sedang bersama mereka adalah ‘keluarga-mamat-yang-buat-Elisya-nangis.’

“Kita akan bercuti bersama-sama.” Jawapan santai yang keluar daripada mulut Darwish menyebabkan mulut Elisya ternganga! ‘What?! Bercuti sama-sama? Dengan Aqiel?! No way!’ Kata-kata itu tidak dapat di’lontarkan’. Siapalah dia hendak membantah. Dia hanyalah seorang adik yang harus menuruti kehendak si abang yang sangat sayang padanya.

“Tak baik la nganga lama-lama. Entah berapa juta ekor syaitan dah masuk dalam mulut awak tu...” Aqiel mula membuka mulut. Dia sendiri terkejut dengan ‘hasil perbincangan’ mereka kerana dia juga tidak mendengar apa pun. Tetapi reaksinya tidak seperti Elisya, dia teramatlah gembira sampai tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Telinganya di’sumbat’ dengan handsfree mp3 manakala matanya ralit meneliti setiap inci wajah Elisya.

Elisya yang sedar dirinya ditegur segera menutup kembali mulutnya sambil beristighfar perlahan. Mukanya dipalingkan ke arah wajah yang berada di sebelah abangnya. Sesaat mereka bertentang mata, Elisya mengalihkan pandangannya ke arah orang tua yang kebetulan lalu di hadapannya. ‘Ade aku kesah?’

“Shall we go now?” Encik Amran yang hanya memerhati sedari tadi menyampuk. “Uncle dah booked transport. Kebetulan uncle sewa sebuah, so muat lah kalau Awish and Isya naik sama.” Sebelum ke mari lagi Encik Amran sudah menempah sebuah kenderaan yang dipanggil ‘Kijang’ untuk memudahkan pergerakan dia sekeluarga di sini. Memandangkan sebuah Kijang boleh memuatkan tujuh orang, jadi eloklah kalau Darwish dan Elisya ‘bergerak’ bersama-sama mereka.

“Tak menyusahkan uncle sekeluarga ke?” Encik Amran menggelengkan kepalanya. Puan Najwa dan Aqiel melakukan hal yang sama. Darwish senyum lega. Kebetulan dia pula tidak menempah sebarang kenderaan.

*

“Abang, don’t you tell me that we’ll go to Bandung? Why we’re here now?” Elisya pelik. Walaupun sudah hampir sepuluh tahun pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke Bandung, tetapi dia yakin, lapangan terbang tadi bukan lapangan terbang Bandung. Rata-rata signboard yang dia baca, mengatakan dia berada di Jakarta. Malah, anak kapal KLM tadi juga mengumumkan yang mereka berada di Jakarta dan bukannya Bandung.

“Event tu 24 hari bulan, sekarang ni kita tengok Jakarta dulu. Dulu kan kita tak sempat sampai sini. So, kita makan angin dulu before attend such a precious event.” Darwish berada di hadapan seat Elisya memusingkan sedikit badan untuk bercakap dengan adiknya itu. Elisya menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum berhenti dan... ‘event?’. Kemudian dia tersengih.

“Abang, u owe me something.” Elisya bersuara perlahan. “Berapa?” Elisya pelik. “Berapa apa?” Darwish sudah sengih nakal. “Abang hutang baby la.” Selamba dia menjawab. “Abang!!!” Muncung Elisya sudah keluar. Dia seolah-olah tidak sedar bahawa dia sekarang bersama-sama dengan ‘orang asing’.

Pecah ketawa Darwish melihat muncung adiknya. ‘Merajuklah tu...’. Aqiel turut sama ketawa, tapi tidaklah se’kuat’ Darwish. “Abang, you told me that I’ll know what event we are going to attend when we’re here right? So, tell me now.” Elisya menuntut janji abangnya. “Did I tell that you’ll know when you reached Jakarta? Not, right? I just told you that you’ll know when you reach ‘there’. ‘There’ here means the place where the event will be held. Get it, dear?”

Muka Elisya sekali lagi mencuka. Dipalingkan wajahnya memandang keadaan persekitaran kota Jakarta. Darwish senyum. Tahu rajuk adiknya bukanlah serius pun. Pasti ingin mengumpannya untuk memberitahu event apa yang bakal mereka pergi. “Baby...” Panggil Darwish perlahan. Elisya menatap wajah abangnya kembali. Pesan arwah mamanya masih diingat. ‘Macam mana marah pun kita, jangan sesekali pekakkan telinga kalau orang panggil. Apatah lagi dengan abang sendiri. Orang akan anggap kita ni tak ada adap.’ Dia takkan sesekali menderhakai abangnya.

“Sorry, ok? Abang bukan tak nak cakap. Kalau abang cakap, tak ada surprisenya. Tunggu la, berapa hari je lagi. Yang penting, baby akan selamat at this event. So, don;t worry, ok?” Darwish memujuk adiknya. Elisya mengangguk sambil tersenyum. Dia tahu, dia akan selamat bersama abangnya walau ke hujung dunia sekali pun.

Aqiel yang menjadi pemerhati kagum. ‘Elisya di sekolah dan Elisya di ‘rumah’ totally different.’ Dia lebih suka Elisya di ‘rumah’ yang manja, mudah senyum, banyak cakap dan macam-macam lagilah. ‘Kenapa Elisya dekat sekolah berperwatakan macam tu?’ Soalan itu kembali menerjah mindanya. ‘Sooner or later, I’ll know the ‘secret’.’

*

Memandangkan kesesakan lalu lintas di Jakarta agak teruk, mereka mengambil keputusan untuk makan malam dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pertama mereka.

“Uncle, malam nanti kita stay kat mana?” Ringan mulut Elisya bertanya menyebabkan Aqiel sedikit tersentak. ‘She asked my dad?’ Aqiel tidak percaya. “Kita stay kat Le Grandeur.” Elisya menganggukkan kepalanya. Apa yang nak dihairankan? Dia memang akan mudah mesra dengan orang yang boleh dianggap sebagai ibu bapanya. Hanya dengan rakan sebaya dia tidak ‘berani’ untuk ‘bermesra’. Kenangan ‘itu’ masih utuh di fikirannya.

*

Mereka telah sampai di Le Grandeur’s hotel. Hanya Encik Amran, Darwish dan pemandu pelancong mereka yang menguruskan bilik mereka. Puan Najwa, Aqiel dan Elisya menunggu di sofa yang disediakan di lobi hotel tersebut. Muka masing-masing telah bertukar lesu kerana kepenatan yang dirasai sepanjang perjalanan.

“Tak apalah uncle, biar saya yang bayar untuk bilik saya dan Elisya.” Darwish membantah apabila Encik Amran mengatakan dia akan bayar untuk semua bilik kepada pekerja di situ. “Tak apalah Awish, kamu berdua tanggungjawab uncle sekarang. Jadi apa salahnya kalau uncle yang tanggung semua perbelanjaan kamu di sini.” Kad kredit dihulurkan kepada pekerja yang hanya memahami beberapa patah perkataan sahaja daripada percakapan mereka tadi.

Darwish serba salah. Kalau tadi di restoran Encik Amran yang membayar semuanya dia tidaklah terasa apa-apa. Tapi sekarang masuk bab penginapan, dia jadi kurang selesa. Mereka baru sahaja berkenalan beberapa jam.

“Dah la tu, uncle dah anggap kamu dua macam anak uncle sendiri. Jom! Kesian mereka dah penat tu.” Encik Amran menepuk-nepuk bahu anak muda itu. Mereka berjalan beriringan menuju ke sofa yang tadi ditinggalkan sebentar.

“Bilik kita tingkat enam. Abang satu bilik dengan Abang Awish. Isya bilik sebelah korang. Bilik mama and papa sebelah bilik Isya.” Encik Amran menerangkan kedudukan bilik mereka.

Elisya yang baru tersedar daripada ‘nap’nya terkejut mendengar penerangan papa Aqiel itu. “Kenapa abang satu bilik dengan Aqiel? Kenapa tak satu bilik dengan baby?” Elisya tidak puas hati. “Bilik yang ada katil double-single dah habis. Tinggal bilik yang ada king size of bed je. So, takkan Awish nak tidur satu katil dengan Isya. Tak eloklah.” Encik Amran yang menjawab soalan yang sebenarnya ditujukan kepada Darwish. Elisya menundukkan kepalanya. ‘Macam mana nak tidur ni?’ Dia mula risau.

“Baby jangan risaulah, bilik kita ada connecting door lah.” Darwish bersuara apabila memandang riak runsing pada wajah adiknya. Elisya senyum terpaksa. ‘Baby nak satu bilik dengan abang!’ Bentaknya dalam hati.

“Jom! Dah lewat ni. Sampai bilik, jangan lupa solat and mandi dulu baru tidur.” Pesan Puan Najwa. Darwish, Aqiel dan Elisya menganggukkan kepala masing-masing hampir serentak. Semua beg pakaian mereka disusun di atas troli kemudian ditolak oleh pekerja hotel itu sendiri menuju ke bilik mereka.

Selamba sahaja Aqiel mengambil beg kain sembahyang Elisya memandangkan troli yang disediakan hanya muat untuk beg pakaian mereka sahaja. Elisya terkesima. ‘Tangan makhluk mana pula yang ambil aku punya beg ni?’ Tangannya yang hampir menyentuh beg bersegi empat itu diangkat kembali kemudian mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan punya tangan tersebut. ‘Oh no! Perlu ke dia yang bawa beg aku? Aku ada tangan lah.’ Gerutunya dalam hati. Tidak berani meluahkannya apatah lagi masih ada mama dan papa dia. “Awak dah penat kan...” Aqiel yang mengerti makna pandangan Elisya berkata.

“Beg tu kan ringan aja. Saya boleh bawa sendiri.” Tungkas Elisya. Aqiel mula melangkah meninggalkan Elisya dan Darwish di belakang. “Abang!” Elisya menoleh ke arah abangnya. Darwish hanya mampu mengangkat bahunya. ‘Macam-macam lah korang ni...’

*

Tok! Tok! Tok!

Bunyi yang terhasil daripada ketukan seseorang di pintu penghubung mengejutkan Elisya. “Siapa?” Elisya menghampiri bilik itu. “Abanglah.” Si punya tangan mula menyahut. “Aqiel ada ke?” Tudung berada di atas kerusi tidak jadi dipakai apabila abangnya memberitahu Aqiel berada dalam tandas.

“You can’t sleep right?” Elisya mengangguk. Memang sejak kecil lagi dia susah nak tidur apabila berada di tempat orang. Apatah lagi, tiada orang yang akan menemaninya malam ini. Pasti lena yang patut dirasai tidak akan diraih.

“Tak apalah, abang teman baby sampai baby tidur.” Putus Darwish. Tabiat adiknya satu ini sudah menjadi kebiasaannya kepadanya. “Aqiel?” Elisya menghampiri katil kemudian membaringkan badannya. Lega! Jam dikerling, 2:30 a.m. waktu Malaysia, bermakna sekarang dah pukul 1:30 a.m.. Patutlah matanya rasa begitu mengantuk.

“Aqiel bukan baby lah. He can sleep by his own.” Senyum Darwish. Dia duduk di birai katil sambil tangannya mengusap-usap kepala Elisya. Tidak sampai sepuluh minit, Elisya sudah lena. Pasti adiknya begitu penat. Kedudukan selimut diperkemaskan sebelum melangkah ke biliknya. Pintu penghubung dibiarkan sedikit terbuka.

“Elisya dah tidur?” Aqiel menyoal apabila kelibat Darwish sudah dilihatnya. Darwish mengangguk lemah. Dia juga merasa penat. “Dia memang susah nak tidur kat tempat orang. Kena ada yang teman, dodoikan, baru lah dia boleh tidur. Kalau tak, sampai pagi lah dia tak tidur.” Tanpa disoal Darwish membuka mulut bercerita kerenah adiknya itu. Aqiel tersenyum. ‘Inilah masa yang sesuai aku nak tahu ‘rahsia’ tu...’ Omel Aqiel sendiri.

“Abang Awish...” Panggil Aqiel perlahan. Darwish yang sudah bersedia untuk tidur kembali membukakan matanya. “Apa?” Aqiel serba salah untuk bertanya. ‘Kesian Abang Awish... Mesti dah penat.’ “Tak apalah abang, Aqiel tanya esok aja lah.” Aqiel mula menyelimuti separuh tubuhnya.

“Aqiel nak tahu pasal Elisya ke?” Darwish seolah-olah dapat membaca apa yang berada di kepala Aqiel. “Mana abang tahu?” Aqiel memandang wajah di sebelahnya penuh minat. “Abang ada sixth sense.” Canda Darwish.

“Ok-ok. Apa Aqiel nak tahu?” Aqiel teragak-agak untuk bersuara. “Selagi abang boleh cakap, abang cakap.” Darwish sudah kembali duduk. Aqiel turut serta. Mereka tahu, mereka akan ‘menghadapi perbincangan’ yang panjang.

“Kenapa Elisya bla bla bla...”

Kedua-duanya tidak sedar bila mereka terlelap sehingga akhirnya tersedar apabila terdengar alarm daripada telefon Darwish.

*

Destinasi mereka untuk membeli-belah di Jakarta adalah Mangga Dua. Tempat ini terkenal dengan pelbagai barangan yang dijual serta harga yang berpatutan.

“Saya boleh bayar sendiri lah! Abang dah kasi duit.” Elisya menghulurkan duit kepada si penjual. Aqiel merampas kembali duit itu kemudian memberikan duitnya. Si penjual mula pening dengan keletah mereka berdua. “Nah duit awak...” Aqiel menghulurkan kembali duit Elisya.

Tanpa menghiraukan Aqiel, Elisya bergerak ke kedai seterusnya. ‘Ade aku kesah?’ Sengihnya. Beg plastik di tangannya tiba-tiba dirampas. Elisya hampir menjerit meminta pertolongan tetapi setelah melihat ‘orang’ yang mengambil barangnya dia tidak jadi meminta tolong. Geram!

Aqiel meletakkan duit tadi ke dalam beg plastik itu kemudian dia membimbitnya. ‘Kenapalah ada makhluk macam ni kat dunia?’ Hati Elisya membengkak tetapi dia tidak kembali mengambil beg plastik itu. Malas nak bergaduh!

“Mana abang pergi ni? Takkan pergi tandas pun lama. Tak kuasa aku nak berdua-duaan dengan mamat ni lama-lama.” Bebel Elisya perlahan. “Apa awak cakap?” Aqiel tidak dapat ‘tangkap’ apa yang dikatakan Elisya kerana suaranya terlalu perlahan. Elisya menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Telinga litah apa dia ni.’ Elisya menghampiri Darwish apabila melihat abangnya itu melambaikan tangan ke arahnya.

Setelah puas membeli-belah, mereka kembali berjumpa di tempat pertama mereka berpisah. Tangan Encik Amran penuh dengan barang. ‘Mesti auntie punya kerja ni.’ Omel Elisya.

*

“Ntar, kita balik lagi ke hotel. Solat juga rehat bentar. Pas jam 5 sore, kita berangkat ke Senayan Mall.” Kata pemandu pelancong yang dipanggil Pak Taufik. Mereka semua mengangguk faham.

Barang-barang yang di’borong’ tadi ditinggalkan sahaja di dalam kijang. Mereka kembali ke bilik masing-masing untuk berehat. Tepat jam 5 petang, mereka bertolak ke Senayan Mall. Entah apa lagi yang akan dibeli kali ini.

“Abang. Jom beli!” Elisya menarik tangan abangnya memasuki kedai Famous Amos. Sejak di KLIA lagi dia teringin nak makan tetapi tidak sempat. Aqiel turut masuk ke kedai itu. “Aqiel nak yang mana?” Soal Darwish. Elisya yang sibuk memilih biskut tidak menghiraukan lelaki itu. “Tak apalah bang, share je lah nanti.” Darwish membuat pembayaran kemudian mereka keluar menuju ke kedai lain.

“Nak!” Aqiel meminta biskut daripada Elisya. Elisya yang leka mengunyah menghulurkan plastik Famous Amos kepada Aqiel. ‘Muka tak malu...’

“Teman saya pergi sana.” Aqiel menudingkan jari ke arah butik Bonia. Elisya kakukan dirinya. “Pergilah, abang dah penat sangat ni. Abang tunggu sini. Takut nanti uncle and auntie cari.” Arah Darwish. Dengan berat hati Elisya melangkah jua.

“Awak rasa yang mana suit dengan mama?” Aqiel menunjukkan beberapa jenis beg tangan kepada Elisya. Elisya menjongkitkan bahunya. “Please lah... Saya tak tahu nak pilih yang mana ni.” Aqiel membuat muka simpati. “Saya pun tak tahu.” Akhirnya Elisya bersuara juga.

“Takkan lah kot. Awak kan perempuan.” Aqiel tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Elisya. “Ada awak nampak saya pakai handbag ke?” Suaranya mula meninggi. “Ok-ok. Kita sama-sama pilih ek. Nanti nak kasi present kat mama. Birthday mama dah dekat.” Aqiel memberi cadangan. ‘Kita? Perlu ke ‘kita’?’ Elisya pelik!

“Ok! Setuju this one?” Aqiel memastikan sekali lagi sambil mengangkat beg tangn yang berwarna putih itu. Elisya menganggukkan kepalanya. Aqiel senyum. Walaupun Elisya terpaksa, Aqiel tetap merasakan kebahagian di situ. Dia akan pastikan Elisya tidak akan merasa terpaksa suatu hari nanti.

Tuesday, December 8, 2009

AAK? 10

“We are going to Bandung this holiday.” Beritahu Darwsih kepada adiknya yang khusyuk ‘menghadap’ laptop di atas katil biliknya. Laptop itu dihadiahkan kepada Elisya sempena hari lahirnya yang ke enam belas baru-baru ini.

“Bukan ke kita dah pergi ke dulu?” Elisya memperbetulkan duduknya, memerhati abangnya yang kini berada di sebelahnya. “Yea! But kali ni special sikit. Ada event penting yang kita kena attend.” Dalam makna kata-kata Darwish kali ini. “What event bang?”

“Secret! You’ll know when you reach there.” Sengih Darwish. Suka melihat muka ‘ingin tahu’ adiknya. Elisya menghampiri abangnya, tangannya laju mengurut-urut bahu Darwish dengan kata lain dia ingin mengorek rahsia yang disimpan abangnya. “Tak payah nak urut-urut abang. Macam lah abang tak tahu yang baby tu nak bodek abang kan? Tak kira apa yang baby buat, I won’t tell you. Just wait and see.” Tutur Darwish tanpa menghentikan pergerakan tangan adiknya yang cukup menyegarkan. Hilang rasanya penat seharian bekerja. Adiknya memang pakar dalam urut-mengurut, arwah mama punya warisan. Tetapi akhir-akhir ini, Elisya jarang mengurutnya kerana sibuk dengan peperiksaan akhir tahun yang begitu penting untuknya.

“Ala abang ni… Tak best la main rahsia-rahsia ni. Cakap lah bang. Kalau abang tak cakap, baby tak nak ikut.” Ugut Elisya. Darwish ketawa kecil mendengar ugutan yang langsung tidak berbekas di hatinya. “Macam lah baby boleh berpisah dengan abang lebih daripada sehari kan? Paling minimum pun baby akan demam.” Ketawa Darwish makin galak. Tahu adiknya itu tidak mungkin dapat berpisah dengannya lebih daripada dua puluh empat jam. Sebab itulah ke mana sekali pun dia pergi, Elisya pasti ada bersama.

“Dulu masa abang belajar kat UK, baby ok je. Dulu enam bulan sekali baru abang balik, lagi lama.” Elisya cuba mempertahankan dirinya.

“Don’t you remember what did happen to you at the first week I left you here?” Darwish cuba mengimbau kenangan lalu. Kenangan yang tak mungkin dilupakan. Kenangan yang menyebabkannya tidak dapat tidur lena ketika minggu pertama berada jauh dari tanah air.

“What?! Baby demam panas? How could it happened mama?” Soal Darwish laju. Terkejut dia mendengar perkhabaran daripada mamanya. “Dia demam rindu. Tiap-tiap malam meracau panggil nama abang aja.” Beritahu Puan Ibtisam.

“Mama, abang balik ye ma?” Tidak sanggup Darwish hanya mendengar khabar itu. Dia sendiri ‘sakit’ menahan rindu kepada keluarganya di tanah air terutama adiknya, Elisya. Mereka berdua sangat rapat walaupun perbezaan umurnya dengan Elisya sedikit jauh. Sembilan tahun bukanlah alasan untuk mereka tidak mesra seperti adik-beradik yang lain. Apatah lagi, hanya mereka berdua permata hati papa dan mama. Memang diakui, sejak kecil mereka jarang berpisah malah mungkin tidak pernah sekalipun. Rindunya pada ‘si adik’ sangat menyeksakan.

“Tak payah la bang. Abang baru aja dua hari kat sana. Minggu orentasi pun baru mula kan? Takkan abang nak tinggal macam tu je?” Puan Ibtisam sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan anak sulungnya itu. Kalau suaminya tahu, pasti perkara sama dilakukan. “Abang tukar college la ma. Ambil college dekat-dekat rumah pun ok apa ma? Stay kat rumah, ulang-alik pergi college.” Walaupun memang impiannya sejak kecil untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, tetapi demi adik, dia sanggup berkorban. Mana ada abang yang sanggup melihat adiknya sedih sedangkan dia sedang bergembira.

“Abang! Apa abang cakap ni? Kalau dengar dek papa, kecil hati papa. Abang jangan risau sangat. Pasal baby, biar mama dengan papa yang uruskan. No need to worry. Dia just terkejut aja tiba-tiba tak ada abang yang nak teman dia main, makan sama-sama. Sehari dua lagi oklah tu. You just concentrate on your study. Get the flying colours result.” Pesan Puan Ibtisam. Pening kepalanya memikirkan kerenah kedua-dua anaknya yang seperti kembar, langsung tidak dapat berpisah.

“Abang!” Sedikit keras urutan Elisya kali ini. Geram dengan tabiat abangnya yang suka termenung, mengalahkan perempuan. Dia faham, banyak perkara yang harus difikirkan abangnya. Sebab itu, dia cuba sebaik mungkin untuk tidak menambahkan lagi beban kepada Darwish.

“Sorry. Baby cakap apa tadi?” Perasaan bersalah menyelubungi dirinya kerana membiarkan Elisya bercakap sendirian. “Nothing lah. Abang ni suka sangat termenung. Banyak masalah ek? Share lah dengan baby.”

“Mana ada masalah. Kalau ada masalah, tak perlu baby suruh, babylah orang pertama yang abang share masalah abang tau. That’s our deal right?” Perjanjian yang dibuat selepas kematian kedua-dua orang tua mereka hampir setahun yang lalu. ‘Masalah abang, masalah baby. Masalah baby, masalah abang.’ Itulah perjanjian mereka.

“Habis tu, apa yang abang fikirkan tadi?” Tangannya masih ligat mengurut abangnya. “Abang just ingat kenangan dulu.” Terang Darwish pendek. “Ni mesti nak ejek baby ni kan?” Duga Elisya.

“Mana ada. Tak ada niat pun tau.” Kata Darwish seolah-olah merajuk. “Abang tak payah la buat-buat merajuk. Gaya macam baby tak tahu yang abang buat-buat merajuk je.” Elisya tahu abangnya saja nak mainkan perasaannya. Merajuk konon!

*

‘Macam pernah ku lihat wajah ini, tapi di mana ya?’ Monolog Aqiel sendiri. Meniru percakapan orang-orang dahulu dalam cerita klasik yang ditontonnya semalam. “Serius! Aku pernah tengok mamat ni… Kat mana ek?” Mindanya berputar untuk mengingati wajah di skrin komputernya kini.

“Aku ingat!” Laungnya tiba-tiba. “Mamat-entah-dari-mana yang gatal dengan Elisya tu.” Terbayang di matanya ‘kagatalan’ lelaki itu dengan Elisya. ‘Elisya pun satu! Layan!’ Marahnya pada Elisya walhal Elisya tiada di depannya.

“Darwish Rayyan.” Perlahan nama ‘mamat’ itu dibaca. “Addlah.” Entah macam mana dia boleh terjumpa facebook lelaki itu dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, lepas solat zohor tadi dia tersangatlah bosan. Di ‘on’kan komputer kemudian terus ke laman facebook. Setelah semua ‘notifications’ dibuka, dia mengusha facebook kawan-kawannya. Sampai di facebook sepupunya, dia tergerak hati untuk mengusha ‘friends’ sepupunya itu. Mana tahu ada lagi sepupu-sepupunya yang dia tak add. Alih-alih terjumpa pula facebook mamat-entah-dari-mana ni.

Lima minit kemudian, satu notif masuk. ‘Dia dah accepted aku.’ Tanpa berlengah, dia click di ‘Darwish Rayyan.’ Profile mamat itu diteliti satu persatu. Ada niat di situ. Tapi biarlah rahsia. ‘Tak ada pun.’ Tuturnya perlahan menandakan dia kecewa. ‘Takkanlah dia tak ada facebook.’ Masih tidak berpuas hati. Dia kemudian click pada ‘Friends.’ Satu persatu kawan Darwish diteliti. Lima belas minit kemudian, dia kembali kecewa.

“Ha! Tengok info.” Setiap butir di page itu tidak ditinggalkan. ‘Status: Its complicated. Pegang sana-sini tak nak mengaku lagi ke? Takut saham turunlah tu.’ Gerutunya sendiri. ‘Kesian Elisya.’ Simpatinya tumpah pada perempuan itu. Berkasih bagai nak rak, tapi tak diakui oleh sang lelaki.

Gambar-gambar Darwish kini dijelajahnya. Merah padam mukanya apabila melihat gambar-gambar tersebut. Majoriti gambar-gambar itu, gambar Darwish dan Elisya. Satu persatu gambar itu dilihat. Setiap caption dibaca. Panas hatinya tatkala membaca captions tersebut. Kebanyakannya, ‘my baby, ‘abg n baby’, ‘syg baby’, ‘u r da one n only’ dan sebagainya. Bagaikan sebilah pedang sedang membelah dadanya kini. Sakit yang amat sangat. Dia tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Sedihnya melebihi sedih ketika dia ingin berpisah dengan kawan-kawannya dulu. ‘I hate this feeling!’

Setiap comments pada gambar-gambar itu dibaca. Sakit hatinya bertambah parah apabila rakan-rakan lelaki itu memuji mereka. Aduh! Parahnya rasa ini. Tangannya berhenti menekan ketika membaca satu komen ini. ‘Miss her damn much!=(.’ Aqiel terkejut. Kenapa sepupunya itu komen begitu? Apa hubungan mereka? Bertambah pelik apabila Darwish membalasnya dengan, ‘ Sape suruh Ayad tiggal dia… She’s very sad bro.’ ‘Takkanlah mamat ni ambil ‘bekas’ kawan kot?’ ‘I’ve my own reason bang n u noe dat rite?’ Sepupunya membalas. ‘Yeah, I noe it but she didn’t noe dat. y don’t u tell her da truth? even though she didn’t tell me, but I noe she missed u like crazy…she’s my sis n I noe her in n out.’ Berulang kali ayat itu dibacanya. Sungguh! Dia tidak percaya. ‘She’s my sis?’ Ayat itu berulang kali berlegar di kepalanya. ‘Adik dia?’ Soalnya pada diri sendiri. Tidak percaya.

Beberapa detik kemudian, senyuman terukir dibibirnya. ‘Selama ni aku salah paham. Elisya adik dia je. Banyaknya dosa aku mengutuk dorang sebelum ni. Bilalah nak minta maaf.’ Seminit kemudian, senyumannya tiba-tiba mati. ‘Tapi apa hubungan dia dengan Abang Yad?’ Persoalan itu pula merunsingkannya.

Profil sepupunya yang tadi hanya diusha sepintas lalu kini kembali ditatapnya. Statusnya kini, ‘Waiting for the graduation day. Hope to see her again. Please bring her to me bang…=(‘ Teringat kata-kata mamanya yang mengatakan sepupu sulungnya itu kini menunggu hari graduasinya. Komen Darwish di status itu menyentaknya. ‘Insya-Allah…’

‘Apa makna semua ni? Apa hubungan mereka? Dorang couple ke dulu?’ Pelbagai persoalan di mindanya sekarang. Semuanya membuatkannya tidak senang duduk. Teringat pelawaan mama dua hari lepas. ‘Hanya dengan cara ni, semua rahsia aku boleh tahu.’ Pantas dia berlari ke bilik mamanya.

“Mama…” Pintu bilik mamanya diketuk perlahan. Jam tangannya dikerling, 4 petang. ‘Takkan mama tidur kot.’ “Masuklah, tak kunci.” Terdengar suara mamanya memberi kebenarannya untuk masuk ke dalam bilik itu.

“Ada apa bang?” Tanya Puan Najwa apabila anaknya itu sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. “Mama buat apa?” Tanyanya sebagai mukadimah perbualan mereka. “Tengok tv.” Jawab Puan Najwa kemudian kembali menonton cerita yang disiarkan di Discovery Channel.

“Mama…” Panggilnya manja. “Ya sayang.” Tv sudah ditutup. Perhatian diberikan sepenuhnya kepada Aqiel. Pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan anaknya itu. “Mama dah booked ke ticket nak pergi Abang Yad punya graduation?” Wajah putih mamanya ditatap penuh kasih.

“Belum lagi, kan hari tu abang cakap abang tak confirm lagi nak pergi ke tak. So, mama tak book lagilah. Kenapa?” Kata Aqiel, dia tidak tahu lagi mahu pergi atau tidak kerana ada reunion dengan kawan-kawan lamanya di Melaka.

“Abang nak pergi ma.” Tekad jawapan Aqiel! Dia harus meringankan kesakitan hatinya kini. “Habis reunion abang?” Dalam gembira Puan Najwa bertanya. “Tak apalah, lain kali mesti dorang buat lagi. Graduation Abang Yad sekali ni aja.” Puan Najwa senyum. “Ok. Boleh tolong mama tak?” Mamanya sudah tersengih. ‘Ada lah tu.’ Fikir Aqiel.

“Mama nak suruh abang yang book ticket kan?” Aqiel dapat mengagak apa yang terkandung dalam fikiran mamanya. Puan Najwa senyum lalu mengangguk. “Which plane?” Kadang-kadang menjadi tugasnya untuk menempah tiket. Selalunya mamanya yang tempah.

“KLM. Pergi 21 hari bulan, balik 26 hari bulan.” Putus Puan Najwa. Keputusan itu diambil oleh dia dan suaminya. “Ok madam!”

*

“Baby, bukan Aqiel ke tu?” Darwish menuding jarinya ke arah lelaki yang memakai pakaian serba hitam beserta topi di kepala menyebabkan Darwish sukar mengenalinya. Elisya memandang ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh abangnya.

‘What?! Apa pula dia buat kat sini? Takkan lah satu flight kot.’ Gerutu Elisya dalam hati. “Betul kan baby?” Darwish cuba mendapatkan kepastian. Elisya mengangguk lemah.

Aqiel merasakan ada mata yang memandangnya. Dia menoleh, ‘Elisya?’ Dia tersenyum apabila melihat Abang Darwsih juga sedang memerhatinya. ‘Abang Darwsih? Sejak bila aku dapat mandat panggil dia macam tu?’ Aqiel ketawa kecil.

Aqiel berjalan perlahan-lahan menghampiri kedua-dua adik-beradik itu. “Hye! Elisya.” Aqiel tahu, pasti Elisya masih marah akannya. ‘Kalau tak marah pun, belum tentu dia nak cakap dengan aku. Diakan ‘stone’ si tiada perasaan.’

Elisya senyum nipis lalu memalingkan wajahnya ke arah lain. Meluat rasanya memandang wajah yang kini berada di hadapannya. “Hye! Aqiel kan? Darwish, abang Elisya. Panggil Abang Awish je.” Darwish menghulurkan tangan untuk bersalam. Aqiel membongkokkan sedikit dirinya untuk menyium tangan ‘Abang Awish’. ‘Sekarang aku dah dapat mandate nak panggil dia macam tu.’

‘Abang ni kenapa? Bukan ke dia tahu ke Aqiel ni lah yang buat aku nangis tu. Kenapa baik pula?’ Selama ini abangnya itu memberi amaran kepada sesiapa yang membuatnya menangis. Tapi kenapa dengan Aqiel dia lain? Elisya pelik!

“Nak pergi mana ni?” Darwish mula ramah dengan Aqiel. “Sama dengan korang.” Tanpa berfikir dia menjawab. “Mana Aqiel tahu kami nak pergi Indonesia? “ Aqiel tersentak. ‘Macam mana boleh terlepas ni? Mati kau Qiel. Nak jawab apa ni?’ Ligat otak Aqiel memikirkan jawapan yang sesuai diberikan. Darwish tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. ‘Aqiel…Aqiel…’

“Pergi dengan sapa ni?” Darwish menukar topik, kesian melihat muka gelisah Aqiel. “Dengan mama and papa. Dorang ada kat sana.” Aqiel menunjuk tempat orang tuanya sedang duduk di kerusi mengadap tingkap melihat keadaan di luar balai berlepas itu. Dia melangkah menghampiri ibu bapa Aqiel untuk bersua muka. Tangan Elisya ditarik supaya mengikutnya.

“Ma, pa… Ni kawan abang, Elisya. Ni abang dia, Darwish.” Aqiel memperkenalkan Elisya dan Darwish kepada Encik Amran dan Puan Najwa. Darwish bersalaman dengan papa Aqiel kemudian memberikan senyuman kepada mamanya. Elisya pula sebaliknya menyalami mama Aqiel lalu memberi sebuah senyuman kepada papanya.

Kemudian mereka berbual panjang sebelum memasuki ke dalam perut pesawat. Elisya hanya bersuara apabila ditanya. Marahnya pada Aqiel masih bersisa. Mata Aqiel pula tidak lepas memandang wajah masam Elisya. ‘Mesti marah lagi ni…’ Fikirnya.

Friday, November 20, 2009

AAK? 9

“Kenapa tak nak bagi abang hantar ni? Kesian Pak Mail, malam-malam kena bawak kereta lagi. Kalau abang hantar kan senang.” Marah Darwish dengan nada suara perlahan. Tidak pernah dalam hayatnya dia meninggikan suara kepada adiknya.

“Tak nak la bang. Nanti kalau abang hantar, bising satu kelas nanti. Kiri kanan tanya baby pasal abang. Serabut nanti.” Elisya memberi sebab kenapa dia tidak mahu Darwish yang menghantarnya ke jamuan kelas sekejap lagi. Pengalaman telah mengajarnya. Setelah Darwish menjemputnya dari sekolah setelah selesai sesi latihan bola jaring tahun lepas, rakan-rakannya sibuk menanya perihal abangnya. Hampir dua minggu dia diaju pelbagai soalan tentang abangnya itu. Pening kepala dibuatnya.

“Ok! Abang accept baby punya reason kali ni. But, balik nanti abang jemput. No excuses! Kesian Pak Mail, entah pukul berapa jamuan baby habis.” Sedikit tegas suaranya memberi arahan. Lambat-lambat Elisya mengangguk.

“Baby pergi dulu bang. Nanti baby telefon yea!” Seperti biasa, dihampiri Darwish dan menyalami tangan abangnya lalu dicium kedua belah pipi itu. Darwish berpesan supaya berhati-hati sebelum mengucup dahi adiknya.

*

“Ada apa-apa lagi baby?” Soal Pak Mail setelah semua barang yang berada dalam bonet kereta dikeluarkan. Elisya perhati semua barang yang ada di hadapannya. “Ini aje kot Pak Mail.” Pak Mail mengangguk kemudian meminta diri untuk pulang.

Elisya melihat jam tangannya, baru pukul 8 malam. Majlis akan bermula pukul 8 setengah malam nanti selepas selesai solat Isyak berjemaah. Dilihat sekeliling kantin sekolahnya. Setengah daripada pelajar kelas 4AC sudah sampai. Masing-masing kalut membuat persiapan terakhir dengan menyusun makanan yang dibawa.

Elisya mengalihkan pandangannya ke arah bekas besar yang dipenuhi dengan ayam yang telah diperap dengan rempahnya. ‘Macam mana aku nak angkat ni? Mahu keluar isi perut aku kalau angkat ayam tujuh ekor ni. Tu la, tadi gatal sangat tak suruh Pak Mail letak sana terus.’ Omelnya sendiri.

‘But, belum cuba belum tahu…’ Dengan lafaz bismillah, Elisya cuba mengangkat bekas itu. Tetapi malang, langsung tiada ‘respon dari bekas’ itu. Percubaan kali keduanya juga gagal. ‘Macam mana ni? Aku nak minta tolong sapa ni?’

Aqiel yang sedari tadi memerhati gelagat Elisya menguntum senyum. ‘Nak minta tolong pun susah ke?’ Aqiel menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menghampiri Elisya. “Need some help?” Tanyanya seperti orang bodoh.

Elisya terkejut apabila disapa begitu. Wajah dihadapannya diperhati. Aqiel? Nama lelaki itu sudah diingati. Aqiel pun Aqiellah. “Boleh tolong angkat ayam-ayam ni ke sana tak?” Tangannya menuding ke bahagian tepi kantin yang menempatkan tempat pembakar. “Sure!” Dengan bangga Aqiel ‘mengangkat’ bekas besar itu. Tetapi hanya sedikit sahaja terangkat. Elisya ‘buat-buat’ pandang ke arah lain. ‘Tadi bangga sangat. Ingat ringan ke benda ni?’

“Tak payahla awak buat-buat tak nampak. Tolong la angkat sama. Berat la.” Aqiel yang sedar dirinya diperhati bersuara. Elisya membongkokkan badannya kemudian membantu Aqiel mengangkat bekas berisi ayam-ayam yang bakal dibakar sebentar lagi. Entah kenapa Aqiel merasa degupan jantungnya makin laju apabila Elisya hampir dengannya. Wajah Elisya yang berkeringat menunjukkan dia sedang menanggung ‘beban’ yang sangat berat diperhati. Manis sangat!

“Awak!” Bum! Sudah terlambat. Aqiel sudah terlanggar tiang di belakangnya. Secara automatik Aqiel melepaskan bekas yang diangkat. Elisya yang tidak dapat menampung berat ayam-ayam itu turut melepaskan bekas itu lalu terjatuh di atas kaki Aqiel. “Auchh! Sakit!” Tempik Aqiel kuat. Rakan-rakannya yang mendengar tempikan Aqiel mula menghampiri mereka berdua.

“What…” Belum sempat Munzir menyoal, dia sudah melihat keadaan sahabatnya itu. Laju sahaja Munzir dan Aniq mengangkat bekas itu lalu diletakkan di tepi mereka. “Apahal ni? Asal bekas ni boleh ada atas kaki kau?” Fawwaz yang turut sama berada di situ menyoal.

“Kau tanya la minah ni. Dah la suruh orang tolong dia angkat bekas berat tahap tak ingat dunia ni, boleh pula dia tak kasi tahu aku ada dinding belakang aku tadi.” Matanya menala ke arah Elisya yang masih terkejut. Dia sebenarnya bukan marah sangat dekat Elisya, tetapi nak tutup malu punya pasal, dia sound ‘stone’ ni depan-depan.

“Eyh! Awak jangan nak salahkan saya key! Dah berapa kali saya panggil awak, awak langsung tak dengar.” Elisya membela dirinya. Memang betul. Sebelum kejadian bekas-hempap-kaki-Aqiel tadi, dia sudah beberapa kali memanggil Aqiel tapi langsung tiada respon. Entah apalah yang difikirkan lelaki itu.

“Tak payah nak buat cerita lah. Kalau awak panggil saya, kenapa saya tak dengar? Awak nak cakap saya pekak ke?” ‘Kau memang tak pekak, tapi kau syok usha Elisya sampai tak dengar dia panggil kau.’ Kata-kata itu keluar dari hatinya yang tidak pandai berbohong.

“Awak! Erghhh…” Laju dia meninggalkan kantin. Pelajar-pelajar lain hanya memerhati, tidak berani bersuara.

“Kau boleh jalan tak ni?” Tanya Munzir risau. “Boleh la sikit-sikit.” Tangannya menyambut huluran tangan Fawwaz yang ingin membantunya bangun. Sakit kakinya sangat terasa apabila kakinya mula menampung badannya.

“Dah! Korang semua siap untuk solat Isyak. Girls yang ehem-ehem tolong siapkan apa yang still tak kemas.” Arah Aniq kepada semua anak buahnya. Masing-masing kalut ke surau yang terletak di belakang Blok Cempaka.

*

Elisya menangis teresak-esak. “Tak patut betul dia buat aku macam tu. Apa dia ingat dia bagus sangat ke? Betul apa aku dah panggil dia banyak kali tadi. Takkan aku dah hilang ingatan kot? Aku tak ada cakap pun dia pekak. Boleh je kalau dia nak salahkan aku, tapi tak payah lah nak tengking-tengking aku macam tu. Family aku pun tak pernah tinggi suara kat aku. Apa mandat dia nak ‘angkat’ suara kat aku?” Ujarnya dalam sendu sendirian.

Entah apa yang membuatkannya begitu berani berada di tangga berhampiran dengan tandas seorang diri. Marah plus sedih barangkali. Handphone dalam begnya dikeluarkan. Nombor telefon abangnya didail.

“Assalamualaikum baby. Dah habis ke? Kata start pukul 8 setengah. Ni baru pukul 8.40 pm. Or baby ada tertinggal something?” Belum pun sempat Elisya bersuara, suara abangnya lebih dulu menyoal dengan pelbagai soalan.

“Abang…” Panggilnya dalam esak yang masih tersisa. “Baby? What happened? Why are you crying dear?” Risau sungguh nada suara abangnya. Elisya tersenyum seketika. “I’m fine la. I’m not crying bang. Baby bersin, banyak habuk tadi.” Elisya mengawal suaranya. Tidak mahu Darwish risau walau pada hakikatnya abangnya itu sudah TERisau.

“Sejak bila baby pandai tipu abang ni?” Soal Darwish lembut. Masakan dia yang membesar dengan adiknya itu tidak dapat membezakan tangisan dengan bersin? Mustahil! Dia yakin, adiknya pasti sedang menangis.

“Sorry bang. Didn’t mean it. Baby tak nak abang risau aja. Tadi baby memang nangis. But now, I’m totally fine after hearing your voice.” Suara Elisya kembali ceria. “Apasal nangis? Something bad happened?”

“Nothing la.” Dalih Elisya. “Sejak bila baby pandai berahsia dengan abang ni?” Nada suaranya menunjukkan dia tidak puas hati dengan jawapan Elisya. “Sorry bang. I’ll tell you later yeah! Promise!” Elisya cuba memujuk abangnya. Dia tahu abangnya itu sedang terasa hati dengannya.

“Baby nak abang datang ambil sekarang ke?” “No. I’ll be fine here. Don’t worry. I’ll call you later yea bang. Got to go. Majlis dah nak mula. Love you so much bang! Assalamualaikum.” Talian segera diputuskan. ‘Kesian abang.’

‘Sorry Elisya.’ Kata-kata itu hanya terungkap dalam hati. Tidak tahu mengapa berat mulutnya untuk meminta maaf. Padahal sebelum ini, dia senang mengaku kesalahannya kemudian meminta maaf. Segala perbualan Elisya dengan ‘seseorang’ tadi didengarinya. Entah kenapa dadanya seolah-olah tak dapat bernafas. Sesak rasanya.

*

Aqiel memerhati Elisya dari jauh. Gadis itu bersendirian di penjuru kantin bersama seketul ayam dalam pinggan di tangannya. Langsung tidak menghiraukan fenomena sekitarnya.

“Pergilah minta maaf.” Tegur Harith perlahan. Dia tahu Aqiel sedang berperang dengan perasaannya sendiri. “For?” Aqiel mengeluarkan soalan bodoh. “You know the reason man.” Harith melangkah pergi untuk mengambil air.

Aqiel melangkah dengan beraninya menghampiri Elisya. Punggungnya dilabuhkan berhampiran Elisya. Hanya sekaki memisahkan mereka. Sedikit sukar untuk Aqiel duduk akibat kecederaan kakinya tadi.

“Elisya.” Panggil Aqiel perlahan. Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Elisya. Malah, Elisya langsung tidak menoleh ke arahnya. ‘Marah ke dia kat aku?’ Soal Aqiel sendiri.

“Elisya, saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut tengking awak tadi. Saya terlepas cakap. Sorry ek!” Aqiel bersuara sedikit kuat. Elisya yang sedang ‘khusyuk’ mendengar lagu ‘never be replace’ nyanyian 1st lady tersentak. ‘Ada orang cakap dengan aku ke?’ Ditoleh wajahnya ke arah suara yang sama-samar di dengarnya tadi. ‘What the hell is he doing here?!’ Marahnya dalam hati.

Mp3 yang berada di ribaannya diambil lalu dikuatkan volume supaya dia tidak dapat mendengar langsung butir bicara Aqiel. Sakit hatinya masih bersisa. Aqiel yang memerhati hanya kaku. Langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan. ‘Dia dengar tak aku cakap tadi?’

*

Elisya menghampiri kereta abangnya dengan senyuman meleret. Rutin biasa dilakukan. “Ni semua barang?” Soal Darwish. Elisya hanya mengangguk. Satu per satu bekas-bekas kotor itu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Elisya turut membantu.

“Done! Sure nothing missing baby?” Tanya Darwish sebagai kepastian. “Yup! Very sure!” Elisya mengangguk yakin. “Ok! Now kita boleh balik, dah lewat sangat ni.” Elisya menuju ke tempat sebelah pemandu. “Abang wait!” Elisya melangkah ke arah Cikgu Nurin yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap pelajarnya dijemput oleh keluarga masing-masing.

“Saya balik dulu cikgu. Maaf kalau selama ni saya ada buat salah. Insya-Allah, kalau umur masih panjang, kita jumpa tahun depan.” Ucapnya sambil menyalami tangan mulus guru muda yang ditemani adiknya. Kepala Elisya diusap penuh kasih.

Pintu kereta dibuka dan dia memboloskan diri ke dalam kereta kesayangan abangnya itu. Sampai di pintu pagar sekolah, Pak Isa tersenyum melihatnya. Cermin kereta diturunkan. “Jumpa lagi Pak Isa.” Ujarnya sambil melambaikan tangan. Darwish menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat akan orang tua itu.

“You owe me a story baby.” Darwish membrek kereta di hadapan lampu isyarat yang sudah bertukar warna merah. “Do I?” Elisya sengaja mengusik. “Baby…” Suara Darwish memberi amaran. “Ok I’ll tell you.” Elisya menceritakan segala yang terjadi di jamuannya tadi.

*

“Abang, macam mana kaki?” Puan Najwa menyoal kerisauan. Emak mana yang tak risau apabila mengetahui anaknya cedera. Apatah lagi anak tunggal. “Sikit je ma. It’ll be fine in a couples days.” Aqiel meyakinkan mamanya.

“Sini, papa papah naik atas.” Encik Amran memapah anak muda itu ke biliknya. Puan Najwa ke dapur untuk mengambil sedikit air batu kemudian dibalut dengan tuala nipis.

“I can do it by my own ma. Just get your sleep ma.” Aqiel mengambil ais yang dibalut dengan tuala itu daripada mamanya. Mamanya akur kemudian keluar daripada bilik anak bujangnya itu.

Dalam fikirannya hanya satu sekarang. Elisya! Perasaan bersalahnya makin membuak. ‘Macam mana nak minta maaf? Esok dah start cuti. Nombor telefon tak ada. And aku berani bet lah, tak ada sorang pun tahu nombor telefon dia.’

Aqiel kemudian terlena dengan fikiran yang bercelaru. Moga-moga Tuhan memberi petunjuk kepadanya esok. Ameen…

Sunday, November 8, 2009

AKK? 8

“Yea!!!” Sorak pelajar kelas 4A1 setelah selesai menduduki kertas terakhir bagi peperiksaan akhir tahun. Gaya macam dah habis SPM. Masing-masing berasa lega. Seksa mereka selama hampir dua minggu habis sudah.

“Korang! Cikgu Nurin suruh tunggu kat kelas dulu. Jangan balik lagi.” Umum Aniq kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka semua mengeluh dan kembali meletakkan beg-beg mereka di atas kerusi.

“Duduk semua. Cikgu tak lama pun.” Arah Cikgu Nurin apabila melihat pelajar-pelajarnya berdiri tanda menghormati dirinya sebagai seorang guru. “Cikgu masuk ni nak tanya pasal jamuan akhir tahun kelas kamu. Ada apa-apa cadangan?” Wajah-wajah dihadapannya di pandang.

“Camping!” Laju jawapan keluar daripada mulut Munzir. “Eyh kau ni Zir, kau sedar tak yang sekarang ni dah nak musim hujan. Ada hati nak camping.” Sindir Muna. Langsung tak setuju dengan idea kawan sekelasnya itu. Munzir hanya senyap. Dalam diam dia mengiakan kata-kata Muna tadi.

“Alaaa… Buat jamuan biasa-biasa sudah la cikgu. Senang and save budget.” Cadang Izzah. “Tak syok la jamuan biasa-biasa je. Kau ni Izzah, nama aja anak businessman tapi kedekut.” Perli Fawwaz. ‘Minah ni memang la, kedekut tak bertempat.’

“Bukan kedekut la, Allah tak suka hambanya yang berlebih-lebih. Takkan tu pun kau tak tahu.” Balas Izzah pula. Rakan-rakan lain hanya bersorak mendengar ucapan Izzah. Aksi jeling-menjeling antara Izzah dan Fawwaz semakin galak.

“Sudah! Sudah! Kamu semua ni. Cuba berbincang cara baik. Jangan nak main perli-perli, sindir-sindir pula.” Nasihat Puan Nurin. Pelajar-pelajarnya senyap. “Kamu Elisya, ada apa-apa cadangan?” Tanya cikgu muda itu kepada Elisya. Sedari tadi dia tengok Elisya tidak ‘bersama’ dengan rakan-rakannya yang lain berbincang.

Elisya buat muka blurr, tak tahu nak jawab apa. Ligat otaknya memikirkan jawapan yang wajar diberikan. Pelajar-pelajar lain ‘tekun’ memerhati gelagatnya. Sudah biasa. “BBQ.” Jawab Elisya pendek. ‘Boleh la kot.’ Fikirnya.

“Betul cikgu. Sejutu!” Cepat Harith menyokong cadangan Elisya. “Setuju!” Sampuk suara lain. “Setuju!” Ada lagi suara yag menyokong. Puan Nurin tersenyum. Diam-diam ubi berisi. “Baiklah! Semua setuju?” Tanya Puan Nurin sebagai kepastian. “Setujuuuuuuu!” Jawab pelajar-pelajarya yakin. Ada juga sekadar mengangguk.

“Baiklah, BBQ. Bila, di mana dan berapa budjet tu nanti kamu bincang sendiri ok. Memadangkan Elisya yang bagi cadangan ni, cikgu nak Elisya jadi ‘kepala’ kepada rakan-rakan lain. Boleh Elisya?” Wajah Elisya yang setia dengan buku catatannya digamit. Sekali lagi Elisya terkejut. ‘Perlu ke aku jadi ketua? Kalau tolak, nanti cikgu kecewa pula, kalau tak tolak aku nak buat apa. Aku tak tahu apa-apa la.’ Lambat-lambat Elisya mengangguk. Puan Nurin tersenyum lagi, kemudian melangkah keluar.

Semua pelajar senyap, tidak tahu apa yang harus dibincangkan. Semuanya memikirkan masalah yang sama. ‘Dengan minah ni macam mana nak bincang?’ Bila persoalan itu timbul, semua pelajar mula mengeluh.

Dengan wajah yang tidak beriak seperti selalu, Elisya melangkah keluar kelas. Beg sandangnya diperkemaskan supaya berada ditempat yang selesa. Destinasinya hanya satu, kereta abangnya. ‘Rakan-rakan’ yang lain juga mula melangkah keluar sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu hendak berbuat apa.

“Weyh korang! Korang rasa BBQ nanti jadi tak?” Wajah kawan-kawannya ditatap satu persatu untuk mencari jawapan. “Asal kau tetiba tanya macam tu? Bukan tadi cikgu dah cakap ke? Jadi la tu.” Aniq mengemas barang-barang yang masih bersepah di atasnya mejanya. Tadi ketika rakan sekelasnya sibuk mengemas barang masing-masing, dia tidak sempat kerana sibuk mencari cikgu.

“Boleh harap ke si ‘stone’ tu?” Soal Munzir lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan Aniq tadi. “Alaaa… Kan cikgu dah bagi tanggungjawab kat dia, pandai-pandailah dia nanti. Lagipun, bukan dia sorang yang bertanggungjawab. Kita semua pun. Cuma tanggungjawab dia tu besar cikit.” Suara Harith yang berada di pintu kelas bersuara. Sabar menunggu kawan-kawannya yang mengambil begitu banyak masa untuk mengemas barangan sendiri.

“Aku setuju la dengan Zir tu, korang fikir ek. Macam mana dia nak bincang dengan kita semua? Suara dia kan merdu macam Datuk Siti. Mahal! Tak pun, mulut dia full dengan bongkah emas tak?” Sakan Fawwaz mengejek. Gelaknya bergabung dengan gelak Aniq dan Munzir sementara Aqiel hanya tersenyum nipis.

“Korang tak baik la mengata dia. Tahulah dia macam mana nak settle kan semua tu.” Sangkal Harith. Dia tidak suka kawan-kawan rapatnya menjadi orang yang gemar mengata tentang keburukan orang. Balasannya pasti setimpal. “Relax la bro, aku gurau je. Jangan touching weyh! Tahu lah kau dah tangkap cintan dengan dia.” Ujar Fawwaz dalam nada gurauan. “Betul ke kau dah tangkap cintan dengan minah tu Rith?” Aqiel yang diam sejak dari tadi bersuara. Kata-kata Fawwaz tadi ‘menangkap’ fikirannya yang tadi entah ke mana.

“Asal kalau aku dah tangkap cintan dengan dia? Kau jealous ke?” Gurau Harith. Padahal dia tidak mempunyai sebarang perasaan aneh terhadap Elisya. Hanya tertarik dengan perwatakannya dan ingin mengenalinya dengan lebih dekat. “Aku?! Jealous?! Sorry bro. Perkataan tu tak ada dalam kamus hidup aku. Kalau kau dah tangkap cintan dengan dia, aku rasa baik kau buang jauh-jauh perasaan kau tu. Dia dah ada pakwe la.” Terang Aqiel. Entah betul entah tidak apa yang diperkatakannya.

“Ha?! Mana kau tahu?” Hampir serentak Harith, Munir, Fawwaz dan Aniq bertanya tidak percaya. Pelbagai andaian yang ada dalam fikiran masing-masing. “Aku pernah terserempak dengan dorang.” Malas Aqiel menjawab. Tidak mahu memanjangkan cerita. Moodnya ‘hilang’ apabila teringat tentang Elisya dengan ‘mamat-entah-dari-mana’ tu.

“Mana kau tahu tu pakwe dia? Entah-entah abang dia ke.” Aniq masih tidak dapat menerima kenyataan itu. “Gaya miang semacam, aku tak rasa tu abang dia la.” Terbayang adegan-adegan Elisya dan mamat tu. Geli!

*

“Abang! Mati lah baby bang.” Belum sempat Darwish duduk di sofa untuk menghilangkan lelah seharian di pejabat, dia sudah disergah olah adik perempuannya itu. Ditarik tubuh Elisya supaya duduk disebelahnya. Walau bagaimana letihnya dia, kerenah Elisya harus dituruti. “Kenapa ni? Risau semacam aja abang tengok.” Kepala adiknya digosok penuh kasih.

“Cikgu suruh baby jadi leader untuk jamuan akhir tahun nanti.” Ucapnya meminta simpati. “What?! Macam mana boleh jadi macam tu?” Darwish tidak percaya. Macam mana adiknya yang paling tak talkative boleh jadi leader?

“Macam ni………bla bla bla.” Elisya menceritakan apa yang terjadi di dalam kelas selepas peperiksaan tadi. “You need to help me bang.” Elisya menyudahkan ceritanya. “Of course I’ll help you dear. But…..” Darwish menunjukkan ke arah pipinya. Cup! Ciuman Elisya melekat di situ sesaat. “Thanks bang.”

“My pleasure. So, how’s your exam? OK or KO?” Darwish mengarahkan ibu jarinya ke atas kemudian ke bawah. “Macam biasa.” Pendek jawapan yang diberikan. Darwish mengerti. ‘Ada yang OK dan ada juga yang KO.’ Itulah jawapan ‘biasa’ yang Elisya berikan. “I know my sis. Lepas Isyak nanti abang kasi tahu apa yang patut baby buat ok?” Elisya senyum lalu mengangguk. Tidak dapat dibayangkan macam mana keadaannya tanpa Darwish di sisi setiap masa.

*

Elisya melangkah ke kelasnya dengan penuh debaran di dada. Satu persatu ajaran abangnya semalam terlintas di fikirannya. Sampai sahaja di kelas, keadaan kelas seperti biasa. Elisya memandang ke sekeliling kelas, mungkin satu atau dua orang yang tidak hadir ke sekolah. Maklumlah, baru habis exam. Yang datang ni pun pasti nak tahu apa yang aku buat. Fikir Elisya.

Masa pertama berlalu tanpa sebarang pembelajaran. Hari ini memang sudah diumumkan bahawa pelajar tingkatan empat tidak belajar. Beri peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang jamuan yang akan diadakan.

Elisya bangun perlahan-lahan kemudian berjalan menuju ke depan kelas. Pelajar lain memandangnya tidak berkelip. Langkahnya diatur kemas. Sampai sahaja di destinasinya, dia menarik nafas kemudian lepas, tarik… lepas, tarik… lepas. ‘Kawan-kawannya’ yang lain menguntum senyum. Lucu! Elisya langsung tidak kesah.

“Assalamualaikum.” Elisya memberi salam. Pecah ketawa pelajar kelas 4A1 terutama pelajar lelaki. Elisya pelik. “No need to be so formal la Elisya. Kau bukan nak buat syarahan pun.” Laung Mazlan yang terkenal dengan perangai nakalnya. ‘Sabar Elisya, sabar.’ Pujuknya pada diri sendiri.

“Salah ke kalau aku kasi salam? Setahu aku, orang yang tak jawab salam tu yang berdosa. Memberi salam adalah sunat, menjawab salam adalah wajib. Aku hanya nak pahala sunat aja. Korang punya pasal la nak jawab or nak gelak. None of my business!” Tegas kata-kata Elisya. Pelajar lain terkedu kecuali Harith. Harith tersenyum, dia bangga dengan Elisya. Sedikit demi sedikit perangai Elisya terserlah.

“Ok! Back to our topic. Korang semua tahu kan, aku jadi leader tuk majlis tu nanti. Walaupun aku leader, aku tak boleh nak buat sesuka hati aku. Aku perlu cadangan dan bimbingan daripada korang semua.” Elisya berhenti dan menarik nafas sebelum menyambung. “Pasal bila dan di mana. Any ideas?” Elisya memandang satu persatu muka terkejut di hadapannya. Entah apa yang difikirkan oleh mereka langsung tidak dipeduli.

“This weekend.” Cadang Harith. Pelajar lain memandangnya tidak percaya. Macam mana la mamat ni boleh beriak selamba. Langsung tiada riak terkejut di wajahnya. “Ok juga tu. Ada bantahan?” Gelengan daripada semua pelajar sebagai jawapan. “Kalau BBQ, biasanya orang buat malam kan? Ada siapa-siapa yang tak boleh datang malam tak?” Sekali lagi gelengan sebagai jawapan. “Where?” Soal Elisya lagi. “Sekolah!” Jawab Muna yang mula ‘masuk’ dalam perbincangan itu. “Setuju?” Anggukan sebagai jawapan. Elisya pelik, sejak bila budak kelas ni pandai senyap? Biasanya tak ada peluang langsung nak dengar budak-budak ni diam time cikgu tak ada.

“Ok! Masalah tu dah selesai. Now budget. Aku rasa korang tak ada masalah kewangan kan?” Sekali lagi anggukan sebagai jawapan. “Kalau macam tu, aku ada cadangan. Kita tak payah kumpul duit. Sorang kena ada satu barang yang perlu dibawa. How about it?” Idea abangnya semalam diguna pakai. “Setuju!” Jawab Harith dan Muna serentak.

Selepas hampir sejam membahagikan tugas dan barang yang harus dibawa. Perbincangan kali ini berakhir. Semua pelajar sudah mula biasa dengan keadaan itu. Mereka berharap, Elisya akan selalu banyak cakap macam tadi. Persepsi mereka yang dulu tentang Elisya terhapus serta-merta.

Harith berjalan menuju ke tempat duduk Elisya dan Aqiel. “Main menu kita ayam kan?” Elisya mengangguk, Aqiel hanya memerhati. “Why not kita tukar? Kau bawak ikan, aku bawa ayam.” Kata Harith sambil tersenyum.

“Kenapa?” Soal Elisya pendek. Matanya langsung tidak memandang wajah di hadapannya. “Kau kan perempuan, berat nak bawak berkilo-kilo ayam tu. Kalau ikan kan ringan sikit.” Harith memberi alasan. “Aku bukan jalan kaki datang sini, naik kereta. So, kalau berat pun, kereta yang rasa, bukan aku.” Elisya memandang sekilas ke arah Harith. Lelaki itu masih lagi tersenyum. Aqiel di sebelahnya menahan tawa. Takut nanti kawannya itu terasa. “Oklah kalau macam tu.” Langsung tiada nada kecewa dalam percakapannya.

Lihat sahaja Harith sudah kembali ke tempatnya, Aqiel mengambil buku latihan Add Math di bawah meja kemudian menutup mukanya. Tawanya meletus juga. Entah kenapa gembira ‘menyelubungi’ dirinya kini. Adakah kerana Elisya tidak ‘melayan’ Harith tadi? Dia sendiri tidak mendapat jawapan. Elisya pelik!

Wednesday, November 4, 2009

AAK? 7

Aqiel kembali ke kelasnya untuk mengambil buku latihan sejarah yang tertinggal. Buku yang dicari diambil dan ingin melangkah pergi kerana Pak zaid sedang menunggunya. Tetapi kakinya tidak jadi melangkah kerana ternampak sesuatu di bawah meja Elisya.

Aqiel mencapai ‘sesuatu’ itu. ‘Bukan ke ni buku catatan si ‘stone’ tu ke?’ Aqiel tertanya-tanya sendiri. Halaman di hadapannya kini dibaca. ‘BABY LOVE ABANG?!!!’ Berkali-kali ayat itu dibaca. Corak-corak di sekeliling ‘statement’ itu ditatap. Cantik! Pandai juga minah ni melukis. ‘Happy 25th Birthday.’ Ayat di sisi bawah helaian itu membuatkannya bertambah terkejut.

‘Minah ni ada pakwe ke? Takkan lah. Gaya dingin semacam. Ada yang sangkut ke? Kalau betul pakwe dia, tak tua sangat ke mamat tu? 25 tahun tu… Agak-agak la tak laku pun. Abang dia? Kalau abang dia, ‘Baby’ tu pasal pula? Aish! Confuse betul aku macam ni.’ Aqiel menggaru-garu belakang kepalanya beberapa kali.

‘Wey Aqiel! Yang kau sibuk pasal ‘stone’ tu pasal ape? Bukan masalah kau pun. Mamat tu abang dia ke pakwe dia ke. Apa aku kesah? Dia punya pasal la tu.’ Marahnya pada diri sendiri. Buku catatan Elisya diletak ke dalam laci meja Elisya.

‘Sorry ‘stone’, aku terbaca. TER ok.’ Ucap Aqiel sendiri sebelum berlalu pergi. Dia berlari –lari ke kereta apabila teringat Pak Zaid pasti sudah lama menunggu.

*

‘Ya Allah… Alhamdulillah. Jumpa juga buku ni. Naik sasau aku cari kau tahu?’ Bagaikan orang ‘tak betul’ dia menyoal. Segala kerunsingannya semalam sudah hilang. Masih terbayang di mata, bagaimana kalut dia, abangnya, Mak Som dan Pak Mail mencari buku catatannya itu seluruh rumah. Sebelum operasi ‘mencari buku catatan baby’ berlangsung, Elisya sempat berpesan supaya tidak membaca sebarang catatan dalam bukunya. ‘Kalau abang yang baca, kantoilah.’

Aqiel di sebelah hanya memerhati riak Elisya bak baru terlepas daripada dikejar anjing. Gila release! Apa yang penting sangat dengan buku tu pun dia tak tahu. Halaman yang dibaca semalam terlintas di kepalanya. ‘Patut lah…’

*

Elisya menyalami tangan abangnya seusai solat Isya’. Mak Som dan Pak Mail tidak berjemaah bersama kerana mereka masih tidak pulang ke rumah sejak petang tadi. Katanya ke market. Entah apa yang dibeli,Darwish sahaja yang tidak tahu.

“Kenapa lambat sangat Pak Mail dengan Mak Som ni?” Kerisauan Darwish jelas kelihatan di wajahnya. Elisya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

“Abang risau lah.” Darwish bersuara lagi. “Tak payah cakap pun baby tahu. Tengok keadaan abang yang tak boleh duduk diam tu dah tahu sangat yang abang risau dengan mereka.” Naik lenguh tengkuk Elisya melihat gerak-geri abangnya. Kejap ke kiri, kejap ke kanan.

“Abang takut something bad happened la by. Macam mana ni?” Darwish mula memikirkan perkara-perkara yang mungkin terjadi kepada kedua orang tua itu. “Abang ni… Insya-Allah tak ada apa-apa.” Matanya tetap tidak lari dari memandang wajah risau abangnya itu. Nak tergelak pun ada juga.

“Abaaaaaaaang…...” Manja nada suara Elisya. Darwish yang mendengar suara manja Elisya segera melabuhkan punggung di sebelah Elisya. Kepala adiknya itu diusap lembut. “Ye baby, baby nak apa?” Keriasauannya terhadap Pak Mail dan Mak Som diketepikan. Tiada yang lebih penting daripada Elisya dalam hidupnya.

“Baby mengantuk la…” Sengaja Elisya menguap. Matanya dibuka separuh sahaja, ingin menunjukkan dia benar-benar merajuk. Darwish jatuh kesian kepada adiknya itu. “Ok! Jomlah naik atas, abang teman.” Ditarik tangan Elisya supaya bangun.

Elisya sengih ‘jahat’. Dia beriringan dengan abangnya menuju ke tingkat atas. Darwish kerling jam dinding di tepi tangga, ‘Baru pukul 9.30.’ Dia pelik, Elisya biasanya tidur pukul 10 lebih. ‘Penat mungkin.’ Fikirnya.

“Baby tidurlah, abang tunggu sini.” Ucap Darwish setelah mereka berada dalam bilik Elisya. Dihampiri Elisya kemudian dia mengucup dahi bersih adiknya itu. Elisya tersenyum lalu menyalami tangan Darwish.

Komputer di sudut kiri bilik itu di’switch on’. Elisya yang sudah berselimut dipandang sementara menunggu komputer milik Elisya itu loading. Sambil tunggu Elisya tidur, lebih baik dia main game.

Elisya membuka kelopak mata apabia terdengar bunyi kerusi ditolak. Abangnya sudah bangun untuk keluar bilik. ‘Alamak! Macam mana ni? Habis la rancangan aku!’ Elisya berkira-kira sendiri.

“Bang…..” Panggil Elisya perlahan. Darwish yang ingin memulas tombol pintu membatalkan niatnya. Elisya dihampiri. “Kenapa tak tidur lagi ni? Tadi kata mengantuk.” Darwish duduk di birai katil berhampiran kepala Elisya.

“Baby tak boleh tidur lah… Mengantuk, tapi mata tak nak lelap.” Adu Elisya manja. Darwish tersenyum. “Tunggu kejap. Nanti abang datang balik ek.” Darwish bangun. Elisya memegang tangan abangnya. “Nak pergi mana?” Soal Elisya dengan nada suara mengantuk yang dibuat-buat.

“Adalah… Kejap aja. Five minutes ok?” Elisya hanya mengangguk kemudian memandang sekujur tubuh abangnya keluar bilik.

Darwish kembali ke bilik Elisya dengan beberapa buah buku di tangan. Senyuman diberikan kepada Elisya yang memandangnya dengan seribu tanda tanya.

“Which one?” Darwish menayangkan buku yang ada di tangannya. “Abang biar betul? I’m sixteen now bang.” Elisya tidak percaya dengan idea bangnya itu. Buku-buku di tangan Darwsih ditatap satu persatu. Semua buku itu kepunyaannya semasa dia kanak-kanak. Semuanya fairy tales. Tahulah dia ke mana Darwsih tadi. Pasti ke perpustakaan mini rumah mereka.

“Apa salahnya? Dulu kan mama, papa or me bacakan buku-buku ni kalau baby tak boleh tidur. Why not we try it again? Mana tahu jadi.” Darwish memberi cadangan. “Ok! I want you to read ‘Snow White’ for me.” Pinta Elisya. “My pleasure dear.” Darwish mengambil tempatnya kembali. Dibuka muka surat pertama kemudian dia memulakan bacaannya.

“Baby?” Panggil Darwish perlahan apabila dilihat Elisya sudah memejamkan matanya. “Ye.” Jawab Elisya sambil membuka kembali matanya. ‘Nasib baik aku tak lelap terus tadi.’ Gerutunya.

“La… Tak tidur lagi ke?” Elisya mnggelengkan kepalanya. “Ok! Now what?” Buku-buku tadi kembali dihadap ke muka Elisya supaya memilih satu daripadanya. Elisya tersenyum kemudian menunjuk ke arah buku ‘Cinderellla’. Sekali lagi Darwish membaca.

Dipertengahan bacaannya, lampu tiba-tiba padam. Elisya segera bangun memeluk tubuh abangnya. “Takuuut.” Katanya.

“Tak ada apa-apa.” Darwish membalas pelukan adiknya. Tahu adiknya takut berada dalam kegelapan. Seakan trauma! “Jom turun! Kita tengok apa yang jadi.” Ajak Darwish. Elisya hanya menurut. Tanganya kejap memeluk lengan Darwish.

Sampai sahaja di anak tangga yang terakhir, lampu berkelip-kelip menyala kemudian terdengar suara-suara mengalunkan lagu ‘Happy Birthday To You’. Dipandang Mak Som, Pak Mail dan Elisya silih berganti. Dikerling jam dinding, pukul 12. Patut laaa…

“Sapa punya idea ni?” Tanya Darwish serius. “Baby!” Jawab Pak Mail dan Mak Som serentak. Darwsih mengahampiri Elisya dengan riak wajah yang serius. Elisya sudah takut. “Abang…Baby mintak sorry kalau abang marah. I just want to make it surprised.” Ucap Elisya perlahan tanpa memandang wajah ‘garang’ Darwish.

Darwish mengangkat muka Elisya supaya menghadap mukanya. “Thanks baby. I appreciate it. Serious!” Senyuman manis diukir buat yang tersayang. “Abang tak marah?” Matanya dikedipkan. Darwish menggeleng.

“Thanks bang. Anyway, Happy 25th Birthday! You’re old now. Should get married as soon as possible.” Sengih Elisya nakal. Seperti biasa hidungnya ditarik manja. “For my beloved plus lovely plus the only bro that I have.” Ucap Elisya bangga sambil menghulurkan kotak berwarna hijau. Warna kegemaran abangnya.

“Thanks by. Statement baby tadi tu betul ke? Betul ke abang ni the only bro that you have ha?” Usik Darwish sambil membelek-belek kotak indah di tangannya. Elisya malas menjawab soalan itu. Biarlah semua yang terjadi menjadi kenangan. Malas dikenang kisah lama!

“Nah abang. Kami pun ada hadiah cikit ni. Tak adalah berharga sangat pun.” Huluran Mak Som disambut dengan senang hati. Hatinya dirundum pilu. Tahun sebelumnya, pasti dia akan mendapat empat jenis hadiah wajib daripada ahli keluarga. Tahun ni? Hanya dua. Hadiah daripada mama dan papa tiada. Be strong! Dia tidak mahu hanyut dalam perasaannya sendiri. Pasti Elisya sedih nanti.

*

“Abang, abang pergi la mana-mana dulu. Nanti lepas mama habis kat sini, mama call. Or abang nak tunggu?” Serkap Puan Najwa walaupun dia tahu Aqiel tidak mungkin akan menunggunya membeli alat solek ini. Lama katanya.

“Tak apalah. Abang pusing-pusing dulu. Nanti macam biasalah, ‘calling-calling’.” Aqiel menunjukkan ke arah telefon bimbitnya sebelum berlalu tanpa arah tuju. ‘Tu la, gatal sangat nak ponteng sekolah, kan dah kena teman mama shopping.’ Rungutnya sendiri.

Puas berjalan akhirnya Aqiel mengambil keputusan untuk duduk dibangku sambil memakan aiskrim. Diperhati sekeliling shopping complex, tidak ramai manusia yang lalu lalang memandangkan hari ini hari sekolah walaupun ada juga segelintir pelajar yang melepak sana sini.

Dalam ligat otaknya memikir ke mana tujuannya selepas ini memandangkan mamanya tidak menelefon lagi, dia terpandangkan seseorang yang mungkin dikenali. Dia lagi? Buat apa kat sini? Kantoi ponteng sekolah.

Aqiel membatalkan keinginannya untuk menegur Elisya apabila seorang lelaki menghampiri gadis itu dengan senyuman lebar. Mamat ni lagi? Wait! Baju yang dipakai lelaki itu diperhati lama. ‘Macam pernah tengok aja, kat mana ek?’ Tanya Aqiel pada diri sendiri.

‘Ha!!! Corak dalam buku ‘stone’, sebijik macam corak baju mamat tu pakai.’ Setelah lama berfikir, akhirnya dia mendapat jawapan itu. ‘Tahulah sayang, tapi takkan lah sanggup pakai baju macam tu, perempuan punya baju la.’ Bebel Aqiel lagi. Geli geleman Aqiel melihat adegan di hadapan matanya kini. Aksi suap-menyuap Elisya dengan mamat yang entah dari mana datangnya itu.

‘Apa sangatlah yang menarik tentang mamat tu pada Elisya. Nak kata handsome, memang handsome tapi aku rasa handsome aku lagi. Nak kata kaya, manalah aku tahu dia kaya ke tak tapi yang pasti aku memang kaya. Pewaris tunggal ni. Nak kata baik, aku rasa tak kot. Kalau baik takdanya main usik-usik anak gadis orang. Main pegang-pegang. Hish! Berbulu mata aku. Kalau aku, takkan pegang-pagang selagi tak pegang title ‘bini’ aku. Dah tu, sanggup pula bawak anak dara orang keluar time sekolah. Ajar budak tu ponteng! ’ Tanpa sedar, Aqiel telah membandingkan dirinya dengan mamat di sebelah Elisya. Entah kenapa, dia rasa iri hati. Dengan mamat tu, boleh pula dia bercakap, senyum, malah gelak sama. Kalau dengan dirinya, sifat ‘stone’nya akan muncul.

“Abang tengok, budak laki tu dari tadi lagi tengok sini. Kenal ke?” Soal Darwish kepada adiknya. Elisya menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan abangnya. “Aqiel?!” Soalnya tidak percaya. “Baby kenal?” Elisya menganggukkan kepalanya. “Classmate baby.”

“Yang duduk sebelah baby dalam kelas tu ek?” Entah kenapa dia merasakan budak lelaki itulah yang pernah menjadi topik perbualan mereka dulu. “Yup! Mana abang tahu?” Elisya pelik. “Instinc.” Jawabnya selamba. “Tak nak pergi tegur ke?” Usik Darwish walaupun dia sudah tahu jawapannya. “Perlu ke?” Elisya kembali menyuakan aiskrim ke mulutnya. “Terpulang.” Jawab Darwish sebelum mengangakan mulutnya, mengisyaratkan Elisya supaya menyuapkannya dengan aiskrim yang masih berbaki. “No need at all.”

Aqiel melempar senyuman yang tidak ikhlas kepada ‘mamat’ Elisya apabila mereka berdua sudah perasan akan kelibatnya di situ. Telefon yang bergetar dalam poket jeansnya dikeluarkan. ‘Mama’. “Ok, abang datang sekarang.” Talian diputuskan.

Saturday, October 17, 2009

AAK? 6

Selepas seminggu berada di bumi sakura yang amat mendamaikan itu, Darwish dan Elisya kembali ke tanah air. Kalau diikutkan hati, memang mereka ingin menambah cuti mereka, tetapi memandangkan sekolah akan dibuka dua hari lagi, mereka membatalkan niat mereka.

Darwish dan Elisya menghabiskan masa mereka dengan mengunjungi tempat-tempat menarik di Jepun. Mereka hanya tidur beberapa jam sahaja sehari. Penerangan sedikit sebanyak daripada ‘tourist guard’ tentang bandar-bandar yang mereka lawati telah menambahkan lagi informasi sedia ada mereka terhadap bandar itu.

“Thanks again bang.” Darwish mengangkat kening. “For the trip.” Elisya sengih. “Yang ni dah masuk kali kelima baby ucap terima kasih. Dah-dah la tu. Macam tak biasa pula.” Darwish tidak tahu kenapa adiknya mengucapkan terima kasih berkali-kali padanya. Rasanya itu tidak perlu. Dia gembira adiknya gembira.

“Thanks cause fulfilled my dream. Going to Japan is one of my biggest dreams. You know that right?” Elisya bersyukur, akhirnya dia dapat menjejakkan kaki ke Jepun sebelum nyawanya ‘diambil’.

“No prob lar baby, I’ll do anything for you. You know that too right?” Elisya mengangguk perlahan. Dia sentiasa bersyukur kepada Ilahi kerana mengurniakannya seorang abang yang sangat baik.

“hacccum…” Elisya tiba-tiba bersin.

“Baby? Are you ok?” Darwish risau. Kalau adiknya sudah mula bersin, alamatnya demam menanti untuk menyerang tubuh Elisya. Itu perkara wajib! Elisya mengangguk. Darwish melekapkan tangannya di dahi Elisya. ‘Hurmm… Tak panas pun.’

“Tunggu sini kejap, abang pergi cari panadol. Jangan pergi mana-mana. Pak Mail cakap dia lambat sikit, jalan jammed. So, wait till I’m back.” Arah Darwish sebelum meninggalkan Elisya seorang diri. Dia begitu bimbang dengan kesihatan adiknya. Apatah lagi, sekarang ini virus Influenza A H1N1 sedang menular.

*

‘Bukan Elisya ke tu?’ Tanya Aqiel pada dirinya sendiri. Diperhati perempuan yang sedang duduk bangku berhampiran dengan surau. Memang sah! Elisya! Elisya mengenakan jeans hitam beserta blaus putih bercorak hitam. Tudung hitam dipin kemas di kepala.

Dia berkira-kira, patut ke dia menegur Elisya. Buatnya dia buat-buat tak kenal aku. Malu!

“Abang! Nak yang mana satu ni?” Suara mama membatalkan niatnya untuk pergi menegur Elisya. Mamanya sedang memilih biskut di kedai biskut terkenal, Famous Amos. “Mama pilih lah yang mana pun, abang tak kisah.” Tuturnya sambil mata masih leka melekat pada Elisya.

“Papa tak siap solat lagi ke?” Tanya Puan Najwa. “Belum kot, tadi masa abang keluar, dia baru nak solat.” Jawabnya acuh tak acuh.

“Sapa pula tu?” Tanpa sedar, dia telah bersuara. “Sapa, sapa?” Puan Najwa pelik. Dari tadi dia perasan anak tunggalnya itu tidak memberi perhatian kepadanya. “Eh! Tak ada apa-apa lah mama.” Cepat-cepat dia ‘cover’.

‘Abang dia ke? Tapi macam bukan abang pun. Mesra semacam. Takkan kekasih? Minah ni ada orang minat ke?’ Aqiel tertanya-tanya sendiri.

Dalam masa yang sama….

“Telan aja lar, jangan kemam nanti pahit.” Perangai adiknya yang satu ini yang merunsingkannya. Tak berubah-berubah. Takut ubat!

“Uweek!” Akhirnya Elisya muntah dalam plastik yang dipegangnya. Mujur abangnya sudah paham dengan tabiatnya yang akan muntah untuk percubaan pertama telan ubat. Nasib baik bukan ubat dalam bentuk ‘liquid’. Kalau ubat tu, sah-sah langsung tak boleh telan.

Percubaan kali keduanya berjaya. Akhirnya panadol sebesar kuku jari kelingkingnya dapat ditelan.

“Yang abang sengih-sengih tu kenapa?” Puan Najwa makin pelik. Apa yang melucukan langsung tidak dapat dikesan. “Tak ada apa-apalah. Tu papa, ma.” Aqiel cuba mengubah topik perbualan mereka. ‘Nak telan ubat pun susah ke? Macam budak kecil’.

“Abang, jom! Pak Zaid dah lama tunggu tu.” Ditolak troli yang dipenuhi bagasi-bagasi mereka membuntuti papa dan mamanya. Kegembiraannya dapat bercuti di Australia bersama-sama cousinsnya yang menetap di sana masih dapat dirasai. Jarang dia berpeluang ke sana bersama mama dan papanya. Maklumlah, papanya sentiasa sibuk dan sebagai seorang isteri, mamanya perlu sentiasa berada di sisi suaminya. Dia akan dihantar ke sana seorang diri.

*

“Abang tak pergi kerja ke?” Dengan suara lemah Elisya menyoal apabila melihat abangnya hanya memakai t-shirt dan seluar track. “Baby ingat abang boleh ke tinggal baby dengan keadaan teruk macam ni?” Betullah apa yang disangkanya. Elisya demam! Nasib baik bebas daripada virus berbahaya itu

“Alaa bang… Mak Som kan ada. Menyusahkan abang aja, abang mesti banyak kerja.” Serba salah dibuatnya. Pasti banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh abangnya setelah seminggu bercuti. “Tak apa. Abang dah cakap kat Abang Man. Dia paham. Lagipun, kalau abang pergi, abang tak akan dapat concentrate. Fikirkan baby je.” Kepala adiknya diusap lembut. Betullah adiknya itu sudah matang. Dulu, kalau sakit sikit, habis semua ahli keluarganya tak dapat buat apa-apa selain melayan kerenahnya seorang. Dia tersenyum.

“Makan sup ni. Abang buat khas untuk baby tau. Best tau.”

“Masuk lift, tekan sendiri nampak.” Walaupun dalam keadaan kurang sihat, perangai nakalnya tidak berubah.

“Nah!” Darwish menyuakan sudu yang dipenuhi kuah sup itu ke muka Elisya. Adiknya menolak perlahan. Tekaknya terasa loya untuk menelan sebarang jenis makanan. “Baby, makanlah. Kalau tak makan, mana boleh makan ubat. Kalau tak makan ubat, mana boleh sembuh. Kalau tak sembuh, mana boleh pergi sekolah. Kalau tak pergi sekolah, ketinggalan pelajaran. Baby nak ke macam tu?” Darwish cuba memancing selera adiknya dengan perkataan sekolah. Dia tahu, adiknya paling tidak suka ‘terkebelakang’ dalam pelajaran.


Akhirnya, Elisya memaksa dirinya untuk makan sup ayam buatan chef tidak bertauliah di hadapannya ini. Darwish gembira apabila umpannya mengena.

*

Elisya kembali ke sekolah setelah tiga hari ‘bercuti’. Sampai sahaja ke kelas, dia meletakkan beg sandangnya di atas kerusi kemudian mengeluarkan pen dan buku nota lalu menghampiri pengawas yang pernah ditegurnya awal kemasukannya ke sekolah itu dulu. Dia mencatat apa yang diberitahu oleh pengawas itu.

Puan Nurin masuk ke kelas 4AC selaku guru pertama untuk pembelajaran hari itu. Setelah semua pelajar bersedia untuk memulakan sessi pembelajaran, Elisya bangun dan menuju ke arah guru kelasnya itu bersama paper bag kecil dan sekeping kertas.

“Maaf cikgu, saya tak dapat hadir ke sekolah tiga hari lepas. Saya kurang sihat, ni buktinya.” Elisya memberikan MC yang ada di tangannya. Puan Elisya meneliti MC itu kemudian mengangguk-angguk. “Macam mana awak hari ni? Dah ok?” Elisya menganggukkan kepalanya.

“Awak boleh masuk.” Arah Puan Nurin. Elisya melangkah perlahan ke tempatnya tetapi langkah berhenti apabila menyedari paper bag masih berada dengannya.

“Maaf sekali lagi cikgu, ni, ada ole-ole untuk cikgu.” Puan Nurin mengambil huluran Elisya dengan senang hati. “Terima kasih.” Ucapnya sambil tersenyum manis. Elisya kembali melangkah ke tempatnya. Pelajar-pelajar lain hanya memandang dan bercakap sesama sendiri. Ade aku kesah?

“Baiklah pelajar, kita sambung pelajaran kita semalam.”

‘Mesti dia tengok aku punya buku, nak tahu muka surat mana.’ Sengih Aqiel. Tetapi malangnya, dengan confident Elisya menyelak ke muka surat yang sama tanpa menoleh sedikit pun ke arah bukunya.

‘Aik?! Mana dia tahu? Mana ada dia tanya aku.’ Aqiel tidak puas hati. Minah ni kan… Memang lar. Arrgggh!

*

Habis sahaja perjumpaan ‘tak rasminya’ dengan Pak Isa tadi, Elisya ke portnya untuk makan. Pak Isa tak sudah-sudah ucap terima kasih atas ole-ole daripadanya itu. Gembira sungguh orang tua itu.

‘Hurmmm… Dah lama aku tak lepak sini. Rindunya…’ Diperhati sekitar tempat itu. Tiada apa yang berubah, malah lebih kemas. Pasti Pak Isa yang jaga.

Belum pun sempat dia membuka bekalnya, dia sudah ditegur seseorang. Diangkat mukanya untuk memandang ‘seseorang’ itu. Dahinya berkerut. ‘Sapa pula ni?’

“Abang Akim. Tak ingat?” Melihat kerutan di dahi Elisya, Akim memperkenalkan dirinya sekali lagi.

‘Abang Akim mana? Sejak bila aku ada abang selain abang dan abang… Ah! Lupakan dia. Akim? Akim mana ya?’ Tanyanya pada diri sendiri. Ah! Lantaklah. Ade aku kesah?

“Betul tak ingat abang ni?” Hanya anggukan kecil diterima sebagai jawapan. ‘How could you?!’ Marah Akim ‘diam’. Macam mana boleh tak ingat aku yang ‘hensem’ lagi menawan ni. Tahap gaban punya tak puas hati aku ni. Peluang makin tipis nampaknya. ‘Sabar Akim, sabar… Kau tak boleh menyerah kalah.’ Cuba memujuk hatinya.

“Alaaa… Kan hari tu, abang dah tegur Elisya. Hari last before cuti. Kat sini juga. Kalau tak silap abang, masa tu Elisya makan karipap. Ingat tak?” Akim masih mencuba nasib. Please……….

Elisya mengangguk. Malas panjangkan cerita walaupun masih samar-samar ingatannya tentang lelaki ini. Dia memang tidak akan mengingati sesuatu yang tidak memang tidak perlu baginya untuk ingat. ‘Bazirkan space otak aku je…’

“Elisya apa khabar? Seronok bercuti?” Akim yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Elisya memulakan perbualan. Elisya sedikit terganggu dengan kedudukan mereka yang agak rapat kemudiannya menjarakkan kedudukan itu. Akim hanya tersenyum. ‘Budak baru…’ Fikirnya. Terselit niat jahat di situ.

Munzir, Fawwaz, Aqiel, Harith dan Aniq melangkah bersama-sama untuk ke kelas mereka. Tanpa sebarang isyarat, Fawwaz mematikan langkahnya membuatkan keempat-empat kawannya yang lain turut berhenti melangkah. ‘Apa hal wey stop tak ada signal?” Soal Harith hairan. Yang lain hanya menanti jawapan.

“Tu bukan ‘copper crocodile’ ke?” Fawwaz menuding jari ke arah Akim. Empat kepala itu memandang ke tempat itu. “Apa istilah kau pakai tu wey? Tak pernah dengar pun.” Aqiel yang tidak mengerti apa-apa bersuara. Kawan-kawan barunya yang macam sudah berpuluh tahun kenal itu gelak sakan.

“Cuba kau translatekan istilah yang Awaz kasi tadi?” Kali ini tiba giliran Munzir yang membuka mulut. “Buaya tembaga?” Lama selepas itu, dia bersuara lagi. “ I got it. Kasanova right?” Mereka yang lain mengangguk. “Apa punya lemb lar kau ni.” Aniq menyindir.

“Elisya!” Fawwaz bersuara lagi. Harith, Aniq, Munzir dan Aqiel memandang ke ‘pemandangan’ Fawwaz sejak dari tadi secara berturut-turut. Perempuan di sebelah Akim diperhatikan. “Betul la Elisya. Apa dorang buat kat situ ek? Ada ‘kes’ baru ke ni?” Aniq menggeleng-gelengkan kepalanya. Perangai kasanova Akim tak pernah berubah. Pantang jumpa perempuan dahi licin sikit, habis disapunya.

“Takkan ‘stone’ pun dia nak ‘sapu’ kot?” Harith tak puas hati. Classmate aku tu! Walaupun tak pernah bertegur sapa. “Aku berani bet lar, ‘stone’ confirm tak layan.” Dengan penuh confidentnya Munzir berkata.

“Wait! Wait! Apa korang cakap ni? Sikit pun aku tak paham tau. Kes apa? Kaut apa? Tak layan apa?” Sedari tadi Aqiel cuba memahami patah-patah sahabat-sahabatnya itu, tapi langsung tak dapat ‘tangkap’.

“Kasanova kau dah paham kan? Kes bermakna, mangsa terbaru si ‘copper crocodile’ tu lar. Kaut dengan tak layan tu, kau paham sendiri lar.” ‘Ni la masalah kalau ‘berkomunikasi’ dengan orang baru.’ Monolog Munzir. Aqiel mengangguk tanda paham.

‘Dua aja lagi Elisya. Sabar… Sabar. Kenapa la aku rasa macam banyak aja kuih yang Mak Som taruk hari ni?’ Elisya mengira-ngira sendiri. Kalau tak habiskan, nanti Mak Som terasa. Tapi kalau habiskan, maknanya dia perlu berlama di sini dengan mamat poyo tahap dewa ni.

“Pergi dulu.” Setelah beberapa saat mencari keputusan, akhirnya dia temuinya jua. Kuih ni nanti aku makan dalam kereta la.

Akim terkebil-kebil ditinggalkan begitu sahaja. Berdongkol marahnya kepada Elisya. ‘Jaga kau!’

“Kan aku dah cakap.” Munzir bersuara kemenangan. Adegan Elisya dan si kasanova tak ingat mati tu diperhatikan mereka. Gelak mereka meletus. “Gila kelakar muka blurr si Akim tu. Apa dia ingat semua perempuan dia boleh kaut ke? Malam sikit!” Harith menyambung tawanya.

“Gerak wey! ‘Stone’ dah dekat.” Berlari-lari anak mereka mendaki anak tangga ke destinasi sebenar mereka.

*

“Abang nak tak?” Elisya menunjukkan baki kuih yang ‘tak sempat’ dihabiskannya tadi. Disuakan ke mulut Darwish. Abangnya hanya membuka mulut kemudian mengunyahnya perlahan-lahan.

“Bukan bekal pagi tadi ke ni?” Darwish bersuara sambil mengunyah makanan dalam mulutnya itu. Elisya mengangguk. Baki suapannya kepada Darwsih tadi, dimakannya. “Kenapa tak habiskan?” Seingat Darwish, belum pernah adiknya itu membawa balik bekal yang dibawa ke sekolah.

“Tadi ada ‘si pengacau’ yang membantutkan selera baby.” Jawabnya malas. Malas dikenang lelaki yang dipenuhi riak ‘poyo’ itu. “Sape?”

“Let me tell you the whole story yeah. Before cuti hari tu, si mamat ni dah pernah tegur baby but you know me right? Mana la baby layan. Dah la kacau time makan baby. Pastu hari ni dia ‘menjelma’ balik. Sapa yang seru pun baby tak tahu. Punya la miang laki tu bang. Cakap sikit punya control. Gaya macam baby tak tahu dia tengah control.” Panjang Elisya bercerita.

“Kenapa before cuti hari tu baby tak cerita.” Denagn nada tidak puas hati Darwish menyoal. “Hehehe… Lupa.” Sengih Elisya sambil menggaru-garukan kepalanya yang dilitupi tudung. “Lagipun tak penting la abang. Bayangkan masa dia datang tegur baby tadi, baby berani sumpah, langsung tak ingat dia.” Belum sempat Darwish membuka mulut, dia dahulu menerangkan apa yang terjadi. Takut merajuk pula abang ‘terchenta’ ni.

“Sapa nama dia?” Serius suara Darwish bertanya. Elisya garu kepala lagi. ‘Ha sudah… Apa nama dia tadi ek? Kim? Kim apa ek? Kimbal? Bukan nama sos ke tu? Aish! Bukan-bukan… Aaaakim.’

“Haaaa! Akim. Yes! Nama dia Akim.” Kuat dia bersuara. “Apasal excited sangat ni? Buat terkejut abang la.” Darwish mengurut dadanya perlahan-lahan. “Tak… Tadi baby lupa. Fikir punya fikir, ingat. Tu yang terexcited tu.”

Macam mana aku nak ingat kalau sepatah apa yang dituturkan oleh Akim tu langsung tak melekat di kepalanya. Hanya Akim yang bersuara, apa yang dia tahu buat hanyalah angguk dan geleng. Gaya macam orang bisu pun ada tadi.

“Form?”

“Five.”

“Handsome?”

“Baby tak ambil pusing.”

“Pandai?”

“Entah. Wait! Wait! Kenapa abang tanya macam-macam ni?” Elisya pelik!

“Saja tanya.” Penuh makna tersirat di sebalik kata-katanya itu. “Abang jangan kata yang abang nak pergi sound dia.” Elisya mula dapat ‘tangkap’ apa yang difikirkan abangnya.

“Kalau ye kenapa?” Duga Darwish. “Alaa bang… Tak payah la panjangkan cerita. Baby tak layan pun dia. Langsung tak kesah dengan dia. Kalau dia nak duduk dekat tempat baby duduk tu, baby mana boleh halang. Tu kan tempat awam. Kalau dia nak bercakap, lagi la baby tak boleh halang. Tu kan mulut dia.” Elisya malas nak timbulkan masalah dengan sesiapa. Biarlah mereka denga dunia mereka. Aku ada dunia aku sendiri.

“Ok. I take it. Tapi kalau sampai terlebih had tu, abang patut halang kan?” Darwsih memandang sekilas adiknya di sebelah. Elisya mengangguk seraya menghadiahkan senyuman manis.

*

Keluar sahaja dari pintu kereta, Aqiel melangkah ke dalam banglo dua tingkat milik mereka sekeluarga. Mamanya yang sedang menonton tv dihampiri. Kemudian dia menyalami tangan mamanya dan mengucup kedua-dua belah pipi wanita yang mendapat tempat pertama dalam carta hatinya itu.

“Abang nak makan?” Soalan yang sentiasa ditanya mamanya setiap kali pulang dari sekolah. Dan jawapan yang sama diberikan. Kemudian kata-kata yang sama dituturkan mamanya. “Pergi naik, mandi, lepas tu solat. Then baru turun and kita makan sama-sama.”

Aqiel menuju ke tingkat atas, di mana terletaknya biliknya syurganya. Di’on’kan komputer yang dibeli oleh papa bagi kemudahan dirinya. Dia log in ke facebook. Dengan komputer inilah dia menghabiskan masa lapangnya. ‘Ha! Friend Request!’ Dibawa anak panah ke situ kemudian di’click’ untuk melihat siapa gerangan yang meng’add’nya. ‘Jumpa juga mamat ni fb aku.’ Bisiknya sendiri apabila dilihat nama ‘Aniq Zaqwan’ yang tertera.

“Abang!!! Mandi and solat dulu. Jangan nak layan komputer tu sangat.” Terdengar suara mamanya melaung. Dikerling ke jam di tangannga. ‘Larrr… Dah pukul 3. Dah lewat ni…’ Gerutunya. Cepat-sepat dia mandi dan menunaikan solat.


“Papa tak balik lagi, ma?” Puan Najwa hanya mengangguk. Aqiel paham, papanya sentiasa sibuk dengan business sana-sini. Nasib baik mama tak kerja. Kalau tak, sah-sah la dia keseorangan, kalau ada pun Mak Nah dan Pak Uda aja.

“Papa abang tu biasa lah. Lepas ke office, ke padang golf pula. Maghrib nanti barulah sampai rumah. Macam tak biasa pula abang.” Kata mamanya.

“Mana lar tau, papa tiba-tiba dapat seru nak balik awal ke.” Gurauan yang boleh dianggap sebagai permintaan. Dia bersyukur, walaupun papanya busy, tapi tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Apa yang dibuat, ke mana dia pergi, sihatkah dia, semuanya dalam kocek papa. Maklumlah, hanya dia permata hati mama dan papa.

Kalau ada siblings kan best. Pernah dia menyuarakan hasratnya untuk ada adik. Mama kata, ‘Apalah abang ni, mama dah tua la. Tak larat dah nak mengandung. Ada abang sorang pun, mama dah bersyukur sangat.’ Kalau diikutkan umur mama, mana ada tua lagi. Akhir 30-an je. Hurm… Entah la.