BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

AAK? 5

Elisya menyusuri kaki lima luar kelas menuju ke ‘port’nya selama dia berada di sekolah ini. Setelah loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat, pasti dia akan ke belakang sekolah. Di situ, ada sebuah pokok rendang. Bersama bekal yang dibuat oleh Mak Som setiap hari, Elisya akan makan di situ keseorangan. Tempat yang amat mendamaikan. Tiada siapa yang akan mengganggunya.

“Hai!” Elisya mengangkat mukanya memandang empunya suara tersebut. Pelajar lelaki itu sengih memandangnya. Elisya kembali kepada ‘agenda’nya tadi. Karipap yang tinggal separuh digigit lagi.

“Nama abang, Amirul Hakim. Boleh panggil Abang Akim je, kelas 5 Sains Cemerlang. Adik ni Elisya kan?” Walaupun dianggap hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, dia harus mengenali Elisya. Tekadnya! Dia harus memenangi pertaruhan itu. Ya! Gelaran ‘Kasanova SMKSI’ harus tetap di’pegang’nya.

Elisya hanya mengangguk. Tangannya lincah memasukkan bekas makanan tadi ke dalam paper bag yang berwarna hitam. Tanpa pamitan, Elisya bangun dan berlalu pergi. Lagi lima minit, kelas akan bermula semula.

Akim memerhati setiap tingkah Elisya. Pelik! Selama ini, tiada seorang pun yang berkelakuan begitu padanya. Setiap perempuan pasti akan terpegun dengan kekacakannya. Senyumannya dapat mencairkan hati yang memandang. Tidak bagi Elisya! Keinginan Akim untuk mendapatkan Elisya semakin tinggi.

Di satu sudut yang agak tersembunyi, rakan-rakan ‘sekepala’ Akim ketawa sakan selepas menyaksikan agenda tadi. Tu la! Orang cakap tak nak dengar! Kau pasti kalah Akim!

*

“Assalamualaikum Pak Isa. Tengah buat apa tu?” Tegur Elisya. “Waalaikumussalam. Oh! Elisya. Ni ha! Tengah buang sampah dalam kolam ni. Kamu kenapa tak balik lagi?” Soal Pak Isa. Dia senang dengan Elisya, walaupun ramai yang mengatakan Elisya sombong. Elisya bukan begitu orangnya. Buktinya dengan dia Elisya langsung tidak lokek. Mungkin ada masalah yang disembunyikan oleh Elisya.

“Abang cakap lewat sikit hari ni, tu yang Elisya malas nak keluar lagi. Kat luar panas!” Dia membantu orang tua itu membersihkan kolam ikan sekolah.

“Hai Pak Isa!” Suara seseorang menyampuk perbualan mereka. Pak Isa dan Elisya menoleh ke arah datangnya suara itu serentak. “Aqiel! Marilah.” Pak Isa menjemput Aqiel menyertai mereka. Elisya hanya diam.

“Cuci kolam Pak Isa?” Tanya Aqiel walaupun sudah diketahui jawapannya. “Kamu tengok Pak Isa buat apa? Masak?” Seloroh Pak Isa. Tawa Aqiel meletus, Elisya hanya tersenyum nipis.

“Minggu depan dah cuti kan?” Pak Isa tang menyedari keadaan kaku antara mereka cuba mencari topik untuk dibualkan. “A’ah.” Jawab Aqiel, Elisya mengangguk. ‘Apa masalah minah ni? Tadi elok je aku tengok kau cakap, sekarang dah bisu.’ Monolog Aqiel. Geram!

“Kamu pergi mana cuti ni?” Soalan itu ditujukan kepada kedua-dua mereka. Aqiel pandang Elisya, mengisyaratkan supaya dia menjawab terlebih dahulu. Elisya yang tidak memandang Aqiel hanya diam. ‘Stone’ ni!

“Entah! Tak tahu lagi. Tengok keadaan.” Jawab Aqiel dan Elisya serentak. Aqiel pandang Elisya, Elisya pandang Pak Isa, Pak Isa pandang Aqiel. Tiga saat berlalu…Tawa mereka pecah. Dalam ketawa, mata Aqiel tidak lepas memandang wajah manis Elisya sedang tertawa. ‘‘Stone’ can laugh? Ya Allah! I can’t believe this. I thought she can’t laugh. Hahahaha… I must ‘put’ this ‘precious’ moment in my diary. Wait! Since when i got a diary?’

“Apa yang senyum-senyum tu Aqiel?” Senyuman Aqiel ‘mati’ sekelip mata. Hanya gelengan sebagai jawapan. Menandakan tiada apa-apa.

“Pak Isa pula ke mana?” Elisya memandang tepat wajah yang penuh kerutan dek usia yang makin lanjut. “Tak ke mana Elisya oi. Pak Isa bukannya ada duit macam kamu. Gaji Pak Isa pun cukup-cukup makan kami laki bini aje.” Lirih suara tua itu menutur kata-kata.

“Ala Pak Isa, orang ada duit tak semestinya bahagia. Malah orang ada duit ni kadang-kadang lebih menderita. Cuti tak pergi mana-mana pun tak apa kan. Stay dekat rumah, habiskan masa dengan family lagi best, Pak Isa!” Elisya cuba memujuk hati Pak Isa. Dia tahu Pak Isa tidak begitu bertuah seperti orang lain. Ada anak, macam tak ada anak. Ketiga-tiga anaknya langsung tidak menghiraukannya dan emak mereka. Anak tak kenang budi! Pak Isa juga perlu membiayai perubatan isterinya.

“Yela Elisya. Apa-apa aja lah kamu ni.” Pak Isa menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Pandai betul anak ini mengambil hati orang tua.’

“Ha Aqiel! Diam pula dia.” Hilang habis segala khayalannya sebentar tadi. Sekali lagi dia menggeleng. Aqiel sebenarnya masih terpegun. Ini kali kedua dia mendengar Elsiya bercakap lebih daripada sepuluh patah selepas hari ‘bermakna’ mereka minggu lepas. Kenapa kalau dengan Pak Isa dia tak jadi ‘stone’? Tidak dengan kami. Kenapa dengan Pak Isa dia mudah senyum? Siap ketawa lagi. Dengan kami? Haram! Kenapa? Aqiel tidak dapat mencari jawapannya. Yang pasti, Elisya menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan orang lain. Keinginannya untuk tahu semakin membuak-buak.

“Oklah Pak Isa, Elisya balik keluar dulu. Takut abang dah datang.” Penuh sopan-santun dia meminta diri. Senyuman dihadiahkan kepada Pak Isa sebelum mengambil beg sekolahnya lalu beredar.

‘Aku? Mana senyuman untuk aku?’ Aqiel menyoal sendirian. Pelik tambah geram! ‘Dah jadi ‘stone’ balik dah.’

*

“Abang, kenapa tak henti-henti senyum tu? Elisya bakal dapat kakak ipar dalam masa terdekat ke?” Elisya segih. Sungguh dia pelik dengan perangai abangnya hari ni. Dari dia masuk kereta tadi sampailah mereka selamat sampai rumah.

Darwish tidak mengendahkan kata-kata adiknya. Senyuman masih terukir di bibirnya. Senyuman penuh makna.

Elisya melangkah ke biliknya. Badannya yang mula melekit dek peluh perlu dibersihkan. Persoalan tentang senyuman abangnya masih difikirnya. ‘Abang, abang…’ Serunya.

Tiga…Dua…Satu…

“Abannnngg!!!” Laju tangga rumahnya dituruni. Darwish sudah terkedek ketawa. Adiknya mesti teruja habis.

“Is it true bang?” Soal Elisya tidak percaya. Tiket di tangannya masih diteliti. “Ada gaya macam abang tipu ke?” Soal Darwish kembali. Elisya menggeleng. Nama di tiket itu diteliti entah buat keberapa kali. Nama itu tetap tidak berubah.

‘Darwish Rayyan/Mohammad Fadlan’
‘Mya Zara Elisya/Mohammad Fadlan’

“Jepun?!” Penuh teruja soalan itu diajukan. Darwish sekadar mengangguk. Gembira melihat adiknya yang sangat teruja. Tahu itulah destinasi yang diidamkan adiknya selama ini. Betul! Langsung tidak menghairankan bagi mereka sekeluarga jika bercuti di luar negara. Sejak kecil mereka sudah dibawa ke luar negara oleh arwah ibu bapa mereka. Dia bersyukur dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa.

Sepatutnya mereka telah sampai di bumi Jepun akhir tahun lepas. Tapi malang tidak berbau, nyawa papa dan mama mereka tidak panjang. Surprise yang ingin dihadiahkan kepada Elisya kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR hanya dia dan kedua-dua orang tuanya yang tahu.

Sebak menyelubungi diri Darwish, inilah trip pertama dirinya dan Elisya tanpa arwah mama dan papa. ‘Mama... Papa… Abang rindu.’ Rintihnya dalam hati. Elisya yang sedar akan perubahan riak wajah abangnya seakan mengerti apa yang terbuku di dada bidang itu. Perlahan-lahan, tubuh tegap abangnya dipeluk.

“Kalau mama dan papa ada kan best…” Luahnya pilu. Darwish membalas pelukan Elisya erat. Air matanya gugur perlahan-lahan. Tidak dapat dibendung lagi kerinduan ini. Hanya dirinya dan Elisya yang mengerti keperitan ini.

Darwish merenggangkan pelukan mereka. Air mata Elisya dikesat lembut. Dia tidak boleh terlalu ikut perasaan. Darwish tidak mahu adiknya kembali murung. ‘Kuat Darwish!’

*
Selepas membaca Surah Yaasin dan berzikir, Darwish bangun diikuti Elisya. Darwish tunduk menggulung tikar yang dijadikan tempat duduk mereka berdua di sebelah kubur arwah. Sedih dirinya kerana terpaksa meninggalkan tempat ini. Walaupun sudah menjadi rutin mereka menziarahi pusara itu setiap jumaat, dia tetap ingin berlama di situ. Seolah-olah mereka hampir dengan papa dan mama mereka.

‘Mama…Papa…Abang janji akan jaga baby baik-baik.’ Setiap kali ingin melangkah keluar dari tanah perkuburan itu, kata-kata itulah yang sentiasa dibisikkan. Dipimpin tangan Elisya yang masih menatap sayu pusara arwah perlahan. Mereka bersama-sama berjalan menuju ke kereta.

*
“Hai baby!” Sapa Darwish setelah membuka pintu kamar Elisya. “Waalaikumussalam.” Dengan nada menyindir Elisya membalas. “Ops! Assalamualaikum.” Tahu keterlanjuran dirinya.

‘Kita ni muslim, ada adatnya menyapa orang. Mana salam abang?’ Kata-kata arwah mama terngiang-ngiang di telinganya. Teguran seorang ibu penuh hikmahnya. Sejak dari itu, dia sentiasa memberi salam kepada sesama muslim, cuma terkadang dia akan ‘terbabas’.

“Ehemmmm…” Panjang deheman Elisya untuk mengembalikan abangnya ke dunia yang nyata. Darwish pantas menoleh ke arah Elisya, senyuman dihadiahkan. Dia meneliti adiknya, malam itu Elisya memakai pijama bercorak kartun, rambutnya ditocang dua seperti kanak-kanak. ‘Comel…’ Pujinya sendiri. Wajah Elisya saling tak ‘lari’ daripada wajah manis arwah mama mereka. Berlainan pula dengan dirinya yang saling tak tumpah sama macam wajah arwah papa mereka. Dia percaya ada hikmah di sebalik semua itu. Dia akan menatap sepuas-puasnya wajah mulus Elisya apabila dia amat merindui mamanya begitu juga sebaliknya.

“Abangggggg…” Kali ini Elisya mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Darwish. “Sorry…” Tutur Darwish ikhlas. Elisya menggeleng, dia tidak salahkan Darwish. Pasti banyak perkara yang harus difikirkan oleh abangnya.

“Ni kenapa bersepah bilik ni?” Baru dia perasan keadaan bilik Elisya yang penuh dengan baju sana sini. “Elisya tak…”

“Tahu nak pack barang macam mana kan?” Sambung Darwish belum sempat adiknya menyudahkan kata-katanya. Pelahan-lahan Elisya mengangguk. “Kenapa tak panggil Mak Som?”

“Baby tak nak susahkan Mak Som, Mak Som mesti penat.” Jawabnya lembut. Tadi dia sudah berkira untuk memanggil Mak Som tetapi nalurinya berkata tidak. Mak Som mesti penat kerana baru sampai dari kampung petang tadi. Dia mengambil keputusan untuk mengemas sendiri pakaiannya. Tetapi, tengoklah! Semuanya bersepah.

“Ok, biar abang yang kemaskan.” Tanpa nada marah Darwish bersuara. Faham, Elisya pasti tidak pandai membuat kerja-kerja seperti itu. Selama ini, arwah mama atau Mak Som yang melakukannya.

Elisya menghulurkan satu persatu baju yang ingin dibawanya. Tangan Darwish ligat melipat baju-baju kemudian dimasukkan ke dalam beg sederhana besar yang berwarna hitam milik Elisya. Hanya empat puluh lima minit diambil untuk mengemas pakaian yang berselerak tadi.

Elisya terpegun dengan kepandaian abangnya membuat ‘kerja’ itu. “Abang memang superb la. Semua abang boleh buat.” Puji Elisya riang. Darwish hanya tersenyum. “Dah lewat ni, tidurlah. Esok kita nak berjalan jauh.” Ujar Darwish. Dirinya sendiri sudah penat.

“Buat apa nak berjalan? Kitakan duduk aje atas flight nanti. Kenapa abang nak susahkan diri abang berjalan ke sana pula?” Nada suaranya sudah bertukar ke nada mengusik. Darwish menarik hidung mancung adiknya itu.Geram!

“Abang tahulah. Macam-macam lah baby ni.” Pipi kanan Elisya pula menjadi mangsa. Elisya mengaduh kesakitan. “Sakit ke?” Riak risau abangnya sudah keluar. Perangkap sudah mengena. Melihat Elisya yang tersenyum-senyum, Darwish tahu sekali lagi dia dipermainkan adiknya.

“Baby ni kan…Geram abang!” Elisya hanya sengih menayangkan giginya yang putih. “Dah la bang, kesian abang. Dah penat sangat baby tengok.” Seperti biasa, tangan abangnya diraih dan dicium penuh kasih seorang adik.

“Tahu tak apa, baby la yang banyak gurau.” Darwish mengucup dahi Elisya. Selepas memberi salam, Darwish melangkah keluar ke bilik sebelah a.k.a. biliknya sendiri.

AAK? 4

Elisya melangkah ke meja makan. Sudah tiba masanya makan malam bersama-sama abangnya.Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, kelibat abangnya muncul dari arah dapur.

“Abang yang masak ke?” Darwish memang pakar memasak. Dia mewarisi bakat yang ada pada arwah mama mereka. Darwish mengangguk, kemudian duduk berhadapan dengan adiknya.

“Makan sekali Mak Som. Ajaklah Pak Mail sekali.” Ajak Darwish kepada orang gaji yang juga isteri kepada Pak Mail, driver mereka. Hanya pada mereka berdualah, Darwish dan Elisya menumpang kasih kerana mereka tiada saudara-mara lain.

“Tak apalah Darwish, kamu berdua makan dulu. Lepas Isya’ nanti kami makan. Kamu bukan tak tahu Pak Mail kamu tu, bukannya boleh makan masa ni. Mula la sakit perut.” Mak Som berlalu ke biliknya.

Ketika kecil, Mak Somlah yang menjaga mereka. Namun, ibu bapa mereka tetap tidak melupakan tanggungjawab mereka. Sudah lebih 20 tahun pasangan tua itu bekerja dengan mereka. Mereka sudah seperti keluarga. Pak Mail dan Mak Somlah yang banyak membantu ketika mama dan papanya meninggal.

“Abang, tadi baby kena denda.” Elisya memecahkan kesunyian antara mereka. “What?! Denda? Cikgu mana yang denda?” Darwish tersentak! Berani cikgu itu mendenda adik kesayangannya.

“Relax bang, bukan salah cikgu. Baby yang salah, tidur time dia mengajar. Memang patutlah kena dendakan.” Tutur Elisya lembut. Dia tahu, pasti abangnya akan berhadapan dengan guru itu sekiranya dia tidak menghalang. Dari kecil lagi, sekiranya dia didenda, pasti dia akan mengadu kepada keluarganya. Keesokan harinya, mama dan papanya akan berhadapan dengan guru itu.

“Ok, let me guess. Mesti masa sejarah kan?” Dia bangga dengan pendirian adiknya sekarang. “Akan ada subjek lain ke?” Soal Elisya pula. Darwish menggeleng. Tahu benar dengan subjek yang paling dibenci oleh adiknya. Tak lain tak bukan, pasti sejarah.

“Apa dendanya?” Dikunyah perlahan makanan yang ada dalam mulutnya. “Present satu bab, lusa.” Selamba dia menjawab. “What?! Satu tajuk? Sorang?” Kali kedua Darwish tersentak. That teacher, too much!

“Dua orang, budak baru masuk pun kena juga.” ‘Best betul masakan abang.’ Pujinya. “Dia tidur juga ke?” Elisya mengangguk. “Sapa tidur dulu? Baby ke dia?” Makin galak Darwish menyoal.

“Baby. Baby pun tak tahu kenapa mengantuk sangat. Biasanya, kalau baby menyonteng. Baby tak mengantuk. Ni tak, habis segala ‘benda’ baby conteng. Tak juga hilang mengantuk tu.” Darwish tersenyum mendengar celoteh adiknya. Itulah rutin harian mereka berdua, bercerita apa yang terjadi pada setiap hari.

“How’s office?” Kini giliran Elisya pula bertanya. Syarikat hasil titik peluh kedua-dua orang tuanya itu sangat penting bagi mereka. “So far so good. Abang Man banyak tolong.” Abang Man yang dimaksudkan adalah pekerja papanya yang tetap setia mambantunya tidak kira apa jua situasi yang dihadapi. Razmanlah yang membimbingnya dalam mengharungi dunia perniagaan yang seperti roda. Terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah.

“Abang rasakan, korang ada jodoh la.” Elisya pelik! ‘Sapa yang ada jodoh? Topik apa pula ni?’ “Abang ni cakap pasal sapa?” Elisya ingin mendapatkan jawapan. “Pasal baby dengan that boy la.” Darwsih sudah tersengih melihat wajah berkerut seribu adiknya itu.

“Apa pula ada jodohnya, tetiba je abang ni.” Elisya tidak puas hati. “ Yelakan, masuk sekolah sama-sama tengah tahun, kena duduk belakang sama-sama, kena denda pun sama-sama jugak.” Tawa Darwsih meletus. Muka adiknya usah cakap, merah padam menahan amarah yang makin berapi.

“Kebetulan ajalah tu, abang ni. Cakap pasal jodoh orang. Abang tu bila jodoh nak sampai?” Sedaya upaya dia mengawal suaranya. Dia tidak pernah diajar untuk bercakap kasar dengan orang. Walau macam mana marahnya dirinya.

“Abang tunggu jodoh baby sampai dulu, baru jodoh abang sampai.” Keakraban mereka membuatkan dia tidak berasa jarak umur mereka sangat ketara. Umurnya yang akan mencecah 25 tahun tidak lama lagi seharusnya sudah berteman. Tetapi tidak bagi dia, dia tidak mungkin mencari teman buat masa sekarang. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Apa abang ni, ada ke cakap macam tu. Abang la yang patut kahwin dulu. Kalau abang nak tunggu baby kahwin dulu, alamatnya jadi bujang terlajak la abang.” Usik Elisya. “Mana baby tahu, jodoh baby lambat lagi? Entah-entah esok ada orang masuk meminang, abang terima je.” Usikan dibalas usikan.

“Abang ni, cakap merapulah. Tak bestlah macam ni.” Mulut Elisya sudah memuncung. Merajuklah tu! “Olololo, baby marah ke? Sorry k! Tapi betul apa abang cakap, kalau dah jodoh adik sampai esok, tak ada sesiapa yang boleh halang kan? I wish to meet him one day.” Sengih Darwish.

“Abanggggggg!!!” Bergegar vila mereka. “Kenapa baby? Abang?” Mak Som yang terkocoh-kocoh keluar dari biliknya bertanya. Darwish sudah ketawa. Sikap panik Mak Som tidak pernah berubah.

“Abang ni Mak Som. Suka usik baby.” Adunya. Mak Som menghampiri Elisya kemudian mengusap-usap kepala anak itu. “Abang usik-usik manja aje tu. Kan bang?” Kepalanya dialihkan kepada Darwish. Darwish mengangguk.

“Dah, makan siap-siap. Lepas ni, boleh solat Isya’ sama-sama.” Elisya dan Darwish hanya menurut. Walaupun mereka majikan, tetapi perintah orang tua harus dituruti. Mereka tidak kisah, bagi mereka tidak ada istilah majikan dan orang gaji. Semuanya saudara.

*

“Baiklah, Aqiel, Elisya. Sila ke depan.” Panggil Cikgu Rahim setelah semua pelajarnya duduk.

Aqiel dan Elisya bangun serentak. Nota yang dibuat dibawa bersama. Semua mata menala ke arah mereka kemudian berbisik sesama sendiri. ‘Ada aku kesah?’

“Assalamualaikum, saya Aisy Aqiel dan ni Mya Zara Elisya.” Aqiel memulakan tugasan mereka pagi itu. “Hari ni, kami dengan BANGGAnya ingin ‘menceritakan’ apa yang ada dalam bab yang kesembilan.” Sengaja ditekankan perkataan bangga. Pelajar-pelajar lain sudah menggigit bibir masing-masing, menahan tawa daripada meletus. Paham apa yang dimaksudkan oleh Aqiel. Tetapi Elisya tetap dengan sikapnya.

Selepas Aqiel berhenti dan mengisyaratkan supaya Elisya menyambung. Elisya membuka mulut. Matanya dapat menangkap beberapa pasang mata yang membulat. Entah apa yang menyebabkan mereka terkejut.

“Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar.” Elisya menyudahkan tugasan mereka. Kelas 4AC senyap beberapa saat. Kemudian Cikgu Rahim memberi tepukan dan diiringi pelajar-palajar lain.

“Bagus! Saya suka. Semua isi penting ada. Kamu semua paham?” Tanya Cikgu Rahim kepada pelajarnya. Mereka semua mengangguk. “Pandai kamu membahagikan tugasan. Lain kali kalau nak lagi, tidur lagi dalam kelas saya.” Perli Cikgu Rahim.

Mereka kembali ke tempat masing-masing. Seperti biasa, mute! Tiada riak gembira pada kedua-dua wajah.

*

“Eyh Qiel! Masa mana korang bincang ek? Aku tak ada nampak pun.” Soal Aniq hairan. Dia tidak pernah tengok Aqiel dan Elisya bercakap, apatah lagi berbincang. Time rehat, Aqiel akan rehat dengannya. Time balik, masing-masing balik sendiri.

“Tak bincang pun.” Jawab Aqiel pendek. Malas memikirkan soal tadi. “Gila power korang, tak bincang pun boleh buat macam tu bagus! Memang ada chemistry la korang ni.” Puji Aniq ikhlas.

“Kepala hotak kau! Banyak la kau punya chemistry. Cakap pun tak.” Balas Aqiel geram. Dia bukannya benci dengan Elisya. Cuma perangai Elisya yang diam tak bertempat membuatkan dia geram. Apa masalah dia sebenarnya ye? Soalan itu kerap kali bermain difikirannya. Dia betul-betul ingin tahu.

*

“Elisya…” Panggil Muna perlahan. Elisya mendongakkan kepalanya memandang wajah putih berseri Muna. “Kita tukar tempat nak? Awak duduk tempat saya, saya duduk tempat awak.” Cadang Muna.

Elisya tanpa banyak soal, mengeluarkan buku yang berada di mejanya. Dibawa semua barangnya ke tempat Muna, tiga meja ke depan. Muna yang terpinga-pinga pergi semula ke tempatnya, kemudian mengemas barang-barangnya. Hatinya berbunga-bunga riang. Dalam masa yang sama, dia pelik, dengan senangnya Elisya melepaskan peluang untuk duduk di sebelah Aqiel, lelaki yang boleh dikategorikan antara yang terhandsome di sekolah itu. ‘Memang tak ada perasaan la minah ini.’ Getus hati Muna.

Aqiel, Aniq, Fawwaz, Harith dan Munzir melangkah ke kelas apabila loceng berbunyi. Menandakan waktu rehat sudah habis. Lima sekawan itu melangkah ke tempat duduk masing-masing.

“Elisya mana?” Soal Aqiel pelik. Di sebelahnya bukan lagi ‘stone’ tapi ‘murai’. “Tu… Saya minta tukar. Kat depan bising la.” Alasan tak munasabah diberikan. ‘Adoi! Mati la aku kena duduk sebelah ‘murai’ ni. Better aku duduk dengan ‘stone’.’ Keluh Aqiel. “Owh…” Sedaya upaya senyuman diukir.

Semua pelajar berdiri, guru Bahasa Melayu mereka memberi salam. Mereka menjawab serentak. “Aik! Elisya, macam mana awak boleh ada dekat sini?” Guru pertama yang hairan dengan kedudukan Elisya dalam kelas.

“Muna minta tukar, cikgu.” Jawabnya penuh sopan. Puan Nurin kalih ke Muna yang sedia tersengih di belakang. “Kenapa awak minta tukar, Muna?” Walaupun jawapan sudah diketahui, Puan Nurin tetap bertanya.

“Depan panas la cikgu, sini sejuk sikit. Ada kipas.” Aqiel sudah pelik dengan jawapan Muna. Tadi lain, ni lain pulak. Mesti ada udang di sebalik mee ni. “Tak da- tak da, awak duduk belakang tu, senang la awak nak bercakap masa cikgu mengajar. Tukar balik.” Arah Puan Nurin. Dia selaku guru kelas berhak berbuat demikian.

“Tapi cikgu…” Muna cuba membantah. Namun, melihat gelengan Puan Nurin, dia mengalah. Pertukaran berlaku sekali lagi. Elisya dengan mutenya kembali ke tempat asalnya. Tiada riak gembira atau sedih.

‘Pow…Dum…Dam…’ Macam-macam bunyi bunga api dalam hati Aqiel. Gembira tidak terkata. Dia tersenyum kepada Elisya dan seperti biasa hanya senyuman tidak ikhlas dibalas.

AAK? 3

“Abang, hari ni ada budak baru. Cikgu suruh duduk sebelah baby.” Beritahu Elisya kepada abangnya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. “Oh ya, so, bukan baby la paling lambat masuk sekolah kan?” Elisya sekadar mengangguk. “Sapa nama?” Darwish menoleh sekilas ke seat sebelahnya. “Mya Zara Elisya.” Pantas Elisya menjawab. Berderai tawa Darwish. Elisya pelik!

“Kalau tu abang pun tahu. Nak abang sambung lagi? Mya Zara Elisya Mohammad Fadlan.” Tutur Darwish bersama baki tawanya. “Da tu? Who’s name?” Elisya blurr.

“Your new classmate la.” ‘Adik aku ni kan, memang la…’

“Owh, entah.” Serius! Dia tak ingat nama lelaki itu tadi. “What?! Entah? Dia duduk sebelah baby kan?” Elisya mengangguk. “How could you answered ‘entah’ when I asked her name?” Darwish sedikit terkejut. Ni dah masuk kes parah ni.

“His not her.” Yang tu dia ingat. Budak tu lelaki. “Meaning? Boy?” Elisya mengangguk lagi. “Macam mana boy boleh duduk sebelah baby?”

“Cikgu suruh. Baby duduk seorang dalam kelas. Kalau that guy duduk tempat lain nampak ganjil kelas.” ‘Sesaknya jalan.’ Gerutunya sambil memandang jam di pergelangan tangan.

“Baby tak kisah?” Elisya menggeleng. “Selagi dia tak ganggu life baby, baby tak kisah.” Darwish mengangguk-angguk. “Handsome tak?” Darwish sudah tersengih.

“Ade baby kesah handsome ke tak?” Tup! Perbualan mereka berakhir di situ.

*

Sejak mengetahui perangai Elisya, Aqiel tidak pernah menegur Elisya. ‘Bukannya aku mati tak cakap dengan orang sebelah.’ Sungut hati Aqiel. Elisya pula langsung tidak ambil kisah. Dia bahagia dengan dunianya sendiri.

‘Alamak! Perlu ke cikgu masuk hari ni? Kan best kalau hari-hari cikgu ada mesyuarat.’ Aqiel merungut dalam diam. Maklum la, nak cakap dengan orang sebelah pun sama je macam cakap dengan diri sendiri.

Macam biasa, Aqiel memulakan ‘projek’nya. Dia mengeluarkan buku ‘karya’nya, ditegakkan buku Sejarah Tingkatan 4 kemudian tangannya menari-nari di atas bukunya. Pelbagai jenis lukisan yang dilukis. Apa sahaja yang terlintas di fikirannnya dilukis.

‘Apasal pula mata aku hari ni, ni? Kenapa la mengantuk sangat ni?’ Elisya yang sedang melakukan perkara yang sama dengan Aqiel sesekali tersengguk. Mata pelajaran sejarah lah yang paling di’benci’nya dari tingkatan satu lagi. Walau bagaimana ‘benci’nya dia terhadap pelajaran itu, dia tetap belajar untuk menghadapi peperiksaan. Itu pun kerana terpaksa.

Perlahan-lahan Elisya merapatkan kepalanya ke meja. Pen masih di tangan. Matanya terus tertutup apabila kepalanya mencecah ke atas buku catatan yang masih terbuka.

‘Gila minah ni! Berani-beraninya dia tidur time cikgu tengah mengajar. Dah la cikgu yang mengajar ni, cikgu disiplin. Kalau kantoi sure ‘mampos’!’ Aqiel terkejut melihat Elisya dengan selambanya tidur.

Empat puluh minit berlalu. Lagi setengah jam kelas akan berakhir. Aqiel menoleh kiri, Elisya tengah khusyuk tidur. Toleh kanan, rakan-rakannya khusyuk mendengar cikgu mengajar. Tidak dinafikan, Cikgu Rahim mempunyai teknik yang baik untuk menarik minat pelajar-pelajarnya. Namun, maaf! Dia langsung tidak minat. Dia dan sejarah tak akan serasi sampai bila-bila.

Tinggal dua puluh minit lagi kelas Cikgu Rahim. ‘Sabar Aqiel, sabar. Jangan tergoda dengannya. Tinggal dua puluh minit saja lagi.’ Aqiel menguatkan dirinya untuk tidak tidur . Tetapi malang, akhirnya dia tergoda. Letak sahaja kepala di atas meja. Dia terus berada di dunia lain.

“Kamu berdua di belakang sana.” Bergegar kelas dengan suara kuat Cikgu Rahim. Semua mata menoleh ke arah Aqiel dan Elisya. Mereka berdua sedikit pun tidak terkesan dengan suara Cikgu Rahim.

“Siapa nama mereka berdua?” Soal Cikgu Rahim kepada Aniq. “Yang lelaki, Aqiel. Perempuan, Elisya.” Jawab Aniq takut-takut.

Cikgu Rahim berjalan perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi menghampiri mereka berdua yang sedang lena.

“Aqiel!!! Elisya!!!” Sekali lagi kelas bergegar. Sepantas kilat mereka berdua tersedar. Bulat mata mereka memandang muka garang Cikgu Rahim. ‘Dia tidur juga ke?’ Soal Elisya pada diri sendiri.

“Kamu berdua bangun! Dah lama saya perhatikan kamu berdua. Hari ini kesabaran saya sudah sampai tahap maksimum. Pandailah kamu berdua cover dengan buku ni.” Cikgu Rahim menjatuhkan buku-buku mereka. Aqiel sudah gelabah. Elisya rasa macam nak nangis tetapi dia tahan. Tak mungkin dia menangis di hadapan pelajar-pelajar lain.

“Kamu berdua saya denda. Saya nak kamu berdua present tajuk seterusnya in my next class. Dan kalau awak tak tahu tajuk apa, saya bagitahu sekarang, tajuk SEMBILAN.” Ditekankan perkataan sembilan itu.

Mata Aqiel mengecil, memerhati jadual kelas di hadapan. ‘Esok tak ada, selamat. Lusa…Takkk…What?! Ada?’ Aqiel hampir menjerit apabila matanya memandang ‘SJ’ pada hari khamis, masa terakhir.

“Satu tajuk cikgu?” Soal Elisya tidak percaya. Cikgu Rahim mengangguk. ‘Ade aku…’ Yes! Kali ni aku kisah. Nak kena prepare dalam masa satu hari? Satu tajuk? No way!

“Baiklah kelas, kelas untuk hari ini berakhir di sini. Insya-Allah kita akan berjumpa pada hari KHAMIS nanti.” Perkataan khamis dikuatkan sambil matanya memandang wajah risau Aqiel dan Elisya.

Aqiel dan Elisya duduk setelah Cikgu Rahim keluar kelas. Kedua-duanya membuka buku teks sejarah ke muka surat kandungan. Bab 9 : Perkembangan Di Eropah. Tengok sahaja tajuk, kedua-dua wajah tadi berubah ke riak bosan. Ada lebih kurang 26 muka surat. Banyaknya!

‘Nak bincang macam mana dengan ‘Stone’ ni? Takkan semua aku nak ‘kaut’ kot. Tapi kalau aku tanya, nak ke dia jawab. Paling tak jawapan dia, ya, tak, entah. Huh! Tension aku.’ Omel Aqiel. Dia menoleh ke kirinya, dilihat Elisya sedang tekun membaca. ‘Eyh ‘Stone’ ni, boleh pula buat riak tak ada perasaan macam tu. Eloklah aku panggil ‘Stone’. Memang sesuai sangat. Kalau tak sebab kau, aku tak tidur la tadi.’ Marahnya. Mahu sahaja dia melontarkan kata-kata itu kepada Elisya. Geram!

*

“Amacam? Dah bincang dengan Elisya? Mana part kau, mana part dia?” Aniq bertanya ketika mereka beriringan ke kantin untuk mengisi perut.

“Bincang kau cakap? Cakap pun tak. Aku pun dah pening ni. Tak tahu nak buat macam mana.” Aniq tergelak mendengar jawapan Aqiel. ‘Sabarlah duhai teman.’

*

“Aku ambil part awal, kau ambil part akhir.” Aqiel memberanikan diri untuk bersuara.

“Apa kata, kau cakap je kau nak part mana. Lepas tu, kau cakap la part dia. Setle!” Aniq menyuapkan nasi ke mulutnya. “Kalau dia tak nak?” Aqiel menyoal seperti orang bodoh. “Eyh Qiel! Kau kena ingat dia tu ‘Stone’, kau juga yang bagi nama tu kan? Sah-sah la dia tak balas apa kau cakap.” Aqiel mengangguk.

Kata-kata Aniq tadi betul apabila hanya anggukan diterima sebagai jawapan. ‘Ish! Geramnya aku! Tengok aku pun tak.’

AAK? 2

“How’s school?” Darwish melabuhkan punggung di sebelah adiknya yang sedang ralit menonton televisyen. Secara automatik kepala Elisya akan jatuh ke bahu abangnya. Sekali tengok macam pasangan yang baru kahwin!

“Not bad.” Jawabnya pendek. “Ramai kawan?” Dia ingin menduga adiknya. Adakah ucapan Elisya dahulu masih kekal begitu? “Entah, baby tak kesah.” Nampaknya jawapan kepada persoalannya sudah terjawab. Kata-kata itu masih kekal begitu. ‘No more close friends or mybe no more friends.’

Darwish paham kenapa adiknya berubah begitu. Kalau di rumah mungkin tidak nampak perubahan yang ketara. Tetapi kalau di sekolah, perubahan itu jelas kelihatan. Elisya yang dulunya seorang yang riang dan mudah bergaul kini menjadi seorang yang pasif dan tidak mahu bergaul. Trauma! Ya, itulah perkataan yang tepat bagi persoalan kenapa adiknya berubah. Elisya pernah dikhianati sahabat baiknya sendiri. Elisya hampir-hampir dirogol namun sempat diselamatkan. Sahabat baik Elisya sendiri menjualnya kepada seorang lelaki untuk dijadikan ‘pemuas nafsu’.

“Abang…” Panggil Elisya sambil memintal-mintal hujung lengan baju Darwish. “Baby nak apa?” Darwish sudah fasih dengan perangai adiknya yang satu itu. Mesti ada sesuatu yang diingini.

“Teman baby study malam ni? Bukan apa, kalau baby tak paham boleh baby tanya abang terus kan?” Tersenyum Darwish mendengar permintaan Elisya. Ingatkan apa. “Kalau penakut tu penakut juga kan?” Ingatkan dah matang, dah berani. Tetap juga penakut. Alasan Elisya yang satu tu dah lapuk. Elisya tak paham? Agak mustahil itu kerana otak adiknya itu genius. Elisya pasti takut untuk berjaga malam seorang diri. Dari kecil sampai besar macam ni. Kalau dia nak berjaga malam pasti ada yang teman. Darwishlah yang paling kerap. Arwah mama dan papa mereka juga pernah menemani Elisya belajar.

“Kalau abang penat tak apa lah.” Suara Elisya sudah bertukar nada. Nada merajuk. “Baby merajuk ke?” Usik Darwish. Soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan. “Yela-yela abang teman.” Satu ciuman pantas dihadiahkan oleh Elisya. “Thanks abang. You are the best! Sayang abang.” Senyuman kembali terukir di wajah Elisya. Dia tahu abangnya tidak akan mengecewakannya. Tidak pernah satu pun permintaannya tidak dipenuhi. Walau begitu payah, abangnya tetap berusaha untuk memenuhi permintaannya.

*

Sudah hampir dua minggu Elisya belajar di sekolah itu. Namun, dia masih diperhatikan. Tetapi Elisya langsung tidak kisah. Dia pekakkan telinga apabila mendengar mulut-mulut murai yang mengata tentangnya. Perempuan kerek la, poyo la, perasan cantik la dan bla bla bla. ‘Ade aku kesah?’

Semua mata pelajaran dapat diikuti dengan baik. Tidak sia-sia dia berjaga malam dua hari sekali sambil ditemani abangnya. Guru-guru memuji kepandaian Elisya. Setiap hari, pasti ada sahaja yang memuji Elisya. Ini menyebabkan ramai yang iri hati dengannya. Elisya pernah dipulaukan kerana kepandaiannya tetapi langsung tidak berbekas di hatinya. Baginya, dipulau atau tidak sama sahaja kerana dia langsung tidak berminat untuk berkawan. Cukuplah pengalaman mengajarnya. Elisya akan ringan mulut dengan guru-guru dan Pak Isa sahaja. Dengan pelajar-pelajar, haram!

*

Pelajar kelas 4 Akaun Cemerlang bangun apabila Puan Nurin memasuki kelas mereka. Di belakangnya, ada seorang pelajar baru. Lelaki! Kacak! Stylo! Mata pelajar perempuan tidak lari dari memandang lelaki itu kecuali Elisya. Langsung tidak menoleh ke arah lelaki itu. Tidak tahu akan kewujudan lelaki itu.

“Assalamualaikum!” Salam Puan Nurin dijawab serentak oleh pelajar-pelajarnya. “Kamu begitu bertuah! Hari ini kamu akan berkenalan dengan rakan baru kamu. Sila perkenalkan diri.” Arah Puan Nurin kepada pelajar barunya.

“Hye! Aku Aisy Aqiel Bin Ahmad Amran. Aku datang dari Melaka. Papa aku kena pindah sini. Nice to meet all of you.” Perkenalnya ramah. Senyumannya tidak lekang dari pipi. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pelajar lain. Ada sampai ternganga.

“Baiklah, Aniq, kamu tolong ambilkan meja dan kerusi di bilik sebelah dan letakkan di tepi Elisya.” Aniq selaku ketua kelas menurut perintah.

Elisya yang sedang ralit dengan buku catatannya terkejut apabila tiba-tiba sahaja Aniq meletakkan meja dan kerusi kosong di sebelahnya. “Tempat sapa?” Soalnya hairan. ‘Ada pelajar baru ke?’

“Wey Elisya! Kau tak sedar ke yang kita ni ada pelajar baru. Tu kat depan tu. Lain kali sedar sikit keadaan sekeliling jangan ada dalam dunia sendiri saja.” Pedas kata-kata yang dikeluarkan oleh Aniq. Elisya menoleh ke hadapan. Terdapat seorang lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya. Senyuman lelaki itu dibalas tidak ikhlas.

“Elisya, kamu tak kisah kan Aqiel duduk sebelah kamu?” Puan Nurin memandang yang sedang tekun menuliskan sesuatu dalam buku catatannya itu. ‘Unik! Pelajar perempuan lain sedang tenganga memandang kekacakan Aqiel, tetapi dia langsung tidak ambil peduli.’ Bisik hati kecil Puan Nurin.

Elisya mengangguk sebagai jawapan. Dia tidak kisah asalkan lelaki itu tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya sudah.

Aqiel berjalan perlahan ke tempat duduknya yang telah disediakan oleh Aniq sebentar tadi. “Hye! Aqiel.” Ramah Aqiel menyapa. “Elisya.” Tanpa memandang dia menjawab. Aqiel hairan! ‘Apa masalah minah ni?’

*

“Kau, terima kasih, meja and kerusi tadi.” Aqiel menghadiahkan senyuman kepada Aniq. “Aniq.” Huluran tangan Aniq disambut mesra oleh Aqiel.

“Qiel, kau hati-hati duduk sebelah Si Elisya tu.” Pesan Aniq. Aqiel mengangkat kening tanda tidak paham. “Dia tu student baru macam kau juga, dua minggu lepas dia masuk. Dia tu pelik la, kau bayangkan dia boleh hidup tanpa kawan. Dia tak ada seorang pun kawan kat sini. Sepanjang dua minggu dia kat sini, boleh kira pakai jari TANGAN saja berapa orang yang bercakap dengan dia. Aku ni pun baru tadi bercakap dengan dia. Aku ni ketua kelas. Orang lain apatah lagi kan. Tapi yang lagi peliknya, dia boleh pula ramah dengan pekebun sekolah ini, Pak Isa.” Panjang lebar penerangan Aniq kepada sahabat barunya itu.

“Ken….” Belum sempat Aqiel menyudahkan kata-katanya, Aniq memotong. “Kau jangan tanya kenapa sebab kita orang pun tak tahu. Macam mana nak tahu kalau bercakap pun tak mahu.” Aqiel mengangguk-ngangguk tanda paham. Pelik!

Ade Aku Kesah? 1

“Sure tak nak abang hantar ni?” Soal Darwish meminta kepastian. Elisya hanya mengangguk dan tersenyum manis. “Abang tak payah risau la. Baby dah besar dah. Pandai-pandai la baby cari jalan. Bukannya besar sangat sekolah ni.” Elisya tahu abangnya bimbang akan keselamatannya. Dia sudah bertekad. Mulai hari ini, dia harus kuat, tabah dan pandai menjaga diri. Dia tidak mahu abangnya risau tentangnya setiap masa.

“Baiklah kalau macam tu. Abang balik dulu. Balik sekolah nanti abang jemput key?” Sedikit terkejut Darwish dengan perubahan satu-satunya darah daging yang dia ada itu. Tiada lagi Elisya yang selalu merengek manja ingin ditemani walau ke mana jua. Adiknya itu sudah matang.

“Abang tak kerja ke?” Pelik! Bukankah hari ini abangnya ada meeting di pejabat? Semua jadual kerja Darwish ada dalam kepalanya begitu juga sebaliknya. “Kerja la. Kerja, kerja. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.” Tahu apa yang bermain di fikiran Elisya. “Abang kan ada meeting hari ni. Suruh Pak Mail je la jemput baby nanti.” Dia tidak mahu mengganggu kerja abangnya. Dia faham akan kesibukan abangnya menguruskan syarikat keluarganya selepas kematian kedua-dua orang tuanya setahun lalu. Tetapi dia amat kagum dengan cara abangnya bekerja. Tidak pernah sekali pun abangnya membawa balik kertas kerja ke rumah. ‘Di rumah masa untuk berehat dan masa untuk baby’. Ucap abangnya suatu ketika. Hatinya tiba-tiba sebak apabila mengingati arwah orang tuanya.

“Baby? Are you ok? Kalau baby tak ready lagi nak sekolah. Kita balik dulu.” Darwish risau melihat muka keruh Elisya. Pasti mengenangkan arwah. “ Abang ni, baby ok la. Cuma teringat kat arwah mama dan papa. Kalau dia orang ada, mesti dia orang yang hantar baby kan.” Dia menahan air matanya daripada gugur. Aku mesti kuat!

“Dah la baby, yang pergi tetap pergi, kita yang hidup harus meneruskan perjuangan mereka yang telah pergi.” Ditarik Elisya ke dalam pelukannya. Adiknya itu menangis teresak-esak. Darwish tahu adiknya cuba untuk menguatkan diri di hadapannya. Tapi malang, dia dapat membaca apa yang terbuku di hati adiknya itu. Tanggungjawab yang dipikulnya sekarang amat berat, di pejabat dia harus menjadi seorang ketua syarikat. Di rumah, dia harus menjadi seorang ayah, ibu, abang dan kakak kepada Elisya. Dia tetap tabah menempuhi cabaran ini. ‘Allah tidak akan menduga hambanya itu di luar kemampuan mereka.’ Kata-kata seorang ustaz ‘dipegang’ kuat.

“Ok lah bang, baby masuk dulu lah. Nanti pengetua marah pula. Dah la masuk sekolah tengah tahun, daftar pun tengah hari.” Elisya cuba untuk berjenaka. Darwish tersennyum. ‘Baby tak dapat tipu abang’. Bisik hatinya perlahan. Dia mengesat air mata yang masih tersisa di wajah polos adiknya itu. Kemudian membetulkan tudungnya yang ‘rosak’ tadi. Elisya hanya mampu tersenyum. Kadang-kadang dia rasa abangnya boleh menjadi seorang perempuan.

“Apa sengih-sengih? Mengata abang eyh?” Serkap jarang abangnya mengena. “Mana boleh bagi tahu.” Sengihnya. Dia menyalami tangan dan mencium kedua-dua belah pipi abangnya. Darwish membalas dengan mencium dahi adik kesayangannya itu. “Balik nanti tunggu sini, abang ambil.” Perintah seorang abang kepada adiknya. Elisya akhirnya setuju. Dia melambaikan tangan ke arah kereta BMW yang meluncur laju.

*

‘Inilah sekolah baru aku. Hurmm, not bad.’ Pujinya. Kakinya melangkah ke arah pekebun sekolah itu. “Assalamualaikum pak cik, boleh tumpang tanya?” Tegurnya ramah. “Waalaikumussalam nak, boleh boleh.” Terangguk-angguk pekebun yang mungkin berusia akhir 40-an.

“Bilik pengetua mana?” Soalnya sambil melilau mencari bilik pengetua. “Owh! Anak ni pelajar baru ye? Bilik pengetua aras satu blok sana.” Tangan pekebun itu menuding ke arah blok yang berwarna kuning cair. ‘Blok Cempaka’.

“Baiklah, terima kasih pak cik.” Ucapnya sambil memulakan langkahnya. “Sama-sama. Anak boleh panggil Pak Isa. Semua orang di sekolah ni panggil pak cik, Pak Isa.” Elisya menoleh dan mengangguk.

*

“Assalamualaikum, maaf mengganggu. Boleh saya tanya pengetua ada ke?” Elisya menanya seorang pekerja di situ. Kerani agaknya. Fikirnya sendiri. “Ada, adik ni pelajar baru yang daftar hari ni ke? Soal kerani itu kembali. Di name tagnya tertulis nama ‘Suhana’. Elisya mengangguk. “Sila tunggu sebentar.” Sekali lagi Elisya mengangguk.

Inilah kali pertama dia melakukan kerja sebegini tanpa bantuan sesiapa. Dari kecil dia amat manja dengan ahli keluarganya yang lain. Ke mana sahaja dia pergi harus ditemani. Tetapi kini situasi keluarganya sudah berbeza. Dia harus belajar berdikari.

“Adik boleh masuk bilik paling hujung tu. Pengetua sedang tunggu adik.” Elisya sedikit tersentak.

“Assalamualaikum.” Dia memberi salam kepada pengetua yang khusyuk membuat memeriksa fail di mejanya. ‘Tak sampai satu jam dah tiga kali aku bagi salam.’

“Waalaikumussalam. Mya Zara Elisya?” Puan Munirah menjawab sambil memerhati sesusuk tubuh yang berada di hadapannya kini. Manis!

“Ya, saya.”

“Sila duduk, nak interview sikit.” Tutur Puan Munirah sambil tersengih. Elisya menarik kerusi dan duduk perlahan-lahan. Nervous!

“Kalau boleh saya tahu, kenapa awak pindah sini. Pastinya tidak disebabkan oleh kelakuan buruk kan?” Tanya Puan Munirah sambil matanya tetap meneliti butir-butir peribadi Elisya.

‘Aku ada kelakuan buruk? Malam sikit’. Gerutunya sendiri. “Saya nak tukar angin Puan. Lagipun, sekolah lama saya jauh dari rumah.” Tipu sunat aci tak? Soalnya kepada diri sendiri.

“Baiklah, memandangkan keputusan PMR awak pun cemerlang. Saya akan tempatkan awak dalam aliran sains. Setuju?” “Maaf, Puan. Bolehkah saya minta ditempatkan dalam aliran akaun?” Dari kecil Elisya dipupuk untuk meminati bidang perniagaan. Dia sama sekali tidak meminati bidang sains. Siapa lagi yang akan membantu abang kelak kalau bukan dia?

“Kalau itu yang awak minta, baiklah. Mari saya hantarkan awak ke kelas baru awak.” Mereka beriringan keluar daripada pejabat. ‘Baiknya pengetua ni, kalau pengetua lain sah-sah panggil cikgu lain suruh hantar ke kelas’.

*

Selepas Puan pengetua bercakap dengan cikgu yang mengajar di kelas 4 Akaun Cemerlang, Elisya dipersilakan masuk ke kelas itu. Suasana kelas yang tadinya riuh-rendah kini senyap. Semua mata memandang ke arah Elisya. ‘Ade aku kesah?’

“Baiklah pelajar-pelajar, hari ni kamu ada kawan baru. Sila kenalkan diri kamu.” Arah Puan Nurin a.k.a. guru kelas itu.

“Assalamualaikum, nama saya Mya Zara Elisya Binti Mohammad Fadlan. Salam perkenalan.” Pendek kata-kata aluannya.

“Ek elleh minah ni, kerek la. Takkan tu je kot?” Entah datang dari mana suara sumbang itu tidak diambil peduli oleh Elisya. “Betul tu, tinggal mana? Still single ke? Kalau single bak nombor telefon.” Suara lain menyampuk. Sedikit pun Elisya tidak menoleh ke arah suara itu.

“Sudah! Kamu semua ni, tak boleh tengok perempuan kan. Dah, Elisya kamu boleh duduk di belakang sana. Kamu tak kisah ke duduk seorang?” Elisya memandang ke arah tempat duduk yang dimaksudkan oleh Puan Nurin. Good!

“Tak ada masalah cikgu.” Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke tempat duduknya kini. Semua mata masih lagi tetap memandangnya.

“Baiklah pelajar semua, setakat ini pelajaran kita. Elisya, kamu boleh ambil buku-buku teks di bilik buku teks rehat nanti.” Elisya hanya mengangguk walaupun dia tidak memerlukan sebarang buku teks lagi kerana semuanya telah dibeli oleh abangnya.

Kelas kembali riuh selepas Puan Nurin keluar. Elisya tidak ambil pusing gossip yang hangat dibincangkan di kelas itu. Pastinya tentang dirinya. ‘Ade aku kesah?’

“Hai! Saya Irdina Ilmuna, boleh panggil Muna je. Ni kawan saya Izzah Insyirah, boleh panggil Izzah.” Muna menghulurkan tangan tanda perkenalan.

“Elisya.” Pendek! Salam disambut. Muna dan Izzah sedikit terkejut dengan jawapan Elisya. Dalam hati, usah cakap, pelbagai andaian telah dibuat. Sombong, bongkak dan bla bla bla. Langkah diatur ke tempat mereka kembali.

Semua mata memandang apabila mendengar kerusi Elisya ke belakang. Elisya bangun bersama buku nota dan pen di tangan. Langkahnya berhenti tepat di hadapan jadual kelas yang tertampal di papan kenyataan. Tangannya ligat menyalin satu persatu tulisan yang terpamer di hadapannya. Dia tahu dia menjadi perhatian. Tapi, ‘ade aku kesah?’

Elisya kemudiannya melangkah ke arah seorang pelajar yang berpakaian coklat. Pengawas mungkin. Tekanya. “Maaf, boleh saya tanya…..bla bla bla.” Elisya mencatat apa yang patut disediakan olehnya untuk semua subjek dan sukatan yang telah diajar oleh guru. Senang, balik nanti dia boleh mengulang kaji sendiri dan mungkin akan dibantu oleh abangnya.

Wednesday, September 2, 2009

MKM ? 5

“Iz! Bangun la…Semua orang dah keluar ni, tinggal kita aja.” ‘Liatnya nak bangun, ni mesti kes tidur lewat semalam.’

“Ha?!” Iz terkejut. Dia bukannya betul-betul lena, saja nak mengusik Wawa. Dia memandang sekeliling. Belum ada sesiapa pun keluar. Semuanya masih dengan beg di tangan, menunggu untuk keluar dari pesawat.

“Tipu.” Iz pura-pura merajuk. “Kalau tak cakap macam tu, nak ke Iz bangun?” Duga Wawa. Tangannya lincah membetulkan tudung yang dipakainya. ‘Susahnya nak betul.’

“Iz bukannya tidur pun tadi, saje je nak test Wawa.” Sengih Iz, menayangkan giginya yang putih berseri. Wawa menjeling geram, mulutnya sudah memuncung. “Merajuk ke?” Sakat Iz. Wawa diam tanpa jawapan.

“Alaaaa…Janganlah marah, Iz gurau je lar.” Iz memujuk. Parah la kalau dia dah start merajuk. Silap hari bulan, boleh cancel wedding kita orang. ‘Uwaaa! Tak nak!’

“Waaa…” Wawa tidak menghiraukan panggilan Iz, dia bangun dan berjalan ke pintu keluar pesawat. ‘Nak test aku ye? Tengok macam mana aku test pula.’ Wawa cuba menayangkan wajah serius walaupun pada hakikatnya dia ingin ketawa. ‘Serve you right!’

Iz terkocoh-kocoh mengejar langkah Wawa. Keluarga angkatnya hanya mampu tersenyum melihat kedua-dua mereka. “Gaya macam budak sekolah menengah baru bercinta.” Ujar Razif.

“Part budak sekolah menengah tu salah. Tapi kalau part baru bercinta tu betul.” Sampuk Anis.

*

Wawa mengambil bagasinya dan diletakkan di atas troli kemudian menuju keluar. Panggilan Iz tidak dihiraukan. Hatinya berlagu ria dapat mempermainkan Iz.

Wawa toleh ke belakang apabila terdengar bunyi sesuatu yang berat jatuh. Seorang lelaki yang memakai t-shirt kuning serta seluar jeans hitam jatuh kerana terlanggar seseorang. Bagasinya juga tergolek. ‘Kesian-kesian, lain kali hati-hati la.’ Simpati Wawa.

‘Wait! T-shirt kuning? Jeans hitam? Bukan Iz ke?’ Sekali lagi dia menoleh. Iz! ‘Patut la tak dengar dia panggil, jatuh rupanya.’ Wawa tidak dapat menahan tawa. Dihampiri Iz. Lelaki itu sedang meminta maaf dengan orang yang dilanggarnya.
“Are you ok Iz?” Soal Wawa. Dia menahan dirinya daripada ketawa supaya Iz tidak berkecil hati. “Do I look ok?” Sinis Iz berkata. Dia mengambil bagasinya yang tergolek sejauh 50 meter. Wawa kaku, tidak tahu apa yang harus dibuat.

Wawa tersentak apabila tiba-tiba trolinya ditarik. Diangkat wajahnya memandang gerangan yang menarik troli itu. Iz! Bagasinya juga ada atas troli yang sama. Wawa senyum.

“Best tak jatuh tadi?” Usik Wawa setelah dia dapat menyaingi langkah Iz. “Best sangat! Rasa macam nak langgar lagi.” Geram! Kakinya masih sakit akibat terjatuh tadi. “Ye? Ramai lagi orang kat sini. Langgar la.” Wawa memandang sekeliling. KLIA memang tidak pernah lengang. Ada sahaja makhluk di situ.

“Suka ke tengok Iz jatuh?” Iz menoleh memandang wajah nakal Wawa. Wawa mengangguk. Dengan sengaja Iz ‘menjatuhkan’ dirinya.

Muka Wawa merah menahan malu. “Apa ni Iz, bangun la! Malu la orang tengok.” Dari jauh kelihatan keluarga angkat mereka berjalan ke mari. “Tahu pun malu. Macam tu la perasaan Iz tadi. Malu tau!” Iz kembali berdiri.

“Janganlah main drama Hindustan kat sini. Malu la! Nanti orang tercari-cari kamera. Tak ada.” Sakat Razif. Anis di sebelah memaut erat lengan suaminya. Walaupun sudah hampir lima tahun mereka mendirikan rumah tangga. Mereka tetap romantik.

“Iz ni ha? Buat-buat jatuh. Malu la adik.” Wajah Wawa masih kemerah-merahan. “Wawa juga yang cakap suka tengok Iz jatuh. Iz ‘jatuhkan’ la diri Iz untuk Wawa.” Iz tersengih. ‘Nampaknya rajuk Wawa sudah berakhir. Mungkinkah akan ada rajuk yang baru?’

“Orang main-main je la. Bajet tak tahu.” Wawa menjeling tajam. “Ye ke main-main? Iz dengar macam serius je.” Usik Iz lagi. “Macam mana Iz boleh dengar? Wawa rasa Wawa angguk je tadi.” Perli Wawa. Tawanya sudah kembali.

“Sudah-sudah! Kamu berdua ni mengalahkan budak tadika. Jom keluar. Lama pula keluarga kamu menunggu.” Encik Razlan bersuara. Semua diam! Gerun mendengar seuara serius daddy mereka.

*

Wawa melambai-lambaikan tangan ke arah keluarganya. Dia berlari-lari anak mendapatkan ibu bapanya. Puan Maisarah memeluk erat anak bongsu perempuannya. Rindunya kepada anak itu, hanya Tuhan yang tahu.

Setelah ibunya meleraikan pelukan, Wawa beralih kepada ayahnya kemudian kedua-dua adiknya. Mereka berdua kebetulan cuti seminggu, jadi dapatlah menyambut kepulangan kakak dan bakal abang iparnya.

“Mana yang lain?” Soal Wawa kepada orang tuanya. “Kat rumahlah, takkan nak bawa rombongan datang sini kot. Malu!” Bidas Qusy. Qay hanya senyum.

“Ayah…” Iz bersalaman dengan ayah Wawa, Encik Kamarulzaman. Lelaki yang telah dianggap ayah sejak abahnya meninggal dunia berbelas tahun dahulu.

Encik Razlan dan Razif juga turut bersalaman dengan ayah dn adik-adik Wawa. Puan Mariah pula memeluk ibu Wawa. Melepaskan rindu! Sudah lama mereka tidak berjumpa. Anis yang memang tidak asing dalam keluarga itu turut berpelukan dengan Puan Maisarah.

“Mak tak datang ibu?” Tanya Iz. Dari tadi dia tidak melihat kelibat ibunya. “Ni sorang. Abang Iz, takkanlah nak bawa rombongan datang airport ni. Yang tak ada tu dekat rumah la. Malulah ramai-ramai. Gaya macam nak hantar orang pergi haji.” Bidas Qay pula. Mereka semua tertawa.

“Ala Qay, tadi dah buat drama Hindustan. Main kejar-kejar. Pastu jatuh.” Razif menambah ‘perisa’ untuk menyakat Iz dan Wawa. “ Ye ke Abang Razif? Lagu apa jadi soundtrack? Baju berapa kali sempat tukar? Penari ada tak?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Qusy. Gembira dapat menyakat mereka berdua.

“Banyak cakap la korang. Yang korang datang juga ni kenapa? Kalau ibu dan ayah ambil pun dah ok apa?” Iz membalas usikan Qusy dan Qay sebelum sempat Razif menjawab soalan Qusy tadi. ‘Kalau dibiarkan, parah la.’

“Abang Iz! For your information. Ibu yang suruh kita orang datang. Kalau kita orang tak datang, muat ke lapan orang dalam kereta ayah?” Sindir Qay. ‘Alamak! Hari ini sahaja, sudah berapa kali dia malukan diri sendiri.’ Iz tersenyum.